Wednesday, 17 April 2013

5 tahun sekali.

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

5 tahun sekali je kita sibuk pasal ini : PILIHANRAYA.

jd pasrahlah bila tgk bendera bersepah2 di jalanan. redhalah bila asal berckp je topik tak lari dr politik. angguklah bila ada org berusaha meyakinkan kita tentang2 apa2 yg dipercayainya. tgk sajalah bila ada org yg berbalah atau berdebat tentang apa yg masing2 yakinkan. pendek kata, mmg tak boleh lari lah..

rilekslah, ia cuma 5 tahun sekali saja...tabah sajalah..



kawasan saya mengundi agak 'panas'. sbb ketua pembangkang bertanding kawasan tu. walaupun saya mengundi di DUN Permatang pasir, tp saya lebih concern tentang DUN Penanti, sbb saya tinggal di kawasan tu.

ini bakal jd kali ke 3 saya mengundi. kali pertama tahun 2004 dulu, kali ke 2 tahun 2008 dan kali ini tahun 2013.

saya memilih utk mengkaji latar belakang calon2 yg bakal bertanding. atas parti apa dia bertanding itu soal  no. 2. apa yg mampu lepas tu adalah solat hajat dan istikharah, semoga pilihan saya tidak dipersoalkan di akhirat kelak. berat rupanya mengundi ni. sbb kita pilih pemimpin kita. elok pemimpin tu,eloklah kita. itu baru beratnya tanggungjawab pengundi, bagaimana pulak tanggungjawan pemimpin? Masya Allah, tentu lebih berat.

boleh baca link ini sebagai panduan kita bersama : https://www.facebook.com/photo.php?fbid=272590499543298&set=a.166643896804626.38277.166640726804943&type=1


selamat lah semuanya, amin. insyaallah. saya sayang Malaysia!!

1 comment:

shaliza said...

betul..tanggungjawab & amanah:-)yang setiapnya juga akan dipersoalkan disana kelak...semoga pemimpin yang kita pilih adalah pemimpin yang betul:-)

Langkawi 2017

Bulan 7, lps raya hari tu. Saya rasa nakk sgt p bercuti. Saya sorg. Tanpa anak2. Tp takkan bolehlaa nak tinggal anis nuha, sbb masih menyusu...