Monday, 22 April 2013

khasiat limau kasturi

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

dok scroll timeline FB byk sgt post politik. takpa, kasi chance la. 5 tahun sekali kan..sesekali ada post lain skit rasa cerah skit bijik mata. hahahaha...

meh kita tgk khasiat limau kasturi. atau limau nipis. mana pun boleh. limau purut rasanya tak boleh kot. hahahaha!


10 JENIS UBAT DARI LIMAU KASTURI - 

1 . ubat batuk
limau+kicap+garam = minUm setiap pagi and malam …batuk akan beransur pulih- INI BIASA SAYA BUAT. SAMPAI NAWAL PUN DAH TAU,KALAU BATUK BUH LIMAU DGN KICAP. SEDAP PULAK TU! TP SAYA TAK BUH GARAM.CUMA KICAP DAN LIMAU.

2 . ubat demam
Petiklah 2-4 genggam daun limau nipis. Rebus dengan 2 hingga 4 gelas air. Gunakan air rebusan ini untuk menuam pesakit yang demam. Caranya dengan membasuh kain pada air rebusan dan diperas, lalu ditempelkan pada dahi pesakit.

3. ubat ketiak
Siapkan limau nipis yang dicampur kapur sirih. Setelah mandi, sapukan campuran ini pada ketiak dan biarkan beberapa waktu sebelum dibasuh. Lakukan pagi dan petang.

4 . ubat pening kepala
Ambil sebiji limau kasturi dan potong sedikit di bahagian atasnya. Kemudian, picit kulit limau kasturi tadi sehingga cecairnya keluar. Pastikan anda menghalakan cecair tu ke arah hidung semasa ia terpancut.

5 . ubat lelah
Ambil sesudu madu. Kalau boleh madu asli. Kemudian, campurkan dengan 5 titik jus limau kasturi.Minumlah campuran madu dan jus limau kasturi tadi.Anda boleh meminumnya pada bila-bila masa walaupun ketika tak mengalamilelah. Tapi cukuplah anda mengamalkan cara ini seminggu sekali. - INI PUN BOLEH BUAT UBAT BATUK. SAYA SELALU MNUM MADU DAN LIMAU KALAU SAKIT TEKAK DAN BATUK.

6 . ubat kurus
Perahan limau nipis yang dicampur dengan teh tanpa gula dan diminum setiap hari. Sebaik-baiknya biarlah teh yang diminum itu teh panas suam, kesannya lebih cepat. Amalkan meminum air ini dan insya-Allah perut anda yang buncit akan menjadi kempis dan kemas semula.

7 . ubat kelemumur
Biasakan mencuci rambut dengan beberapa helai daun rambutan yang diramas bersama setengah cawan air hingga mengeluarkan lendir. Kemudian bancuh sebati lendir daun rambutan bersama dua cawan santan dan sebiji air limau nipis. Lumur pada seluruh kepala dan balut menggunakan tuala lembap. Biar sebentar sebelum dibilas bersih, Lakukan seminggu sekali.

8 . ubat hilang minyak pada baju
Perahkan sebiji limau kasturi ke dalam piring.Campurkan perahan limau kasturi tadi dengan sedikit garam.Kemudian, gosokkan campuran di atas pada bahagian pakaian yang terkena minyak.Lepas dah gosok, biarkannya selama 5 hingga 10 minit. Kesan minyak tu akan hilang nanti.Akhir sekali, barulah anda basuh pakaian tadi bersama dengan pakaian lain macam biasa.

9 . ubat wangi rambut
Ambil beberapa biji limau nipis & hiris2kan. Kemudian gosokkan ke seluruh kepala. Biarkan beberapa minit, kemudian barulah cuci hingga bersih. Selain mewangikan rambut, limau nipis juga boleh menghilangkan rasa pening & menyejukkan kepala.

10 . ubat kilatkan cermin mata
Cermin mata selalu kabur warna kerana terkena peluh disekitar mata atau hidung. Cuba petua ini bagi mengatasi cermin mata anda jelas lebih lama. Cuci & gosokkan sedikit limau pada kacanya. Bilas bersih2 kemudian lap dgn kain bersih atau tisu. Hasilnya cermin mata lebih kuat & jelas lebih lama.


SELAMAT MENCUBA!!!

Wednesday, 17 April 2013

5 tahun sekali.

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

5 tahun sekali je kita sibuk pasal ini : PILIHANRAYA.

jd pasrahlah bila tgk bendera bersepah2 di jalanan. redhalah bila asal berckp je topik tak lari dr politik. angguklah bila ada org berusaha meyakinkan kita tentang2 apa2 yg dipercayainya. tgk sajalah bila ada org yg berbalah atau berdebat tentang apa yg masing2 yakinkan. pendek kata, mmg tak boleh lari lah..

rilekslah, ia cuma 5 tahun sekali saja...tabah sajalah..



kawasan saya mengundi agak 'panas'. sbb ketua pembangkang bertanding kawasan tu. walaupun saya mengundi di DUN Permatang pasir, tp saya lebih concern tentang DUN Penanti, sbb saya tinggal di kawasan tu.

ini bakal jd kali ke 3 saya mengundi. kali pertama tahun 2004 dulu, kali ke 2 tahun 2008 dan kali ini tahun 2013.

saya memilih utk mengkaji latar belakang calon2 yg bakal bertanding. atas parti apa dia bertanding itu soal  no. 2. apa yg mampu lepas tu adalah solat hajat dan istikharah, semoga pilihan saya tidak dipersoalkan di akhirat kelak. berat rupanya mengundi ni. sbb kita pilih pemimpin kita. elok pemimpin tu,eloklah kita. itu baru beratnya tanggungjawab pengundi, bagaimana pulak tanggungjawan pemimpin? Masya Allah, tentu lebih berat.

boleh baca link ini sebagai panduan kita bersama : https://www.facebook.com/photo.php?fbid=272590499543298&set=a.166643896804626.38277.166640726804943&type=1


selamat lah semuanya, amin. insyaallah. saya sayang Malaysia!!

Monday, 15 April 2013

semangat skit,come on!!

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...


rasa tak bermaya hari ni. entah kenapa. takkan sbb puasa kot? taktaulah. tak cukup tidor mungkin? semalam hampir jam 1pg baru dpt lelap mata. sakit perut cerry berry. nawal pun kejap2 jaga katanya sakit perut. pg ni pukul 5 nawal dah bgn bgtau dia sakit perut. badan dia dah panas. itu simptom biasa kalau dia nak demam : sakit perut. kenapa ya?
pg ni ayah dia bwk dia ke klinik dan dia mintak taknak pegi sekolah. tak larat katanya.


lemah. tak bermaya. tak bersemangat.keja banyak tp tak berdaya nak buat. come on semangat, sila  datang sekarang. dan malas, sila pergi jauh2. i dont need u pemalas!  huhuhu...

Thursday, 11 April 2013

rekod thn ini.

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

Alhamdulillah, keadaan saya makin baik dr hari ke hari. hari ni dah mula kerja. jumlah MC sejak saya sakit adalah 7 hari. Mantop!

sakit dah makin kurg. ada la dlm 20-30% lg. sakit sikit2 lg. iyelah,bukan boleh sembuh betul dlm masa 2 minggu. sekurg2nya sebulan. doakan saya betul2 sembuh secepat mungkin. rindu nak dukung dan lambung2 anak. buat masa ni saya dilarang keras utk angkat brg berat dan dukung budak. sedih tau tak dpt dukung Ali tu.

saya dah boleh solat dgn pergerakan yg betul. rukuk,sujud,tahiyat akhir dah tak sakit. Alhamdulillah. boleh bersila dah elok2. Alhamdulillah. dah boleh menunduk sikit2. cumanya tak boleh lama2 duduk di kerusi. sengal habis belakang. takpelah pelan2. hari ni kerap berjalan dan mengendurkan badan.tak nak bg stress belakang saya.

syukur Alhamdulillah atas ujian ini.

hari ni dah 11 hari Ali tak menyusu badan. dia baik-baik saja. nampak matang dah. adala sesekali dia buat muka manja,"umi,nak nenen.." saya ingatkan dia yg nenen tak sedap. dia pun geleng2 tak nak. haha kelakar ali ni. saya pun tak sedih sgt.sbb mmg dah get ready berbulan2 lamanya.

birthday saya 6 april lps, takdelah celebrate sgt sbb tgh sakit kan. abg leh cuma bwk gi mkn kat Aidy Telok Air Tawar, tempat mkn kesukaan saya. dah 32 thn dah thn ni. tulang2 pun dah sakit. hahaha! tanda kita makin tua. sobs. amal ibadah pun tak byk. sedih.

trima kasih bt mereka yg mendoakan saya pd 6 april lps. :)

Monday, 8 April 2013

kondisi hari ini.

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

(sambail mengaduh, duduk senget ke kiri, sbb sakit punggung belah kanan.)

saya gagahkan diri utk dtg kerja wpun rasa sakit masih menyucuk. mcm boring la duduk rumah. asyik baring pun lenguh jgk. tp ni dah dekat sejam setgh saya duduk, belakang saya makin perit. mcm tak boleh jd. suami dah call tanya kabar, dia suruh saya blk. tp saya ingat tahan la dulu. kejap lg.

sejak sakit, kita tahu siapa yg syg kan kita. siapa yg amik berat pasal kita. siapa yg betul2 prihatin kat kita.
terima kasih suami atas cinta dan kasih syg mu.
terima kasih bonda atas perhatian dan kasih syg yg tak berbelah bg.
terima kasih ibu mertua atas urutan kasih syg dan keprihatinan..
terima kasih anak-anak yg sgt memahami dan matang berdepan dgn ummi yang tidak cergas seperti selalu..
terima kasih mak lin, adik beradik atas semuanya. walau jauh walau dekat semua sgt prihatin pd saya.
terima kasih sahabat2 yg selalu bertanya khabar.

trima kasih semua.

5 hari mc. mcm kena sambung lg lah. sakit tak boleh duduk lama2.

bercerita tentang anak2 yg bertambah matang sejak saya sakit. nawal dan ali independent lebih skit. usaha nak buka baju sendiri, makan sendiri malah nak bt susu sendiri. saya yg tak bg. bila saya susah nak bgn, nawal tolong tarik tgn saya (wpun kudratnya taklah seberapa) tp saya tahu dia nak sgt tolong saya. bila saya susah nak angkat atau turunkan kaki, dia yg bantu saya angkat dan turunkan kaki saya. dia yg betulkan bantal di kepala saya. tolong selimutkan saya. ya Allah, saya sgt tersentuh hati dgn sifat penyayang dia.

yg Ali pulak, sejak isnin 1 April, secara rasminya Ali sudah bercerai susu dengan saya. apa daya saya, kerana tak mampu nak riba dia utk susukan dia,mahupun menyusu sambil mengiring. mmg saya tak mampu. sakit sgt. ma cadangkan saya wean off ali, kebetulan esoknya isnin, suami pun setuju. maka isnin saya letak asam jawa + kopi, saya pelawa ali, bila dia tgk, terus dia berpaling tak nak. sehinggalah sekarang.  Alhamdulillah. semudah itu. dan dia jd lebih matang. dia tak bergantung pd saya. dia boleh tidor sendiri. main sendiri. malah tidur malamnya lebih nyenyak. dia tidur sampai pg. tak bgn nangis langsung. tak mcm sebelum ni 2,3 kali bgn utk menyusu. syukur alhamdulillah. mmglah saya agak sedih,tp saya tahu dia lebih baik. 11/4 ni ali genap 21 bulan, wpun belum ckup 2 tahun, itu yg termampu saya buat utk dia.lgpun ali dah kurg sgt menyusu, dia cuma menyusu waktu mlm sblm tidur dan mengempeng sepanjang mlm, yg sgt tak elok utk gigi dia.

(kenapa isnin?entahla. org tua2 pesan kalau nak cerai susu anak, mula pd hari yg sama dia dilahirkan.taktaulah kenapa.buat sajalah bkn susah pun)

aduhhh sakit. kena stop dulu. bila2 sambung.....

Monday, 1 April 2013

dugaan 310313

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

siapa sangka dlm duduk elok2 je,saya boleh jatuh sakit sampai takleh bgn.

cerita begini. saya dah sakit pinggang sejak ahad 24hb lps berjogginv.munhkin salah urat.tp sakit skit2 sj.masih boleh bt kerja mcm biasa.sehinggalah sabtu lps saya tlg abg man tolak kereta dia yg bateri kong.mlm tu pinggang rasa perit.nk tunduk pun sakit.

pg ahad.lps mkn roti sekeping.saya bgn dr kerusi tiba2 pinggang cramp.terus xleh gerak.flm pukul 9. saya xleh brrgerak ssmpai ke ptg.seksanya!! saya gagahkan diri ke hosp utk cucuk painkiller.doc bt xray. tulang blkg saya normal.alhamdulillah.doc bg mc 5 hari dan ubat painkiller.

sampai skrg saya mampu terbaring dan mengiring sj.nk bgn pun seksa apatah lg berjln.berat dugaan ni tp saya tahu Allah syg saya dan mahu ampunkan saya.amin.

terima kasih suami yg menangis bila tgk saya merintih sakit.yg jg.angkat.bg mandi dll.i love u syg.terima kasih ma yg jg ina tungku ina urut ina nasihat ina.ampunkan ina ma. trima kasih keluarga yg prihatin.trima kasih kwn baik - dr sarah atas nasihat d amik berat.

doakan saya cpt sembuh.kasihan anak2 rindu ummi yg cergas.

Langkawi 2017

Bulan 7, lps raya hari tu. Saya rasa nakk sgt p bercuti. Saya sorg. Tanpa anak2. Tp takkan bolehlaa nak tinggal anis nuha, sbb masih menyusu...