Friday, 15 March 2013

main bowling.

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

saya berkenalan dgn permainan bowling ni masa kerja swasta dulu, yg jd kerani akaun thn 2005-2006 dulu. masa tu boleh kata tiap2 bulan main bowling. maunya tak, asal customer dtg opis je, bos ajak main boling. staff2 ni yg jd mangsa, tak kira mlm ka, hari cuti ka, cuti am ka, dia peduli apa, asalkan customer2 dia sronok bleh main bowling. masa tu lah saya belajar sikit2 main bowling dgn kawan2 ofis.

sehinggalah saya berkahwin, permainan bowling dah lama saya tinggalkan. dpt suami pulak mmg bukan jenis main bowling ni. so, kawen thn 2008, sehinggalah bulan 3 thn ini 2013, baru saya pegang bola bowling tu balik. kekok?? mesti lah.

ceritanya, kesatuan kakitangan umum kat tempat kerja saya buat pertandingan bowling, saya lah yg beriya2 ajak ubie, fendi dan wan big utk join sekali sbg wakil library,memandangkan takde org nak wakil.. sbb sebelum ni mmg teringin nak main,tp takde geng. bila ada program ni,mmg laju lah saya nak join.

main hari sabtu, 9/3. sehari selepas saya balik dr bangi hantar ma gi umrah. kebetulan anak2 takde tidor rumah kakak ipar saya, nak bwk gi main bowling sekali abg aleh kata tak payah. lg senang saya pegi sendiri je,sbb dia takleh ikut. nanti sapa nak tolong tgk anak2. ye tak ye jgk. penat saya nanti.


ini rizqi, anak irwan,opismate saya.


 dah start berdebar2. bila baling asyik masuk longkang je. hahahaha


 ini ubie, tgn dia terseliuh, kalau tak mungkin kami juara hari tu. wahahaha!! ( ckp besar,harap maaf)

 bergambar ramai2 dgn semua peserta. ada 11 pasukan, semua 4 org 1 pasukan. mmg meriah.




kak ida jd ajk, so dia takleh main dlm group kami. takpe, dia penyokong utama. hehe

mmg seronok sgt main bowling. puas hati main 4 game, lebih kurang 40 kali baling. yg saya strike ada la kot 4x. hahaha! mmg kena asah skill lg. balik rumah kaki dan tgn lenguh2. hahahaha!!

keputusannya, kami dpt no 7, dr 11 pasukan. mujur tak dpt nombor last sekali. hahahaha!!

2 comments:

nazeef nazeem said...

saya main boling sekali je dalam seumur hidup..pastu malas dah main..tak penah nyer strike...asik masuk longkang je.hahahhahaha

RieNa said...

takpe, sambil cuci2 longkang. hehe

Langkawi 2017

Bulan 7, lps raya hari tu. Saya rasa nakk sgt p bercuti. Saya sorg. Tanpa anak2. Tp takkan bolehlaa nak tinggal anis nuha, sbb masih menyusu...