Friday, 1 March 2013

bersedia ke belum..?

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

dah lama saya fikir tentang ini. hampir sebulan kot. ini pengalaman pertama utk saya. sbb masa kakak Nawal dulu, pd usia 5 bulan, dia berhenti sendiri. Nawal yg tak nak. jd proses itu semudah ABC. tp tidak kali ini.



Ali bakal mencecah setahun 8 bulan pd Mac ini. kurang 5 bln nak genap 2 tahun. tapi saya sudah berfikir bagaimana nak stop breastfeeding Ali. padahal lambat lg kot bulan 7, tp saya dah mula risau dah skrg. kalau boleh, saya nak bila dia genap 2 tahun tu, dia dah berhenti menyusu badan. bukan baru nak mula berhenti.

jadi saya kena mula dari sekarang. secara perlahan-lahan.

knowing ali, dia kuat mengempeng. dia boleh menyusu dr tgh mlm sampai ke pg. bukan dia tahu bagaimana penatnya ummi dia, lenguhnya badan ummi dia, tak cukup tidor ummi dia. dia tak tahu. tapi insyaAllah, dia menghargai. sbb, dia sgt manja dgn saya. sgt perlukan saya. kalau saya ada disisi dia, dia 'merap' lebih. gigi dia pulak semakin rapuh akibat 'karies gigi' - suka sgt mengempeng kan. harap muka je hensem, mata dah la sepet, skrg gigi pulak patah sekerat,kaler tak cantik. haih.

kalau ikut Ma saya, ma dah suruh saya stok bf ali, BY NOW. sbb ma kasihankan saya yg melayan ali, tak kira waktu. time sibuk pg2 nak siap pegi kerja, kena layan ali dulu. kadang2 terlewat. kelam kabut tu biasa. penat dah tentu. mlm2 kena tidor lewat sbb sudahkan kerja2 yg tertangguh sbb layan ali dulu.

tapi betul, saya tak kisah pun. dah tanggungjawab seorg ibu kan. mana boleh merungut. Ali tu permata hati saya. Allah pinjamkan dia utk saya jaga dia sebaik mungkin.

cumanya itulah, selain masalah gigi dia, saya nak dia 'dewasa' skit dgn stop bf. bagaimana? yg tu saya dok pikir skrg. apa yg saya boleh buat skrg, kurgkan pergantungan dia pd saya. selagi dia tak mintak, saya tak offer 'nenen' kat dia. mlm2 bg dia kenyang mkn nasik, minum susu dgn kakak nawal, then baru tidorkan dia. so dia tak lah mengempeng lama sgt. biasa dlm 10-15 min dia dah terlelap. dah cuma bgn sekali utk menyusu. part tu saya belum berjaya bg dia minum botol,sbb dia meraung2 tak nak. dia cuma nak nenen. selalu jgk dia tidor dgn mak sedara dia, pandai pulak tu tak mintak nenen, cuma ada la sekali dua bgn menangis, tp lepas mak sedara dia tepuk2 boleh je tidor balik. tp dgn saya, tak pernah berjaya buat mcm tu. alahai.. dia pantang tgk saya berbaring, dia mesti dtg dekat dan buat muka kesian. jd saya elakkan berbaring bila dengan dia. kalau rasa letih sgt,cariklah tempat lain utk landing,jauh dr pandangan ali. huhuhu

misi utk wean-off bakal berlangsung dlm 5 bulan ini. kita buat pelan2. kalau sampai bulan 6 ni masih belum berjaya, nampaknya kena guna cara keras. seperti akar seruntun, kopi @ sirap. kita tgk nanti mcm mana. kalau ada yg nak share pengalaman kalian, saya amat alu-alukan.

mampu ke menahan diri bila dia menangis dan rupa sedih mcm ni..??? huhuhu


tp itulah. bab ni mesti akan mengundang air mata. dan bila dah selesai nanti, bab ni yg paling kita rindu.



umi kena mujahadah dulu, baru la Ali pun boleh mujahadah. huhuhu

ps : 'lah' susu - berhenti susu, ikut loghat kelate. kekekeke

4 comments:

leeja said...

susah jugak mcm ni ya riena. terasa kesian kat anak. k.liza dulu just bf 5 bln jer. jeles dgn kwn2 yg bf baby lama2.

sal ya said...

Azfar pun tak berhenti lagi. kesian kat dia. tp kalau iktkan kakak2 dia pun berhenti 2 thn 7 bln.

shaliza said...

Ali sama dengan syahmi..gigi pun dah rompong dah sb dok asyik mengempeng...tapi tu lah kesian pulak tengok muka dia...huhu
takpelah pelan2 buat, insyaAllah boleh. saya tak buat apa2 lagi nak wean off tu:-)

RieNa said...

kak liza : mmg susah. baru nak lalui ni. pengalaman pertama. Alhamdulillah, syukur sbb mampu sampai ke tahap ni menyusukan ali.

kak sal : 2 thn 7 bln? lama tu. terpulang kat ibu sbnrnya, kalau rasa mampu utk teruskan, boleh je. riena rasa tak berapa mampu dah. huhu

shaliza : serius, gigi dia sgt tak cantik. berbeza sgt dgn gigi kakak dia yg cantik molek. syahmi pun belum 2 thn lg kan..takpelah nanti2 pun boleh.

Langkawi 2017

Bulan 7, lps raya hari tu. Saya rasa nakk sgt p bercuti. Saya sorg. Tanpa anak2. Tp takkan bolehlaa nak tinggal anis nuha, sbb masih menyusu...