Posts

Showing posts from February, 2013

bintik part II

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

tadi pukul 10.30 saya dah ke unit kesihatan dlm uitm ni, jumpa lah doc meor yg baik hati soft spoken tu. saya bgtau lah pasal bintik2 saya ni. dlm kepala otak dah terpikir nak masuk wad, nak claim insurans nak tinggai anak bla bla bla..konon2 serius la sakitnya kan..

sekali tau doc cakap apa?

"hama ni.."

hama?? whattt??? ulang skali lg doc?? hama???

ya, bintik2 itu adalah disebabkan hama dr debu2 samada kotoran dlm rumah atau stor atau persekitaran. doc ada tanya ada mengemas kat mana2 ke? saya baru teringat yg kami staff library ada buat gotong royong cuci stor library hari tu, dlm 10 hari yg lps. mungkin bintik2 tu dah lama, saya yg baru perasan. jd doc bg 2 jenis ubat utk disapu pd bintik2 tu, sapu pd waktu malam dan siang. ubat mkn takde, sbb bukan ada gejala apa pun, kita nak matikan kuman hama tu saja.

jd, kalau ada antara anda yg lepas mengemas stor atau rumah atau mana2 lah, lepas tu ada naik bintik2 kat len…

bintik

Image
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...


ada bintik2 merah naik kat belakang tapak tangan saya sampai lengan. badan tak pasti pulak. mcm takde. badan sendiri pun taktau ada ke tak. haih teruk betul. saya baru perasan bintik2 tu kelmarin. saya ingat benda tu tak serius. mungkin ruam. tp mcm x hilang ni, dah 3 hari. makin byk adalah. saya pun tanya doc peribadi tak berbayar saya. Dr Sarah Sofian.

SS : hmm bunyi mcm virus ja..can be any virus..paling bahaya denggi la..ada masa esok, pi la check sathopefully not dengue insyaAllah. just to be on the safe side8:12pm
RY : amin. dgn x semena2 pulak.
tp cute bintik2 ni,xdak ayaq,xdak nanah. mcm kita buat titik2 dgn pen kaler pink. tp byk.
8:14pmSarah Sofiantapak tangan saja?
dkt kulit ada x?
8:15pmRiena Yusufbkn tapak tgn. belakang tapak tgn sampai lengan.
8:18pmSarah Sofianwooo....SILA PERGI CHECK DARAH UTK DENGGI YE!!
aku ingat kan dkt tapak tgn ja tadi
8:18pmRiena Yusufhuhuhuhuhuhuhuhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh
huwaaaaa
terus suspen tg…

25/2/2013 - 2 tahun sudah.

Image
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...


2 tahun lps, pd hari jumaat 25/2/2011.


dan hari ini :








Ayah, kalaulah ayah tahu betapa kami sgt2 merindui ayah... kakak, abg man, abg lan, abg an, ina, mizah, dayah dan adik takkan berhenti berdoa utk ayah. supaya kita akan bertemu kembali di syurga kelak. ameen ya rabb...


dan untuk abg an dan kak da, selamat ulang tahun perkahwinan yg ke dua. semoga bahagia hingga ke syurga. amin.




ini post yg ke 851.

Image
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

dah dekat 5 tahun saya berblog di blogspot ni. dan entry baru ada 850. punyalah pemalas berblogging. tp ada hati nak ada blog. hahaha

hari ni sembang2 kosong saja. sbb dah lama tak update. saya baru sihat skit, dah byk hari demam, selsema dan batuk. sempatlah MC hari selasa lps gara2 tak larat sgt. hari ni Alhamdulillah selsema dan kurang, batuk je sikit2. doakan saya cpt sembuh.

boringlah dok kat kaunter. hari ni kena jaga kaunter IT dr jam 9 - 11pg, rehat sejam, lps tu kaunter buku pulak dari jam 12 hingga 2.45 ptg. kenapa kena keja time rehat solat jumaat? ohh, library kan buka jgk time solat jumaat, biasanya staff perempuan yg lain ambik duty ni, tp hari ni semua staff pompuan lain ada keja masing2, so saya tolonglah diorang. saya tak boleh la kluar merayap time tgh hari ni, tp saya boleh balik awal sikit. hari2 balik jam 5.30, tp hari ni pukul 4 dah boleh balik. bkn tiap2 minggu, kadang2 saja.

esok pun saya kerja. OT ga…

Anak teruna

Image
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

dulu, tahun 2008. ketika dia berusia 9 tahun.


sekarang, tahun 2013. dia bakal 14 tahun.



Afif Safwan. walaupun fizikal dia byk yg berubah, namun ada 2 perkara tentang dia yg tak berubah.
1. Positif : senang bgn pagi. dan tak tidor balik selepas solat subuh. yg ni mmg acik kagum. bagus. acik pun kadang2 kalah. 2. Negatif : suka usik/sakat adik2. haih. ada sj nak buat bg adik2 menjerit dan menangis. heran betul acik. eiii, geram!
tp takpalah, sbb Ali suka kat abg cik. suka yg teramat.  Afif ini sepupu kegemaran Ali. rasanya Ali sorg je kot yg abg cik tak sakat.

alahai bang nuar..

Image
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

tak dpt tgk konsert anuar zain kat stadium, tgk kat youtube sajalah.. huhuhu

http://www.youtube.com/watch?v=JitNffkTUTY&feature=youtu.be


sesi Pot Luck yg meriah

Image
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

saya dan kawan2 sekolah dulu mmg selalu bertemu. selalu tu dlm erti kata setahun 2 atau 3 kali jgk lah jumpa. kalau tak time raya, time kenduri. atau pun rumah siapa2 buat makan2. mcm tu lah. sbb kalau tak jumpa lama2 nanti rindu. alhamdulillah, skrg ni ada FB. lagi seronok berhubung. kalau dulu asyik berbalas emel je, atau chatting di YM. skrg berbalas komen di FB atau chat di inbox.

baru2 ni, kawan saya Sarah jemput kami ke rumah barunya. di Taman Petaling Jaya, Kulim. (what the..?petaling jaya,tp kat kulim,mcm lah takde nama lain nak bg, pemaju ni pun..) sebelum ni dia tinggal di kawasan perindustrian kulim hi-tech, skrg kat taman perumahan baru. cantik rumah sarah. sgt selesa (tp saya membayangkan, penatnya nak menyapu dan mengemop hari2! hahaha) Alhamdulillah, saya tumpang gembira utk dia.

jd, bertemulah kami ramai2 pd hari isnin, 11 Feb, sempena CNY hari tu. konsep Potluck. saya ja yg tak bwk apa2. teruk. tp bagus jgk,…

cuti CNY saya.

Image
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

mcm tahun2 yg lepas, setiap kali cuti CNY walaupun berhari2, saya tak ke mana2. sbb utama, abg Aleh mmg tak tutup kedai (alah,mcm lah kedai dia ada cuti, kedai dia buka 7 days a week.) maksudnya, mmg dia tak leh kemana2 sbb raya cina kedai cina tutup, jd kedai dia kena lah buka sbb byk permintaan. saya paham dan saya sokong. dah biasa dah dan saya tak kisah.

sebab lain, anak saudara nak kenduri. yg akad nikah hari tu. si Amir, anak abg kpd abg Aleh. majlis nya hari isnin, 11hb. jd 2,3 hari sblm tu mmg asyik berulang alik ke rumahnya lah. tgk apa yg patut, buat sebuk. hehehe.

jd isnin hari tu berlangsunglah majlis perkahwinan Amir dan Nazirah, di rumah abg ipar aka pak lang Sawai , di Pongsu Seribu, Kepala Batas.



sehari sebelum kenduri. layan ali main kejar2. 
 pic ni ali yg snap. dah pandai amik gambar dah skrg.
 tgk, amik gambar sendri, pastu gelak suka hati.
 kakak nawal berinai. kemain lg.
 "ummi,camna nawal nak minu…

permata hati.

Image
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

ini rutian bulanan. ke 2 bulan skali, entahla. saya pun tak ingat. cuma bila ayah dia nak cukuq rambut, anak pun cukuq sekali.  setakat ni dah byk kali ali cukur rambut, tak pernah lg dia menangis meraung atau buat drama. dia baik-baik saja. patuh. ikut arahan dan fokus. lps tu letak tgn atas kepala ckp, "ambut adak." - rambut takdak. hehehehe

maka jadi lah ayah dan anak berkepala botak.

anak dara ni ikut ummi, suka pakai tudung. nak keluar rumah je terus mintak tudung. kadang2 dia terlupa, tp bila tgk ummi sarung tudung, dia pun terus mintak tudung.

anak lelaki yg lasak.
gambar sabtu lepas, dpt jemputan kenduri di Penang Golf Resort, Bertam Kepala Batas. org kaya2 saja boleh buat majlis kat sini. kita bolehla tumpang makan. hehehehe


ayah dan anak2 - permata hati ummi

ummi dan anak2 - permata hati ayah.
ok abis dah. ptg ni saya kena pegi rumah anak yatim di pengkalan hulu,perak. saja melawat. tak sabar nak jumpa an…

Ali suka membaca.

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...


tadi tajuk tulis omputeh, ' He loves to read'. lps tu teringat kata2 sepupu  supaya martabatkan bahasa melayu. terus tukar tajuk. hahaha


rasanya dah byk kali saya bgtau betapa ali tu suka sgt membaca. saya harap habit dia ni berterusan sampai bila2.  amin.

ini video yg sempat saya rakam.

cerita disebalik video :

- baca sambil berbaring dlm bilik kecik rumah ma.
- sampai kat C, kakak dia kacau. ajak main. hilang fokus kejap.
- ada umi cakap, "dah-dah" sbb tokma tanya, dah isi air dlm mesin basuh ke?
- ada umi ckp lg,"bubuh-bubuh" sbb tokma tanya dah bubuh sabun ke dlm mesin?
(hahaha! masuk jgk tokma dlm crita ini)
- last sekali ali tu hilang fokus sbb nak nenen. bukan boleh berbaring dgn dia. takde idea lain, yg itu je dia nak. haih.

cerita konsert.

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

suatu malam, sedang berehat-rehat sambil melayan anak-anak.

" abg, ayg nak p tgk konsert anuar zain boleh? kat bukit jalil. 1 malam ja. ayg p hari ni,esok balik. boleh dak bang..?" kata isteri.

" JANGAN NAK MENGADA." balas suami.


HAHAHAHAHA!!!

kena setepek. saya gelak besar. mmg tau dah dia tak bagi. tp saja ja nak mencuba nasib kot-kot dia nak izinkan.  sbb suami saya adalah manusia paling sporting, saya mintaklah nak p mana pun, nak buat apa, kebanyakan dia tak halang selagi tak mengabaikan rumahtangga. apatah lg nak melanggar syariat. sbb saya pun bukan mintak nak buat perkara aneh-aneh. sekali mintak izin nak p tgk konsert anuar zain dia tak bagi. hahahahaha!!

saya pun bukan serius sgt, sj ja nak test boleh ke tak. setakat nak p KL tu takde hal, nak beli tiket konsert tu yg tak mampu. beratus kot. baiklah saya guna duit tu beli emas kat Azriena Gold. (tiba-tiba). hahahaha!

saya ingat kan, seumur hidup s…