Wednesday, 9 January 2013

Mainan

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

sejak kecil, saya tidak dimewahkan dgn barang mainan. rasanya mainan saya sejak kecil,cuma buku2. ma sgt 'kedekut' utk belikan kami (anak-anaknya) dgn mainan. bila kami mintak belikan mainan, ma dgn perlahan akan bgtau,"maaf,ma takdak duit." Beliau cuma seorang tukang jahit, nak bela anak 5 org. mana mampu nak layan kerenah anak2 yg bermacam ragam? pendapatan yg ada setakat cukup makan pakai dan simpanan utk masa sesak. tp saya akui,ma mmg pakar ekonomi. sampai skrg saya selalu minta nasihat ma kalau bab2 kewangan ni.

saya ingat lg, saya pernah cuba 'buat perangai' dgn meraung2 mintak mainan. umur baya nawal kot. apa yg saya dpt? sorry lah nak dapat mainan tu. saya dapat 'cubitan di paha'. sakit woiii~!! sejak itu, saya tak mengamuk lg mintak bukan2. tp kalau saya mintak nak mkn apa2, ma ok sj. cuma lambat atau cpt saja. (bergantung pd keadaan ma ketika itu).

ma mmg tak mewahkan kami dgn barang mainan. saya ingat lg rumah kami dulu mmg takde brg2 mainan sepah2 mcm rumah org skrg. mainan anak saja berbakul2. (rumah saya pun ada sebakul kecik). ma sampai skrg pun mcm tak suka tgk mainan budak. dia rimas. hehe. ma ckp "membazir. mainnya sekejap sj,lps tu sepahkan saja. biaq merata2. kadang2 tu main sekejap dah rosak. sayang duit. nak cari duit dah la susah bla bla bla .." (paham2 la sambungannya.)

kenapa saya cerita pasal ni?

si Nawal, saya bawak dia ke market penanti beli ikan. sekali bila dah selesai semua nak blk dah.dia mintak nak mainan. mcm laptop mainan tu,yg ada bunyi2 abc tu, harga RM17. yg bg saya mahal weh. mainnya sat saja, lps tu mesti habis bateri atau rosak atau lain2. saya pujuk dia baik2. saya sanggup belikan benda lain.nak beli coklat,keropok, buku mewarna semua dia tak nak. sampai at last dia meraung2 dan baring depan kedai. haih, anak sapa la ni. saya cuba nak tinggalkan dia, berkeras. malas nak layan. dia tarik kaki saya. kuat. adoiii! malu tu toksah ckp lah,semua org pandang2, anak beranak buat drama dpn kedai. tp saya tak peduli. untuk turut kehendak dia is NO WAY. dia tarik kaki saya, saya seret kaki sambil berjalan terus. mmg nekad dah time tu. dia tarik tgn saya, saya rentap. sehinggalah hampir dgn motor saya, ada makcik jual nasi lemak ni marahkan nawal. hahaha! padan muka dia. bukan setakat makcik tu sj, pakcik jual apam balik, pakcik jual rokok daun, abg jual minyak wangi, abg jual baju, semua pakat2 marah kat nawal. (buat2 marah je sebenarnya,gertak dia. nak bg dia diam.) saya legaaaaaa..nawal dah berhenti mengamuk. dia cuma tersedu2 sambil pegang baju dan menyorok belakang saya. amekkaw nawal. nak mengamuk sgt kan, sampai takleh bwk berbincang langsung.

bila saya crita kat ma, itu yg timbulnya  3 perenggan di atas. hehe. tp org sekarang,mcm2 dibelinya utk anak2. termasuk lah kami pun. tp tgk benda jgk. stakat seringgit 2 bolehla beli. lebih pd tu mmg tak lah. ada org berbakul2 mainan anak dlm rumah. sampai kena bg kat org. mainan ni ada bagus dan tak bagusnya. tgk mcm mana kita uruskan anak2 dgn mainan tu. dan jenis mainan jgk. sbb bermain ni bagus utk perkembangan minda anak2. saya suka kalau anak2 kreatif gunakan bahan2 dlm rumah atau bahan terpakai utk dijadikan mainan. mcm kita kecik2 dulu. kan? ini budak2 skrg semua nak yg moden saja. lepas tu cpt bosan dgn mainan depa. main tak lama mana, dah bosan terus abaikan. haih.

cabaran betul nak mendidik anak. pasal mainan pun boleh jd 1 entry.


6 comments:

Kniedaz said...

mainan yani dan yana banyak..mainan abang danish dan abang danial pun banyak masih elok..adik2 sambung main..hahaha

Anonymous said...

wah saya bersetuju dgn tindakan makcik2 dan pakcik2 berkenaan dgn tidak menyebelahi nawal.

kinna said...

saya antara yg simpan mainan anak berbakul-bakul..tapi cukup haul saya bagi kat org lain pulak sbb depa cepat bosan..

tp kengkdg depa selongkaq bilik mainan pandai pulak main balik...

sy cuma teringat pesan abah (masa kecik2 dia pon kedekut gak beli mainan kat kami tp ADA la jugak walaupun kedekut sbb dia kata, budak2 kena bg mainan supaya kreatif, gembira etc).

saya suka anak2 main menan pastu sepah2 satu rumah (tp lepas tu lambat pulak la nk dpt mainan baru kan...)

tp saya tak setuju kalo asal anak nak je laju ja kita beli. kena buat hati keras gak. sekali sekala kami masuk kedai mainan dan bagi anak pilih mainan yg dia suka (guna duit yg org dok sedekah kat depa tu...)

shaliza said...

sporting betul pakcik makcik semua tu..huhu.
Rasa membazir pulak bila tengok mainan yang dibeli tu rosak tak sempat nak puas main. Tapi saya suka mainan yang jenis puzzle tu...rasanya yang tu ok kut untuk perkembangan otak mereka:-)

RieNa said...

kak ida : bagusnya anak2 kak ida cermta main dan simpan brg2 mainan depa. boleh turun utk adik2 plak tu.

anony ni saya yakin si kyara : mmg pun. depa dah biasa tgk budak meraung. mmg tu ja cara nak bg budak diam. xdak sapa pun yg sebelahkan nawal.semua pun marah.

kinah : ada bilik khas utk main oklah. kalau rumah k riena mmg takdelah. mainan tak dan nk bg kat oprg,jahanam dulu.

shaliza : itula,ada jgk mainan yg bagus. kita pun ada masa nak belikan depa mainan. kena tgk benda lah. bkn asal mintak je dapat. jenuhlah.

MyzwaR said...

syabbbasss!!! next time try option divert depa utk beli next time ka beli benda yg rm1 or rm2.. but anyway, what u hv done already good.. keep up!!

Aidil Fitri 2017 ~ Part 3

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani... walaupun dah berlalu sebulan lebih, saya tetap nak masukkan entry ni jugak. s...