Thursday, 3 January 2013

macam2 nawal.

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

sebelum ni rambut nawal adalah seperti ini. bolehla nak ikat tocang dua.





 tp dia mengalami rambut berbuah yg bg saya serius. kesian dia. rambut dia jd  kasar.

setelah saya berhujah dan jenuh jgk lah nak minta persetujuan ayah dia, maka saya potong pendek terus rambut dia. ayah dia kalau boleh nak anak berambut panjang,boleh ikat2, bubuh riben2. tp dah rambut anak bermasalah, apa nak buat. tambah2 ni nak masuk sekolah, nak pakai tudung. sapa yg tak suka anak berambut panjang, ikat tocang cantik2, saya pun suka. takpelah, nanti kita simpan rambut cantik2, kita jaga jgn bg berbuah lagi.


 kalau botak mcm ayah, adik ali dan ayah ngah ni takpalah. senang jaga. hehehe


 dan inilah gaya rambut baru nawal.
ok kan? saya suka. nampak kemas dan muka dia lg bulat. hehe



 bila pakai tudung tak nampak pun rambut dah pendek. kan? comel jgk anak ummi.


pg ni pegi sekolah dgn semangat. semalam cikgu dia ckp dia termenung dlm kelas. asyik perhatikan kawan2 baru yg ramai. bila cikgu tegur,"kenapa nawal termenung?"

dia jawab,"kenapa depa teriyak mama? nawal tak teriyak pun." (guru besar tadika membahasakan diri mama pada anak2 di taska dan tadika.)

ohh, rupanya dia hairan tgk kenapa ramai sgt kawan2 ni menangis. yelah, yg menangis tu sbb 1st day masuk kelas. yg kamu tu dah 2 tahun masuk skolah tu. mmg lah kamu hairan.

agaknya, itulah kelebihan hantar anak ke taska pd usia muda. dia cpt sesuaikan diri. tak manja sgt dan mudah berdikari. Alhamdulillah.



5 comments:

Kniedaz said...

baju biru tu baju tadika ke? cantik...

RieNa said...

baju tadika. cantik kan? warna peberet ummi. biru turqoise dgn pink. tudung sekali.

D Yatie said...

hihihi...kelakar pulak baca soalan nawal...comel! :D

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
RieNa said...

nawal tu mmg,suka bertanya. kdg2 pening nk jwb. hehe

Langkawi 2017

Bulan 7, lps raya hari tu. Saya rasa nakk sgt p bercuti. Saya sorg. Tanpa anak2. Tp takkan bolehlaa nak tinggal anis nuha, sbb masih menyusu...