Janda itu baik orgnya.

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...


ini gila lama punya cerita. cerita yg saya kena pegi kursus kat janda Baik, Pahang pd 5 - 9 November tahun lps. sampai dah lupa dah. (tp tang seksa rindukan anak dan derita perjalanan pegi blk mmg takkan lupa). haih. so drpd gambar tu tersia-siakan,marilah kita tempek disini.

kami (saya dan kak zue) bertolak dr penang jam 5 ptg,sampai shah alam jam 11 mlm, bermalam di De Art Hotel utk semalam.
kami bertolak jam 10 dr Shah Alam, sampai lebih kurg jam 12 tghari. kejap je. kami menginap di ABC Chalet. dekat sungai wa ckp lu~! mmg best.

(gambar tak teratur susunannya. belasah sajalah.)


ini pandangan depan chalet.

 eh, tetiba dah ada dlm sungai. nampak sgt gambar tunggang langgang.

 ini kumpulan 1. kumpulan saya. kami adalah juara keseluruhan. suka!

 makan durian. serius, durian janda baik sgt sedap. manisss~!

catering di ABC chalet ni mmg mabeles. percayalah ckp saya. apa yg makteh ni masak,semua sedap. berbaloi-baloi~!

 eh, tetiba gambar mkn durian lg. haha

 ini laman depan chalet.

 ini adalah dewan. byk aktiviti buat kat sini.


 ini bilik-bilik yg ada kat sini.


 ini dalam dewan. dewan berlantaikan kayu. ada sekali tu buat aktiviti aerobik dlm dewan. saya risau dewan runtuh. hahaha

 aktiviti sukaneka. bolehla,layan jgk.

 ini titi gantung sebelum kita buat abseiling. serius,ini kali pertama saya cuba abseiling. gila best. walapun lps tu saya turun dgn muka pucat dan tgn ketar-ketar. hehehe


 dgn kengkawan dr uitm shah alam, melaka dan tganu. bagus adik2 ni,kelakar, tp masih hormat org tua. (mcm saya). huhuhu

 tepi sungai. masa ni teringat nawal je. kalaulah dia tgk sungai ni,haiii..terjun tiruk terus.


 cantikkk kan kawasan ni? saya dan rakan2 sebilik.

 ini dgn penceramah. En Mohd Nor Azam. ckp bab kenegaraan. haha

gambar terakhir, katil dlm bilik.

disebabkan kami pegi sendiri balik sendiri, jd kena naik bas ekspress. habis kursus hari jumaat tgh hari, pegi rumah sedara kak zue di bentong. mlm baru naik bas di jalan duta. bas pukul 11 mlm. tiket ke butterworth dah habis. terpaksa amik tiket turun di parit buntar. kesian abg aleh kena amik saya di parit buntar,jam 3 pg. kesian abg aleh. i luv u sayang. huhuhuh

balik dr kursus, buat claim. mcm2 masalah masa nak buat claim ni, takisi borg permohonan kursus la, lewat bg borg lah. bos kena buat surat rayuan utk claim pulak,hantaq kat pengurusan,pastu cuma dpt claim tiket bas dan elaun harian je rm20. duit hotel yg kami bermalam semalam tu kena bayar sedri. dan sampai hari ni, claim tak dpt lg.sedih. takpalah. redha saja. eh, ini bukan merungut tau, ia cuma  peringatan utk next time punya kursus.

hehe. akhirnya, ada jgk entry di Janda Baik.

Comments

Anonymous said…
kat mana beli tudung hgpa yg hitam putih tu? -kyra
RieNa said…
kat kedai kak long keja skrg. kat bangi. kain jeans. harga lebih kurg rm40+. awning lembik. sila contact kak long kalau nak suh dia beli.dpt harga staff. :)

Popular posts from this blog

Derita sakit gigi.

:: perihal susu ::

Salam Terakhir ...