cukup 6 tahun.

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

pic sbg penyeri entry. hahaha

hari ni, 3 Januari 2013. genap 6 tahun saya bekerja di sini. bermula daripada 3 Januari 2007, dr zaman anak dara, sehingga sekarang sudah beranak dua.

macamana selama 6 tahun ini? saya suka kerja kat sini. walaupun jawatan tak setimpal dgn kelulusan (ada degree, tp jawatan SPM) saya tak kisah. saya masih berpegang dgn kata2 saya sendiri, kalau berjawatan besar,bergaji besar, maka byk yg saya perlu korbankan untuk keluarga saya. terutama dr segi masa. itu yg saya tak sanggup. saya tak suka kena outstation lama2 (baru kena p team building 5 hari dah nangis rindu anak), saya tak suka balik kerja lewat sbb nak menyiapkan kerja2 pejabat dan saya tak suka bawa pulang kerja pejabat untuk disiapkan di rumah. sbb itu saya bahagia dgn kerja saya skrg. gaji cukup ke? heh. duit,byk mana pun mmg tak cukup. pandai2 lah saya bahagi. boleh bantu suami sikit2, dan berbelanja utk diri sendiri oklah. cuma nak bermewah2, nak bercuti sana sini, tak dapeklah. yg tu atas belanjawan suami. doakan dia kaya. hahahaha! apa yg penting, sentiasa bersyukur dan semoga rezeki yg diperolehi diberkati Allah Taala.

kalau nk duit lebih, kena berniaga. yg tu saya tak nafikan.kalau tgk org2 yg berduit,kebanyakannya berniaga sendiri. tp saya tak pandai berniaga. yg tu kepakaran suami. kita biar je dia yg buat. saya buat sikit2 je, dgn berniaga susu halibs tu, bolehlah. sbb saya takut saya tak menang tangan. tambahan saya punya kerja hakiki yg  saya kena beri tumpuan.

kerja sebagai pembantu perpustakaan, mmg jiwa saya. saya suka dikelilingi buku. saya suka membantu pengguna2 perpustakaan, saya suka brada dlm perpustakaan yg sejuk gedi ni. saya suka suasana kerja saya. saya suka rakan2 sekerja saya yg sgt menghiburkan. bos2 saya sgt ok berbanding bos2 saya masa saya kerja kilang dan syarikat swasta dulu. dan kalau dulu saya cinta UKM sbb ia universiti yg melahirkan saya sbg graduan, kini saya juga cintakan UiTM dimana ia tempat saya mencari rezeki.

tak berhajat untuk bertukar kerja? hmm..kadang2 bila saya trasa yg nak duit lebih, mmg rasa nak tukar kerja. tp rasa tu tak lama. dlm 10 minit je. haha! lps tu saya kembali waras. saya belum bercadang untuk mohon kerja lain. cuma saya ada cita2 untuk menjawat jawatan lebih baik. tp itulah, kalau nak jawatan lebih baik, cthnya Pustakawan, saya kena sambung belajar. itulah masalahnya. saya malas. hhhaha! teruk punya budak.

buat masa ini, saya syukur. saya puas hati dan saya bahagia. itu yg penting. rezeki di tangan Allah Taala. kita sbg hamba hanya mampu berusaha.

banyak yg saya ceritakan tentang kerja saya dalam label kerja.

ini ketika saya bg taklimat untuk student baru.


gigih tiup belon masa majlis hari raya kampus. kena hias pentas utama.

 
bersama rakan2 sekerja dan student praktikal. diorang mmg happening. mcmana saya tak sayang diorang?

 kelas untuk  pensyarah, anjuran perpustakaan. ofismate saya si fawwaz tu dah bertukar tempat kerja. lama sgt tak jumpa dia.

 tgh edar borang untuk pensyarah.

haa..ini jamuan library, sambut birthday staff sekali. seronok kan?


ini tgh bg taklimat khas utk pelawat dr sekolah rendah. rasa lah jd cikgu sekolah sat. hahaha

bersama rakan2 sekerja.

Comments

Popular posts from this blog

Derita sakit gigi.

:: perihal susu ::

Salam Terakhir ...