cerita 2 Januari 2013

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

hari pertama Nawal masuk tadika. pagi ni saya bangun mcm biasa. 5.45 pg. mujur Ali tak mengempeng, so boleh uruskan diri lebih awal dan tunggu waktu subuh. jarang2 nak dpt masa mcm ni. selalunya kena layan awang kenit tu dulu. sampai dah cukup masa  dan 'memaksa' dia berhenti menyusu.

tp pg ni semua berjalan lancar. elok je siapkan diri, Ali bangun. siapkan Ali apa yg patut dan kejutkan kakak Nawal. jam baru 6.30 pg. awal lg. tp takpalah,sempatlah layan kerenah Nawal yg mcm2 jugak. tp pg ni dia ok, tak byk kerenah. suruh mandi, dia buka baju sendiri. kalau tak menangis suruh ummi bukakan baju. mandi pun takdelah nak main2 sabun dan syampu spt biasa. cpt je selesai mandi siap dgn berwudhuk sekali (padahal tak solat subuh pun). pakai baju pun mudah, takde masalah tak suka baju ni nak baju lain. (baju sekolah dia belum dpt lg. hari ni baru cikgu bg). sikat rambut pun mudah je. (oh ya, nawal dah berambut gaya baru. pendek. comel je dgn muka bulat dia tu.) nanti nak belikan dia cekak rambut, biar nampak feminin sikit. tp kena beli yg jenis kain, sbb cekak2 dia yg sebelum ni semua dia terpatahkan tak sampai 2 hari beli. isk isk isk

keluar rumah jam 7.15. mmg santai. ummi mmg tak kelam kabut langsung. rilex2 je. sampai di guaq petai, baru teringat yg beg baju Ali tertinggal. (itulah, bersantai2 lg.hahaha). berenti tepi jalan, call ayah bgtau beg ali tertinggal. ayah kata takpelah, nanti dia hantar kat rumah pengasuh. ok,sorry ayah. ummi tak sengaja. tiba2 nawal mintak ,"nak makan nasik dulu kat kedai. takmau bungkus, nak mkn kat kedai. nawal lapaq." nahhh,..rupanya dia nak berkerenah masa ni,patutlah dia tak berkerenah di rumah td. masalahnya mana ada kedai buka lg pg2 ni. pilihan yg ada,beli nasi lemak, mkn kat food court kat taman guaq perahu tu. mujurlah cadangan diterima. sbb pujukan sebelum tu suruh dia makan kat sekolah ja pukul 9 pg nanti telah ditolak mentah2 dgn bunyi2 mcm nak menangis dah.

selepas hantar Ali yg baik itu (dia langsung tak berkerenah apa2, cuma suka ajuk umi bercakap.comel je bunyi.) berhenti di gerai nasi lemak. beli 2 bungkus utk nawal dan ummi, makan kat food court. punyalah lama tunggu nawal mkn. haih. nasib baik ummi masuk keja 8.30 pg. minum air sirap bekalan nawal. oh ya, dia tak bwk botol susu dah. ummi doakan dia boleh tinggal terus botol susu by 2 months from now.

hampir pukul 8 baru siap makan. terus hantar dia ke tadika. nawal salam dan ummi cium pipi dan dahi nawal.  nawal lambai2 ummi.cikgu pimpin masuk kelas. ummi tarik nafas.

"anak aku dah masuk tadika.."

ummi sampai tempat kerja jam 8.15pg. sgt OK utk hari pertama. ummi rasa kalau takde agenda nawal nak mkn nasik, rasanya ummi boleh sampai seblum jam 8. tp itulah, ragam budak2 ni kita tak dpt jangka.

selamat bersekolah nawal. ummi dan ayah doakan nawal boleh biasakan diri, boleh menulis, membaca dan mengaji, solat dgn betul dan berakhlak baik bila bersekolah nanti.

cemerlang, dunia dan akhirat. amin .

Comments

Anonymous said…
terima kasih kerna mengupdate blog. nanti post la gambar nawal rambut baru..-kyra
RieNa said…
ohoiiii! pembaca blog i yg setia. nanti2 i post.
Kniedaz said…
permintaan masuk 8.30 diperkenankan oleh duli-duli yg maha mulia ya? hehehe....kalau kida 6.30 tu dah kira lambat hahahaha
RieNa said…
entahla kak ida. duli2 dah sign pun. agaknya duli2 tak perasan kot. tp bos aras 2 ok je. tp rasa mcm nk mohon masuk kul 8 blk. mcm boleh sampai sblm 8 je.
shaliza said…
sempat lagi paw nasi lemak ye nawal:-)
RieNa said…
sempatt..tp hari ni dah xmau mkn. dah kenyang minum susu je. :)
MyzwaR said…
anak2 salindah mmg suka ajuk ckp org! haha..
RieNa said…
iya ka? adib mcm tu jgk ka? hehe
MyzwaR said…
sama laa... ajuk ckp org.. ajuk iklan di tv.. pening kepala aku.. haha..
RieNa said…
mmg budak2 mcm tu. nawal tu,bkn salindah pun. sama jgk. habis semua lagu dia ikut.

Popular posts from this blog

Derita sakit gigi.

:: perihal susu ::

Salam Terakhir ...