Wednesday, 16 January 2013

belajar dgn Ahmad Fedtri Yahya

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...


Ahmad Fedtri Yahya (gambar google)

siapa tak kenal beliau? seorang yg sgt berpengalaman dlm bidang pengacaraan. dah 10 tahun berkhidmat di TV3, lulusan dlm bidang Mass-Comm dr USM. saya suka tgk beliau dlm MHI, nampai santai tp berilmu. dia seorang yg sopan santun, bicara pun tersusun indah,. byk madah. byk seloka. mmg tenang hati dgr dia bercakap.

Isnin lepas saya dpt peluang utk menimba ilmu dgn beliau dlm satu kursus pengacaraan yg dianjurkan oleh tempat kerja saya. bila tau je akan dikendalikan oleh beliau, laju2 je saya bg nama utk join kursus ni. kat ofis saya ni pernah la jgk saya kena jd MC, mcm lah takde org lain. jd saya rasa,saya kena ada skill dan ilmu dlm bab2 mengacara majlis ni. dan kursus ni kita fokuskan utk jd mc majlis2 rasmi shj. majlis suka2,tak formal kita tak yah buat lg.


dia byk berinteraksi dgn kita. byk praktikal. byk yg dia suruh kita cuba sendiri. bykkan bercakap. jgn malu dan segan. dia mudah disapa. langsung tak sombong.

saya suka cara dia panggil audiens. dia mengelarkan kami dgn panggilan baik2. cthnya, ya, saudara yg spt bilal itu. ya, encik yg bercahaya wajahnya. encik yg spt mahasiswa (sbb staf tu muka awet muda mcm student.hehe), ketua wanita umno, bapa mithali, pejuang mujahidin (sbb staf tu ada jambang). mcm2 lah. mmg seronok. kita pun rasa happy.

 sekejap je masa berjalan sepanjang berseminar dgn beliau. langsung tak bosan. asyik gelak saja. dr pg sampai petang, langsung tak jemu.



 (saya tiada dlm gambar)

(pun takde jugak.)
jgn tanya kenapa saya tak bergambar dgn dia, kerana saya adalah pemalu. hehehe..

Antara tips-tips penting utk menjadi pengacara majlis yg baik ialah  :

 1. Hapuskan bunyi 'aa'. perasan tak,kita biasa sebut 'aa' bila gugup. itu menjejaskan kelancaran dan kefasihan kita bila berckp. Fedtri bg tips,kalau rasa nak sebut 'aa', telan perkataan 'aa' tu. biar silence. maksudnya, terasa nk ckp 'aa' je, telan. boleh faham kan? hahaha! cuba nanti.

2. luahkan emosi kita dlm teks majlis. cthnya, kalau majlis tu tentang anugerah apa2, mesti kena ceria. kalau majlis tu ttg persaraan ke, jgnlah happy sgt,kena ada sayu2 sikit. kena sesuaikan emosi kita dgn tema majlis.

3. postur badan mesti betul. jgn membongkok. Fedtri bg tips, cuba letak bantal kat lengan, biar 'buka' skit dada tu. lama2 kita akan biasa dgn postur badan yg tegak dan mendada.

4. setiap pengacara mesti ada kemahiran 'menggoreng' ayat. tp jgnlah merepek2 pulak. sbb itulah pentingnya kena ada ilmu. kena byk membaca. guna seloka, pantun atau pepatah apa2 utk menyedapkan gorengan ayat. haaa..rasa2 boleh tak??

5. kena cepat beri reaksi atau kenyataan bila tgk sesuatu dlm majlis.

6. ringkaskan ayat anda utk elakkan anda dr terlupa. dan juga utk memudakan anda utk mengingat. tak perlulah ayat sedap2 sgt tp akhirnya anda terkelu dan langsung terlupa. kan naya tu.

7. ini bukan utk pengacara,tp ini kalau anda adalah peserta, kalau anda dipanggil oleh pengacara majlis, atau siapa2 lah dlm majlis, jgnlah terus dlm hati ckp,"mampuslahh aku.." nanti aura 'mampus' tu akan mengelilingi anda. hehe. kalau kena panggil atau disebut nama, atau ditunjuk, cakaplah 'Alhamdulillah'. insyaallah semuanya akan baik2 saja lps tu. :)

8. pengacara kena kreatif kaitkan 2 perkara yg berlainan. ini kalau nak menggorenglah,supaya tak nampak merapu. cthnya, ayam dan bintang. agaknya mcmana nak kaitkan 2 benda tu yg nampak mcm takde kaitan langsung. kan?? jd, kita boleh kata - nasi ayam itu dihidangkan istimewa di hotel 5 bintang. cthnya lahhh..hehe

9. untuk menghilangkan debaran, jgn tunduk. salah tu. nak bg hilang nervous, renung mata audiens. pilih wajah yg anda rasa selesa dan sedap memandang. tgk dia. hehehe..selain itu sentuhan. kalau boleh berckp dpn2 audiens, sentuh bahu audiens (sama2 jantina lah), sentuhlah kerusi ke, meja ke, apa2 yg patut. sesetgh org suka pegang pen. konon2 nampak santai,sbnrnya dia nervous tu. hehe.

10. take your time. ambik masa anda utk berckp. jgn kalut2. tenang. rileks. pengucapan awam ni sebenarnya lebih kepada praktikal, bukan menghafal atau bergantung pada skrip.

11. tunjuk kelebihan yg kita ada, utk menutup kelemahan kita. semua org tidak sempurna,. tp tidak bermakna kita tak boleh buat yg terbaik. apa yg penting, kerjasama! adalah usaha, cari ilmu dan latihan.

sebenarnya byk lg, cuma ini yg sempat saya salin dan ingat. lepas ni kalau bos suruh jd mc, takleh dolak dalih lg dah. kata dah belajar dgn Ahmad Fedtri yahya. muehehehehe...


7 comments:

Kniedaz said...

ooi, panjangnya...hehe terbaek la Fedtri Yahya ni..i like!

RieNa said...

baca sampai habis tak?penat i tulis pjg2 tau. hahaha

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
MyzwaR said...

saya suka! terima kasih berkongsi..

RieNa said...

ingat, panggil org dgn gelaran yg baik2. bkn dgn nama kartun2 atau sbgnya. (shot shot shot)

kinna said...

tak larat bc smp habis..tp akan refer balik bila2 kena jd mc..good info k riena!

MyzwaR said...

baiklah wahai puan yg baik hati bak bunga yg wangi dan kembang mekar setaman..

Aidil Fitri 2017 ~ Part 3

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani... walaupun dah berlalu sebulan lebih, saya tetap nak masukkan entry ni jugak. s...