110113 - Ali 18 bulan.

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

hari ni, Ali genap setahun 6 bulan. iskk..

semalam saya cuti, saja nak lepak dgn ali di rumah. pg2 lepas hantar kakak nawal gi tadika, saya dan ayahnya bawak dia ke klinik kubang semang. utk check-up 18 bulan. dah tahu hari ni last dia kena injek. alaa..sian Ali.


 ini gambar malam sebelumnya. kat rumah mmg nak mkn sendri. habis bersepah2. ummi sabar sajalah. mmg kena buang baju semua kalau nak bg dia mkn. ya lah, sampai bila kita nak suapkan dia kan?mmg kena belajar sendiri. tapi itulah, sgt mencabar.

saya tanya pengasuh Ali, kat rumah pengasuh dia mkn mcm mana? nak mkn sendiri jgk ke? mamatok dia ckp, tak pun, dia mkn pengasuh yg suapkan. takde nak mengamuk nak mkn sendiri ke apa. dah biasa mcm tu. "disiplin," kata mamatok. baguslah mcm tu. risau saya kalau ali sepahkan rumah org. huhu


 ini gambar2 di klinik pg semalam. seronok dia boleh berkawad dlm klinik.

 tak reti duduk diam. panjat sana sini.
                                     
jumpa kawan baru. tp dia malu2 nak tegur.

 lepas tu datang peluk ummi. pemalu ye.


 memanjat tak habis2. suka sgt dia.

 mujur ayah temankan. kalau tak penat jgk ummi nak ligan dia sorg2.

 masa kena cucuk mmg dia meraung. tapi kejap je. lepas tu dah boleh berjalan mcm takde apa2.

dari klinik kanak-kanak kami ke klinik gigi. Alhamdulillah,klinik kesihatan kubang semang ada semua. klinik pesakit luar, klinik ibu mengandung dan kanak2 dan klinik gigi. senang,semua ada. 

saya nak check gigi ali yg berkarat itu. misi ckp mmg punca dr dia yg suka mengempeng nenen ummi masa tidor mlm. masa tidor air liur kita tak bergerak. jd gula dr susu ibu itulah yg menyebabkan karies gigi. wpun susu ibu tak semanis susu formula,tp tetap ada kesannya jgk. haih. nak buat mcm mana ye. kadang2 mmg saya terlelap dulu sebelum ali selesaikan 'kerja' dia. nak ubah tabiat mengempeng tu rasanya kena wean-off dia terus. takpalah, pelan2 kita buat.

jadi misi ada sapukan gigi ali dgn sejenis fluoride apa ntah nama dia. utk elakkan gigi dia berlubang dgn cpt. kira tahan lama skitlah gigi dia. 6 bulan lg jumpa doc gigi lg ya.
(terima kasih utk en mizwar abduh dan isteri atas cadangan utk bwk ali pi klinik gigi)

sempat saya snap. utk peringatan dan pengetahuan kita bersama. bg yg ada anak yg belum tumbuh gigi, atau yg gigi masih elok,elakkan dr jd karies gigi mcm ali. tak cantik. gigi karat. huhuhu..nawal punya gigi elok,sbb dia tak mengempeng. BF pun 6 bulan sj. adalah baik dan buruk dia. takpe,cegah lebih baik dr merawat.

ali 18 bulan :
- berat 10kg. wpun nampak slim,lenguh oiii dukung dia.
- selera makan memberansangkan.
- masih BF dan bersusu halibs. sekali minum boleh habis antara 5-6 oz. kdg2 3 oz pun tak habis. ikut suka  
   dia sj.
- pandai berckp wpun pelat. dia rajin mengikut kita sebut. yg kelakar, susu dia sebut hu-hu. tp adik arissa  
   pandai pulak dia sebuk i-sya.
- dah boleh terima arahan mudah,. senang crita, ummi boleh mintak tolong sikit2.
- kuat cemburu. anak manja ummi.
- dah kenal anggota badan,dan sebut sikit2 ikut pelat dia.
- rajin baca buku. cloth books yg saya beli dgn noorihan tu,mmg berbaloi2 bg dia study. dah kenal gambar2
  dlm tu sbb rajin baca.

itu ja kot.
doakan dia terus sihat sejahtera. amin.

Comments

Kniedaz said…
kida kalau tengah bf sambil baring bila yani @ yana dah tak hisap terus tarik...so dia tak ngempeng la..
RieNa said…
ni bila kita tarik dia jg dan menangis. huhu

Popular posts from this blog

Derita sakit gigi.

:: perihal susu ::

Salam Terakhir ...