Wednesday, 30 January 2013

nafsu berbelanja.

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

org perempuan ni kan. tak dpt lari dr 'kelebihan' yg dia ada, iaitu suka berbelanja. saya rasa takde perempuan yg 'kalau ada duit mesti nak shopping sakan'. tak kiralah,beli utk diri sendiri taua org lain, yg penting, tgk barang-> berkenan->ambil -> bayar.

tambah2 sekrg ni, tak payah pegi shopping complex atau pasar malam, duduk depan PC je pun boleh habis duit. apa lg, dgn online shopping lah. haih. saya tak kata kat org lain, saya sendiri boleh jd mcm tu. tp saya takdelah habis beratus2 ringgit setiap kali gaji, cuma kengkadang bila berkenan sgt,atau bila perlu. tp kalau cuci mata tu boleh kata hari2. biasanya kalau selalu sgt cuci mata, boleh membuatkan kita 'ter'beli jgk akhirnya.


jadi,utk mengelakkan dr keadaan itu berlaku, saya dah hide kan hampir semua page yg bermotifkan jual beli di FB. di blog2 atau web pun semua saya dah delete dr 'favourite link' saya. saya rasa lega skrg. takde lagi dijamu mata setiap hari dgn pelbagai barangan yg menggoda. cuma kalau ada kwn2 yg promote page/barang yg diorang jual,yg tu tak dpt elak, tgk jgk. sbb takleh nak hidekan kwn saya tu terus. saya cuma mampu hidekan page saya,bukan friend saya.

utk bulan ini, saya masih belum buat sebarang transaksi utk sebarang pembelian. Alhamdulillah. berjaya.

(kecuali jual beli susu halibs, itu bisnes saya.hehehe)

Tuesday, 29 January 2013

lg anak sedara kawen.

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

kalau tadi anak sedara akad nikah, yg ni kenduri pulak. tp bukan amir, tp sobri, anak sedara abg aleh. anak mak tam.

gambar pengantin takdak. yg ada gambaq anak2 saya. hahahaha!



 sesi bergurau senda dlm kereta.

nawal skrg bila nak keluar rumah,mesti mintak nak pakai tudung. walaupun kadang2 tudungnya cuma setgh jam je atas kepala (biasanya bila cuaca panas) saya cuba penuhi permintaan dia. seronok tgk dia bertudung. comel. bolehla ummi beli tudung kat nawal pulak lps ni. tudung budak2 sgt cute ok. kalau cuaca tak panas,mmg tudung bertahan lama kat dia. Alhamdulillah. semoga Nawal terus kekal menutup aurat hingga ke akhir hayat. amin.



 lauk kenduri. ayam masak kicap. gulai keladi. gulai ikan kering. sambal belacan, ulam2, ikan kering.

ali dan amir. amir anak sedara saya mintak nak amik gambar dgn ali sbb sama2 pakai baju kotak. hoho

kenduri berlangsung pd 26 januari (sabtu) lps. ini lah sbbnya saya tak dpt bercuti kemana2  pd weekend lps tatkala org lain kemain lg bercuti sakan. sama jgk nanti cuti raya cina, kami kena stay jgk sbb si amir ni nak kenduri pulak 11 hb. tak apalah, ada hari lain lg boleh berjalan2.



anak menakan bernikah.

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

anak saudara abg aleh yg ke .. (maaf, lost count. ramai sgt anak sedara dia. kami dah tak terkira.) Amir dah selamat bernikah dgn gadis pilihannya pd 19 Januari lps. Alhamdulillah. selamat pengantin baru Amir, maksu dan paksu doakan kebahagiaan kalian dunia akhirat. amin.

abg aleh anak bongsu dr 8 beradik. abg sulong dia pun dah dekat2 60 thn. kami dah ada cucu saudara pun. dah bergelar toksu pun saya ni. (huhu tuanyaa~!!)

 anak sulong aka bestfriend ummi.


 anak kedua aka bodyguard ummi.


nawal dan abg nazim sepupunya.


self-cam by Nawal.

barakallah Amir dan Nazirah!

paksu dan anak sedaranya.

anak-anak saudara belah suami mmg ramai yg dah kawen, dah beranak - pinak pun. anak2 sedara sebelah saya sj yg belum lg. tak nampak bayang pun lg. doa-doakanlah.



arissa sudah 8 bulan.

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

untuk mereka yg merindui Arissa.

 mcm ayah dia. sejibik.




 dgn tokma dan ayahwan. yg selalu buat arissa gelak terkekeh2.


gambar2 diambil usai kami solat isyak berjemaah dirumah ma. masa solat, arissa main sorg2, kadang2 ali pegi tegur2 dia kejap sblm ikut solat sekali. nawal mmg ikut solat sekali,kalau tak dia tolong jaga adik arissa.
budak2 ni dah biasa ikut jemaah sekali, tak mengganggu pun. dah faham dah. kalau dia kacau nanti lps solat ummi marah. hahahaha

nanti arissa dah besar pun boleh ikut solat sekali.







ini gambar tiada kaitan. ada sekali dlm memory kita letak sajalah. nawal main kat tempat mainan pun tak nak buka tudung. sbb kat situ tak panas, tudung dia lekat lah. ali mungkin terlupa ada topi atas kepala,kalau tak dia buang je.





maggi dan tomyam

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

suatu petang,

SMS dr isteri utk suami : abg,tlg beli sabun basuh pinggan,susu nawal d megi. tq

SMS suami : ok yg (selalu camtu, 4 huruf je)

SMS isteri : nak maggi tomyam ye,tringin pulak.

SMS suami : ok bk (ok,baik)

suami balik, isteri sambut brg2 yg suami beli. tgk2 ada koayteow tomyam.

"eh, ni koayteow tomyam sapa punya?abg beli kat mak ka?"

"taklah, kat ayg lah. maggi tomyam takdak,dah habis. abg beli megi kari. sbb tu abg beli koayteow tomyam kat ayg."

terharu. mata basah. terus peluk suami. kenapa entah rasa sebak. maggi tomyam habis, dia beli koayteow tomyam kat saya. serius saya rasa mcm..terharu. terharu yg lebih2 jgk lah,sampai basah mata. padahal, dia , takyah la beli koayteow tomyam tu, lain kali boleh beli megi tomyam. susah2 pulak dia singgah kedai tomyam sbb nk bungkus koayteow tomyam kat saya (yg mmg peberet saya kalau dia beli makanan dr kedai tomyam)

"mcm tu pun boleh terharu ka?" kata suami.

yeah, perangai isteri mmg kdg2 aneh2 skit. benda yg kita rasa kecik je, tp besar maknanya utk org lain.

senyum.


Tuesday, 22 January 2013

ohoiii~!!

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

nampak sgt taktau nak crita apa, sampai tajuk jd camtu. tp sbb ada org yg hari2 buka blog ni tp takde update,kesian pulak. hehehe.. utk org2 yg merindui i merepek, hari ni i akan merepek sungguh2. ini betul2 random.

mee goreng tulang basah

terliur tak? nampak sedap kan? sebenarnya, taklah sedap sgt.(ayat sedapkan hati org yg tgk) hahaha! ini namanya mee goreng tulang basah. pelik kan,bila mee goreng tp ada kuah. sbb namanya basah. jd mmg mee tu  akan berendam dlm kolam kuah daging berkicap. hahaha mmg ini repekan tahap gaban. kwn2 ofis saya  yg perkenalkan menu ni.

mee kuah tulang

biasanya saya makan mee kuah tulang biasa sj. mcm gambar atas ni. sedap. harga RM5. abg leh pun suka mee tulang tu. tp yg gambar atas sekali tu menu lain. lebih sedap sbb ada udang dan sotong dan teloq mata jgk. slurpp..saya yg dah mkn ni pun rasa terliur lg. hehehe..harga pun up skit, semangkuk RM8. pinggan tu mmg besar,mcm pinggan nasi tambah kat rumah ma. hahaha! nak habiskan sepinggan tu jenuh sengkak perut.

riena ni ckp byk pulak. ckp lah lokasinya kat mana?? hehe sorry sorry. lokasinya di food court Taman Pauh, bersebelahan Petronas depan Politeknik Sbrg Perai tu. Kedai nama Sejati Capati. waktu operasi jam 6 pm hingga 10-11 mlm (bergantung kpd kehabisan tulang) hehehe. hari sabtu ahad tutup tau. jgn dok pi hari sabtu ahad.

saya minta maaf kalau saya ada buatkan ibu2 mengandung jd mengidam, atau mereka yg berada di rantau org yg selalu mkn spaghetti jd meleleh air liur sbb nak mkn mee tulang. muahahaha! berdosa ke hah buat camni? kalau berdosa nak rasa bersalah ni. tp dah mintak maaf kan? hehehe

eh, pjg jgk entry ni, berbekalkan 2 keping gambaq dlm FB je. ok, kita tamatkan dgn 1 lg gambaq.


cik nawal sakit mata. kesian.

Thursday, 17 January 2013

kasih ayah..

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

cerita ni saya baca dalam FB. meleleh airmata saya. saya share disini buat tatapan semua. sebagai peringatan kita bersama.


Bablu Jatav.38 tahun. Itulah nama seorang ayah yang tabah meneruskan sebuah perit kehidupan bersama anakandanya yang tercinta, Damini. Damini yang berumur sebulan terpaksa ‘mengikut’ ayahnya : seorang penarik beca : kemana sahaja destinasi yang penumpang inginkan.

Diikat Damini di dadanya sambil sebelah tangan menapu kasih belakang anaknya itu. Dengan kudrat yang ada, sebelah tangan lagi memegang handle becanya dan kedua-dua belah kakinya menarik kuat pengayuh untuk menggerakkan beca usang yang dinaiki penumpang. Sungguh sayu..

Pernah sekali, Damini demam panas akibat cuaca yang begitu membahang. Kekeringan dan kehausan terpaksa insan kerdil ini tanggung. Manakan tidak.. Bayi seusianya yang lain masih berbedung sedangkan dia sudah ‘bekerja’.

Di manakah ibunya? Mengapa si Ibu tidak menjaga Damini?

Untuk pengetahuan Ibu-Ibu sekalian,, Ibu Damini , Shanti telah pun meninggal dunia ketika melahirkan Damini. Kini, anak kecil itu sudah tidak ada sesiapa lagi melainkan ayahnya. Saudara-mara hilang entah ke mana.

Tanpa mengenal apa itu erti berputus asa, Bablu Jatav, ayah yang begitu pengasih dan penyayang berkata “ Walaupun tiada sesiapa ingin menjaga anak saya, biarkan.. Biarkan tiada. Kerana saya sendiri yang akan menjaganya dengan membawanya bersama biarpun ke akhir usia saya’’

Menitis Air Mata Admin Ketika Membaca Kisah Sedih Ini. Ingatlah.. Kasih Ibu Membawa Ke Syurga, Kasih Ayah Sepanjang Masa.. Ayah.. Maafkan Segala Silap Salahku. Semoga Allah Sentiasa Merahmatimu.. :,((

Sumber : dailymail.co.uk
Diolah oleh : karyawanbisu


- kesiannya baby tu..huhu..meh sini acik nak tolong jaga..

Wednesday, 16 January 2013

belajar dgn Ahmad Fedtri Yahya

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...


Ahmad Fedtri Yahya (gambar google)

siapa tak kenal beliau? seorang yg sgt berpengalaman dlm bidang pengacaraan. dah 10 tahun berkhidmat di TV3, lulusan dlm bidang Mass-Comm dr USM. saya suka tgk beliau dlm MHI, nampai santai tp berilmu. dia seorang yg sopan santun, bicara pun tersusun indah,. byk madah. byk seloka. mmg tenang hati dgr dia bercakap.

Isnin lepas saya dpt peluang utk menimba ilmu dgn beliau dlm satu kursus pengacaraan yg dianjurkan oleh tempat kerja saya. bila tau je akan dikendalikan oleh beliau, laju2 je saya bg nama utk join kursus ni. kat ofis saya ni pernah la jgk saya kena jd MC, mcm lah takde org lain. jd saya rasa,saya kena ada skill dan ilmu dlm bab2 mengacara majlis ni. dan kursus ni kita fokuskan utk jd mc majlis2 rasmi shj. majlis suka2,tak formal kita tak yah buat lg.


dia byk berinteraksi dgn kita. byk praktikal. byk yg dia suruh kita cuba sendiri. bykkan bercakap. jgn malu dan segan. dia mudah disapa. langsung tak sombong.

saya suka cara dia panggil audiens. dia mengelarkan kami dgn panggilan baik2. cthnya, ya, saudara yg spt bilal itu. ya, encik yg bercahaya wajahnya. encik yg spt mahasiswa (sbb staf tu muka awet muda mcm student.hehe), ketua wanita umno, bapa mithali, pejuang mujahidin (sbb staf tu ada jambang). mcm2 lah. mmg seronok. kita pun rasa happy.

 sekejap je masa berjalan sepanjang berseminar dgn beliau. langsung tak bosan. asyik gelak saja. dr pg sampai petang, langsung tak jemu.



 (saya tiada dlm gambar)

(pun takde jugak.)
jgn tanya kenapa saya tak bergambar dgn dia, kerana saya adalah pemalu. hehehe..

Antara tips-tips penting utk menjadi pengacara majlis yg baik ialah  :

 1. Hapuskan bunyi 'aa'. perasan tak,kita biasa sebut 'aa' bila gugup. itu menjejaskan kelancaran dan kefasihan kita bila berckp. Fedtri bg tips,kalau rasa nak sebut 'aa', telan perkataan 'aa' tu. biar silence. maksudnya, terasa nk ckp 'aa' je, telan. boleh faham kan? hahaha! cuba nanti.

2. luahkan emosi kita dlm teks majlis. cthnya, kalau majlis tu tentang anugerah apa2, mesti kena ceria. kalau majlis tu ttg persaraan ke, jgnlah happy sgt,kena ada sayu2 sikit. kena sesuaikan emosi kita dgn tema majlis.

3. postur badan mesti betul. jgn membongkok. Fedtri bg tips, cuba letak bantal kat lengan, biar 'buka' skit dada tu. lama2 kita akan biasa dgn postur badan yg tegak dan mendada.

4. setiap pengacara mesti ada kemahiran 'menggoreng' ayat. tp jgnlah merepek2 pulak. sbb itulah pentingnya kena ada ilmu. kena byk membaca. guna seloka, pantun atau pepatah apa2 utk menyedapkan gorengan ayat. haaa..rasa2 boleh tak??

5. kena cepat beri reaksi atau kenyataan bila tgk sesuatu dlm majlis.

6. ringkaskan ayat anda utk elakkan anda dr terlupa. dan juga utk memudakan anda utk mengingat. tak perlulah ayat sedap2 sgt tp akhirnya anda terkelu dan langsung terlupa. kan naya tu.

7. ini bukan utk pengacara,tp ini kalau anda adalah peserta, kalau anda dipanggil oleh pengacara majlis, atau siapa2 lah dlm majlis, jgnlah terus dlm hati ckp,"mampuslahh aku.." nanti aura 'mampus' tu akan mengelilingi anda. hehe. kalau kena panggil atau disebut nama, atau ditunjuk, cakaplah 'Alhamdulillah'. insyaallah semuanya akan baik2 saja lps tu. :)

8. pengacara kena kreatif kaitkan 2 perkara yg berlainan. ini kalau nak menggorenglah,supaya tak nampak merapu. cthnya, ayam dan bintang. agaknya mcmana nak kaitkan 2 benda tu yg nampak mcm takde kaitan langsung. kan?? jd, kita boleh kata - nasi ayam itu dihidangkan istimewa di hotel 5 bintang. cthnya lahhh..hehe

9. untuk menghilangkan debaran, jgn tunduk. salah tu. nak bg hilang nervous, renung mata audiens. pilih wajah yg anda rasa selesa dan sedap memandang. tgk dia. hehehe..selain itu sentuhan. kalau boleh berckp dpn2 audiens, sentuh bahu audiens (sama2 jantina lah), sentuhlah kerusi ke, meja ke, apa2 yg patut. sesetgh org suka pegang pen. konon2 nampak santai,sbnrnya dia nervous tu. hehe.

10. take your time. ambik masa anda utk berckp. jgn kalut2. tenang. rileks. pengucapan awam ni sebenarnya lebih kepada praktikal, bukan menghafal atau bergantung pada skrip.

11. tunjuk kelebihan yg kita ada, utk menutup kelemahan kita. semua org tidak sempurna,. tp tidak bermakna kita tak boleh buat yg terbaik. apa yg penting, kerjasama! adalah usaha, cari ilmu dan latihan.

sebenarnya byk lg, cuma ini yg sempat saya salin dan ingat. lepas ni kalau bos suruh jd mc, takleh dolak dalih lg dah. kata dah belajar dgn Ahmad Fedtri yahya. muehehehehe...


Tuesday, 15 January 2013

semalaman di Penang.

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

Ali, lps cucuk hari khamis tu,boleh pulak demam. selama ni kalau kena injek ok je,alhamdulillah tak apa2. tp kali ni demam pulak alahai. tak best betul. sampai terdetik dlm hati menyesal bwk dia pegi injek. Astaghfirullah.

disebabkan saya dah booked lama dah, nak bwk anak2 mandi kolam kat Naza Talyya Hotel, Tanjung Tokong, Penang, terpaksa jgk lah pegi dgn Ali tak berapa sihat betul. abg aleh pun dah setelkan keja2 dia semua, jd boleh tinggal kedai kat staff dia sj. kami pegi hari sabtu petang, dan pulang hari ahad tgh hari.

memusing jgk lah carik hotel ni,sbb dia agak ke dlm, bukan tepi jalan.

dalam lobi hotel. saya kat receptionist. bukan reti duduk diam bdk2 ni.

ali yg masih lincah dan lasak,wpun tak berapa sihat. bdn agak suam2 wpun tak panas.

 gambar dr tepi pantai. abg aleh snap.

masuk je bilik, budak2 ni dah main kejar2. dah lompat2 atas katil. saya check brg2 dlm bilik,tgk takde tuala. call room service,dorang kata kejap lg hantar. masa tu pukul 5.

 budak2 ni dah siap, nak turun mandi kolam. tp ayah kata tunggu tuala dulu.

 sesi bergurau senda adik beradik.


 ayah lepak tgk crita peberet, Edisi Khas. huhu

 di balkoni bilik.
 pemandangan dr balkoni.



pukul 6 called lg. dia kata kejap lg. ok, tunggu lg,kami turun mandi kolam dulu.

 "syoknyaaa mandi kolammm..umi! nanti kita mai lg naaa.." - iyalah, setahun sekali. hahahaha
 ali dlm cubaan utk melepaskan diri. tak bg org pegang.

 kakak nawal yg berani.
 boleh je main sorg2. takde hal.

 wpun tak bg pegang, tp kena hati2 jgk. merbahaya.



seperti anak itik berjumpa air. mcm tu lah ibarat budak2 ni. huhu

Ali mandi kejap je. 15 min tak sampai. saya takut dia demam. jd saya naik bilik dulu dgn ali. nawal terus berendam dgn ayahnya.

sebelum ke bilik, singgah reception utk bgtau pasal tuala. dia ckp, nanti dia check. saya mohon cpt skit. sbb mmg nak guna. mujur saya bawak tuala budak2 tu. kalau tak, kena lap dgn pelikat ayah dia. huhu

pukul 7.30pm, saya called lg. baru lah diorang ckp tuala habis. nanti lps pukul 8 baru dorang hantar tuala. haihhhhhh..sabar sajalah. bgtaulah awal2 td. taklah saya stress.

pukul 8.10pm, baru dpt tuala. panas2 lg tuala tu. itulah saja servis yg mengecewakan. yg lain ok.

malamnya ayah keluar dinner dgn nawal sj. ummi kena jg ali dlm bilik,sbb bdn ali dah start panas. budak2 ni mkn dgn selera, lapar agaknya main air td.

jam 10 semua dah 'tumpas'. tinggal ayah je tgk crita jackie chan.

bangun pg dgn ceria.  nawal dah loncat2 ajak swimming lg. bwk gi breakfast hotel dulu. kemudian ayahnya layan nawal swimming, ali saya bwk ke bilik, ajak dia melompat dlm bilik. sian dia takleh join kakak mandi. cukuplah sj ptg semalam. takpalah, nanti kalau kita swimming lg, harapnya Ali sihat. sbb dia sgt berani dlm air. ada ciri2 perenang. 

balik jam 11 pg. Alhamdulillah. weekend get away yg berbaloi2.







Aidil Fitri 2017 ~ Part 3

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani... walaupun dah berlalu sebulan lebih, saya tetap nak masukkan entry ni jugak. s...