Monday, 17 December 2012

susah tp kena jugak.

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

       Kakak saya berkahwin dgn abg ipar saya ketika saya masih kecil. 8 tahun = darjah 2. masih slim dan cute. Jd budak besar tu mana lah kisah sgt bab aurat ni. Itu pun abg ipar @ abg Pi byk didik saya. beliau galakkan saya berseluar panjang dan berbaju kurung, berbanding berskirt dan berseluar pendek. beliau juga yg nasihatkan saya bawa baju ke dlm bilik air lps mandi drpd saya keluar bilik air dgn bertuala saja. Beliau galakkan saya bertudung bila keluar rumah biarpun ketika itu saya masih belum akil baligh. Pendek kata, beliau menjaga saya seperti abg/ayah saya sendiri.

   bila masuk tingkatan 1, saya bersekolah di SMKA. di sini saya didik untuk lebih menjaga aurat. dgn siapa saya boleh buka aurat dan dgn siapa saya perlu menutup aurat. masa ni saya dah tahu,"oo..dgn abg pi aku kena pakai tudung.." sbb dia abg ipar saya. mmg saya dah tahu sejak berusia 13 tahun lg. tp rupanya, susah nak buat. sbb dah 5 tahun saya hidup sebumbung dgn beliau, dah biasa dgn kerenah saya sbg adik kecil. susah,mmg susah. dan keadaan 'tahu hukum tp tak buat' itu berlarutan hingga 5 tahun lamanya. dr saya form 1 hingga form 5. saya tinggal di asrama, dan kakak sekeluarga berpindah ke Bangi. mmg kami jarang2 jumpa. jumpa yg sekali-sekalah itulah yg buat saya lg 'susah' nak bertudung bila dgn abg ipar sendiri.

sehinggalah form 5, saya pasti apa yg saya buat itu benar2 salah. oooo..bila ada tamu mai rumah, bila keluar rumah tahu nk tutup aurat, tp dlm rumah sendiri,depan abg ipar, hang buat dekkk je ye?? dosanya sama jgk. membuka aurat di dpn bukan muhrim. walaupun dalam rumah sendiri.

sejak itu, saya cuba bertudung dlm rumah bila ada abg pi. mula2 mmg kekok. ye lah, rumah kita sendiri. bukan ada org lain pun. tp sbb ada beliau, maka wajib saya bertudung. bila saya bertandang ke rumah kakak pun, mmg saya cuba menutup aurat. sehinggalah saya belajar di UKM, tinggal sekali dgn kakak. mmg saya akan bertudung bila abg ipar berada di rumah. tidak pernah tidak, sejak dr tingkatan 5. terlewat benar saya mematuhi hukum. Astaghfirullah..Moga Allah mengampunkan segala dosa2 saya..



jadi, peringatan buat yg alpa. dgn sepupu pun kena jaga jgk. wpun rapat sejak kecil. melainkan ibu kita pernah susukan dia hingga 5x kenyang, :) yg tu cerita lain.

wallahua'lam..

2 comments:

shaliza said...

lewat takpe Riena...jgn terus buat2 tak apa:-). Saya jugak macam awak, rasa macam takder apa2 depan abg ipar sebelum ni, alhamadulillah dah boleh ubah sekarang.

RieNa said...

semoga Allah beri kekuatan utk kita terus perbaiki diri. amin.

Langkawi 2017

Bulan 7, lps raya hari tu. Saya rasa nakk sgt p bercuti. Saya sorg. Tanpa anak2. Tp takkan bolehlaa nak tinggal anis nuha, sbb masih menyusu...