Monday, 10 December 2012

kisah hari Ahad 9 Disember 2012

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

pukul 1.30 ptg, sedang lepak2 dgn anak2 di rumah ma, lps lunch. layan anak2 main dgn arissa. tetiba ma kata,"rasanya hari ni kenduri rumah kawan kakak, nor kamaliah. jom ina, kita p."

walaupun saya rasa mcm malas nak keluar,dgn kenyangnya, dgn panasnya, dgn Ali dah meragam mcm nak tidor, mmg byk alasan kalau tak nak pegi. tp,mana boleh ckp tidak. kesian ma. sbb pakcik takdak, kalau pakcik ada mmg takde hal lah.

setelah ma berjaya menidurkan Ali, kami bertiga (saya, Ma dan Nawal) pun ke Tanjung Putus, untuk ke kenduri rumah kawan kakak saya. kesian dia susah payah menjemput kita hingga ke rumah, siap bg kek marble lg. mmg kena memenuhi jemputan lah kan. saya called kakak di Bangi utk kepastian,betul ke kenduri hari ni? sbb kad jemputan ma tinggal di rumah jalan baru. kakak kata iya, hari ni. sbb kakak baca kad tu, masa dijemput,kebetulan kakak ada di rumah. cuma time kenduri je kakak dah balik KL. kebetulan, suami cikgu kamaliah ini ialah cikgu Mokhtar,cikgu sains saya masa form 3. masa dia datang menjemput di rumah hari tu baru saya tahu. hehe

sampai tanjung putus, ada satu kenduri, tanyalah pd org, ini rumah siapa? malangnya nama tuan rumah tidak kami kenali. kad jemputan pula ada di rumah pakcik di Jalan Baru. mcm mana ni? ma kata,"jom,kita blk jalan baru amik kad dulu.tgk alamat,no telefon semua.tp kunci rumah tertinggal. kena balik kg petani dulu." ok ma, anything. kita ikut saja.

balik kg petani,amik kunci rumah --> ke jalan baru, tgk kad. GREAT! kenduri nya pd 8hb,maksudnya hari sabtu. hari ni hari ahad, 9hb. saya sms kakak. kenduri kemarin daaa.8hb. kakak reply, "mmg 8 hb, laa..kakak ingat hari ni hari sabtu,8hb..sorry." alahai kakak, mentang2 dah pencen kan, hari pun tak ingat. iskkk~!

ma kata, ma mintak maaf. jomlah ma belanja ina laksa kat kedai pak usop kg petani. ok ma, anything for u. pulang semula ke kg petani. sampai je kedai laksa, makcik hindun ckp,"laksa dah habis lah sayang.takpa makcik buh cucoq udang dgn kuah laksa."

APA SAJALAH MAKCIK. SAYA TERIMA.

nak p kenduri, kendurinya semalam. nak mkn laksa,laksa dah habis. tapi saya sedikit pun tak menyesal dan merungut. sbb saya dah meluangkan masa berkualti dgn ma. boleh sembang2. boleh bercerita. kebetulan nawal tidor saja sepanjang perjalanan. kami berenti mkn kuah laksa dgn coq udang pun dia tak jaga.mmg bercerita tanpa gangguan lah kiranya.

sampai rumah jam 4. Ali baru bangun tidur. tgh main2 dgn cik da.

sekian, cerita hari ahad saya yg entah apa apa. tp saya suka. Anything for u, Ma.

2 comments:

Kniedaz said...

Hehe...xpela..janji dah penuhi hajat ma...tapi kan macam kelakar la baca entri ni...hehehe

RieNa said...

kelakar tang mana tu..? hehehe

Aidil Fitri 2017 ~ Part 3

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani... walaupun dah berlalu sebulan lebih, saya tetap nak masukkan entry ni jugak. s...