Tuesday, 4 December 2012

kenduri yg simple tp tak mudah.

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

mcmmana tajuk tu?? nanti saya jelaskan.

bulan disember mmg sinonim dgn musim mengawan kenduri kendara. boleh kata setiap minggu mesti ada jemputan.iyelah,time cuti sekolah ni lah org nak kenduri. kenduri saya dulu pun time cuti sekolah, hari pertama pulak tu.

termasuk lah sepupu saya ni, dia pun kenduri time cuti sekolah jgk. lebih istimewa,seminggu selepas dia berkonvo. majlis berlangsung di Kg Mentuan, Kota Bharu, Kelantan. kami satu family balik kampung. yang tak blk mungkin cuma Azzam. yg lain family abg man, family abg lan, family abg an, family maklin, ma ayah wan dan saya sekeluarga. kami bertolak hari khamis. ada yg bertolak pg, bertolak tghari, kami bertolak jam 3 ptg. sampai rumah makcik jah, mak sedara saya tu dah pukul 10 mlm.

makcik jah ni adik bongsu arwah ayah saya. saya sayang sgt kat dia. setiap kali berjumpa mesti byk yg kami bualkan. setiap nasihat dan tegurannya adalah sgt lembut dan menyentuh hati.

 yg kiri sekali itulah ibu saudara saya. anaknya pengantin Nur Afifah, menantu Wan Shaffie dan besannya.

   makan pengantin yg sgt simple. guna meja makan kat dalam rumah je. takde nak berhias bagai. tp lauk  byk.

dan ini tetamu2 istimewa. lepas pengantin dan keluarga makan. kami pulak serang. haha best sbb ada udang goreng tepung. dr kiri saya , makcik Dah (mak sedara jgk) , ma dan mak lin. 

 dan pengantin. tgk, takde pelamin pun. simple saja. buat apa nak pening2?

 ini group dari penang. 



  dan bilik pengantin yg beautiful. bilik pengantin simple but nice. mmg self-decorate. saya suka sgt.

 alahai. sejuk hati betul tgk pengantin ni. pilihan keluarga. ada pertalian darah jgk. 3 pupu kot kalau tak silap. sbb datuk pengantin perempuan dan nenek pengantin lelaki adalah saudara sepupu.


 kami takde keja. nawal manja dgn mak teh la kononnnnnn...

 bergambar dgn afifah di bilik pengantin.


 adik2 saya : hidayah dan mizah.

opss, ada makhluk kecil nak tumpang bergambar.

apa yg saya kata kenduri simple tp tak mudah tu? simple sbb persedian pengantin dr segi fizikalnya. takde sewa pelamin cantik2, meja makan beradap yg meriah. bilik pengantin yg sarat2, doorgift yg besar2, baju pengantin pun buat sendiri, tudung, semua sendiri punya. pengantin lelaki pun pakai baju melayu saja. mlm akad nikah  afifah pakai jubah putih, yg lelaki pun berjubah dan berkopiah putih. sejuk hati tgk. barakallah. moga bahagia hingga ke syurga. 

yg tak mudahnya adalah dr segi persiapan makanan. masak sendiri gotong royong sesama saudara mara dan org kg. makanan best. tetamu ramai sgt.. sbb ini kenduri kesyukuran, mmg matlamat jamu mkn je. takde 'salam kaut'. tambahan lg makcik jah dan ayahcik first time buat majlis kenduri kawen,mmg ramai la tamu yg datang. lauk2 kena masak tambah. nasik berulang kali kena masak. ayam goreng berkali2. penat tgk org2 yg kat dapur. tamu datang sampai ke malam. tak putus2. alahai. 

yg byk nya adalah hadiah utk pengantin dan buah tgn utk tuan rumah mcm gula etc. kebanyakan kenduri di kelantan begitulah. ada yg tanya, tak susah ke buat kenduri hari jumaat? ye lah,yg lelaki nak pegi solat jumaat kan.. entahla..saya tgk ok je. by the time 1230pm, yg lelaki semakin surut. yg perempuan buat kerja. lengang lah skit time ni. kejap je. dlm pukul 2 tu, org lelaki dah balik. dah sambung buat kerja dan tamu pun makin ramai. takde lah effect majlis sgt pun.


saya kembali ke pulau pinang pd ptg jumaat, tak puas nak mkn kenduri byk2. kiranya sempat mkn sekali round je la. takleh nak repeat. hehehe. rugi oo! lauk sedap! dah la jarang2 dpt blk mkn kendri kat kelantan. huhuhu..

No comments:

Langkawi 2017

Bulan 7, lps raya hari tu. Saya rasa nakk sgt p bercuti. Saya sorg. Tanpa anak2. Tp takkan bolehlaa nak tinggal anis nuha, sbb masih menyusu...