boleh tahan..

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

hari ni masuk kerja shift petang. td keluar rumah jam 11 pg, walaupun masuk kerja jam 2.15pm (sbb hari ni Jumaat). sbb ummi dia dah lapar nasik. nak masak tgh hari takde apa dlm peti, jd senang crita,mehlah kita makan di kedai. kekeke! mudah, cpt dan yg penting kenyang.

lepas makan, hantar nawal ke taska. sempatlah jumpa staff kat tadika bertanyakan yuran utk daftarkan nawal masuk tadika tahun depan. heh, anak gua dah nak masuk 4 tahun la..iskk!! dah sesuai utk masuk tadika. walaupun ada yg kata awal lg, tunggu lah dia besar sikit. eh, saya dulu gi tadika kemas umor 4 tahun tau. rilex je.. hehehehe

selepas dibincang2, tanya cikgu mcmana keadaan nawal, sesuai ke kalau dia masuk tadika. cikgu ckp nawal ok,dah pandai pegang pen, pandai tulis kalau diajar. ada sesetgh budak pegang pensil pun tak nak, tp nawal ni tunjuk minat dia menulis, melukis, mewarna dan beraktiviti. kiranya boleh fokus la. jd cikgu pun cadangkan nawal masuk tadika, drpd biarkan dia bermain dgn budak2 lain yg lebih muda di taska.

diringkaskan cerita, yuran utk tadika nawal januari nanti lebih kurg RM650. phewww~!! lap peluh di dahi. boleh tahan jgk. tp ada tadika kat KL nu,ada mencecah ribuan ringgit! mujurlah kat sini tak sampai tahap tu lg. kalau tak, huiiiii..poning omak eh~!

saya pilih Tadika Permata Intelek kat Taman Guar Perahu tu sebabnya, saya yakin dgn cikgu2 yg mengajar,diorang dpt latihan khas. owner tadika pun saya kenal rapat. lagipun, nawal dah biasa dgn makcik2 yg jaga dia kat situ sejak dia umor 2 tahun. makcik Nor, yg selalu mandikan,pakaikan baju, bebel dan lain2. makcik Pah yg masak, bg makan,buat susu. saya pun senang dgn makcik2 tu, dan cikgu2 lain. setakat hampir 2 tahun nawal kat taska (yg bersebelahan je dgn tadika) saya takde masalah kat situ. saya harap keadaan kekal begitu, ataupun lebih baik. amin. susah nak dapat tempat yg boleh jaga anak2 kita dgn baik. kalau dah jumpa tu,mmg syukur sgt dan rahmat dr Allah Taala. Alhamdulillah.

nampaknya, bonus ummi nanti buat bayar yuran kamu je lah nawal. huhuhu..~! takpalah, melabur utk masa depan anak. kita keja pun utk anak kan..?? sayang nawal, moga lebih bijak dan pintar lps masuk tadika.

eh. ini ada dialog nawal pg td. lps saya tegur sandal dia yg comot.

nawal : ummi,nanti kita beli kasut nawal kat DISCO na..

ummi : hah?? bukan disco la sayang..jusco kot..tak pun tesco..

nawal : haa..tesco... kita beli kasut baru na ummi na?

ummi : kasut nawal elok lg, nanti ummi basuh, cantik la kasut nawal.

nawal : ok, nanti ummi basuh kasut nawal. --- taatnya anak aku. alhamdulillah.



nawal yg manja. tidor malam mesti nak ummi peluk dan zikir kat dia. suka nak dok atas riba org dgn berat bdn 19.2 kg tu. kalau ckp 'ummi sayyyanggg nawal." nanti dia reply,"nawal pun syg ummi."
 so sweet.. hehee

Comments

Kniedaz said…
so sweet...nanti bayangkan kida nak masukkan yana n yani g tadika..fuhhh..lagi menitik ayaq idung hehehe
D Yatie said…
saya baru survey little caliph..tapi anak baru 10 bulan..hahahaha... :p

semoga nawal menjadi anak yang solehah..aamiin.. :)
kinna said…
ok la tu k riena..kat kolumpo ni tak dapek dah rega tu...sob..sob...

nawal manja cam kak zulfa la...anak sulong pompuan mmg gitu kot ek..
RieNa said…
kak ida : zaman yani yana rasanya yuran makin bertambah. bukan takat peluh, ayaq hidung ayaq mata semua menitik nanti. huhuhu

yatie : hai yatie! slmt berkenalan! itulah,kalau boleh hantar kat little caliph tu mmg best lah. tp mana2 pun ok,asalkan anak2 kita jd org berguna. amin.

kinah : itulah,syukur sgt menetap di kampung. alhamdulillah.

layankan jelah manja depa ni. nanti esok dia bersuami mmg tak dapek nk bermanja dah. (tu diaa jauhnya pemikirann..hahaha)

Popular posts from this blog

Derita sakit gigi.

:: perihal susu ::

Salam Terakhir ...