tragedi 1 Muharam 1434H

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

tahun baru datang lg. adakah kita masih sama? atau lebih baik? moga tidak semakin buruk lah hendaknya.

minggu ni kan cuti berselang. isnin kerja, selasa cuti, rabu kerja, khamis cuti, jumaat kerja dan sabtu ahad cuti. kalau lah tiap2 minggu mcm ni, alangkah indahnya. hehehe. tp mimpilahhhh..disebabkan byk sgt cuti, jdnya sempena cuti awal muharam semalam, kami (saya dan suami) berusaha memenuhi permintaan si Nawal utk naik feri. masa saya berkursus minggu lepas lg dia dah bgtau nak naik feri. takpa,kita layankan saja selagi termampu..

keluar rumah jam 11 pg, sampai feri dlm 1120, tunggu kejap 1130 atas feri dah. entah mcm mana, lepas semua turun dr kereta nak ambik angin di luar atas feri, saya rajinkan diri locked kan semua kunci kereta tanpa menyedari yg abg aleh tak cabut kunci kereta. apa lg, lepas tu bermulalah edisi panik,penat, suspen, gelabah, cuak, marah, geram semua ada...

ramai jgk yg dtg membantu. pekerja feri dlm 4,5 org. org awam yg atas feri 5,6 org.. tp masih tak berjaya. bila feri sampai ke pulau, kami masih tersangkut. feri kembali ke seberang,kami masih belum berjaya. ada staff yg turun ke jetty ambik besi, naik semula ke feri. usaha masih berlangsung. akhirnya ada seorg org awam, naik kereta honda, dia yg berjaya buka kunci kereta guna besi td. katanya," kereta saya dah 6,7 kali jgk jd mcm ni, tu yg biasa hack kereta tu." hahahaha! katanya kereta wira agak senang nak buka kunci, tp kalau honda,susah sikit.

 abg aleh dan sorg staff sedang cuba buka kunci bonet guna kunci apa ntah. tp gagal.
budak2 ni tau apa, asyik melasak je atas feri, penat ummi diorang mengejar. sempat jgk lah ali jatuh tersembam bwh kereta org lain bila main kejar2 dgn kakaknya. mujur tak serius. alhamdulillah.

setelah trip ke 3, feri hampir sampai ke pulau, akhirnya misi berjaya. lega rasanya. berkali2 ucap alhamdulillah. sebelum tu berdoa tak henti2 supaya Allah buka jalan,dan permudahkan usaha kami. haih, mmg mencabar minda dan jiwa. buka je kunci, terus saya bwk anak2 duduk dlm kereta, rasa mcm tak nak keluar kereta. hahahaha! keluar dr jetty jam dah pukul 1.20 ptg. perut mmg lapaq gilaaaaa...


nawal ckp," nawal takmau dah naik feri. nawal penat." hahaha! amekkaw nawal. kejadian ini mmg akan dikenang entah sampai bila nanti. hehehe

Comments

MyzwaR said…
agak2 malu dak?? hihihihi...

cemana hack pakai besi tu?? awat x amik gambaq???
Kniedaz said…
tengok...nawal sampai cemuih nak naik feri lagi hehehehe....mesti tension time tu huhuhu
RieNa said…
MyzwaR : malu tu tak sgt, sbb org taktau apa yg jd melainkan org yg dekat2 ja. masa trip 2nd tu terasa jgk lah malu sbb kereta semua menghala ke depan sbb nak turun di seberang,tp kereta kami menghala ke belakang. tak ke aneh? haha

tak dan nak amik gambaq, kalut ligan ali yg takleh lps mata dr dia. bahaya.


Kak Ida : tension tu mmg takleh kata apa. tp masa tu mmg berserah sj pd Allah. dah ckp awal2 kat nawal yg kita akan tidoq atas feri mlm ni. muahahaha!!
Z@i Z@mR33 said…
penah gak jd cmtu kt parking kilang...naseb bdk2 stor pndai guna pembaris besi hack pintu...

kami klau atas feri mau malu gila ah...hehehehe
RieNa said…
kami x rasa malu sgt. sbb org mcm taktau apa jd. yg mai tanya tu mmg betul2 prihatin lah. lgpun kami dok jauh2 dr kereta sbb ligan anak, nampak mcm takdak kaitan dgn keta la. hehehehe tak la brapa malu sgt. kikiki
MyzwaR said…
menyesai tanya soalan tu... huh!!
RieNa said…
aku ni ada daulat. hahaha kan hg dah kena! tp takpala, hg kena kat rumah, nak malu kat sapa.

Popular posts from this blog

Derita sakit gigi.

:: perihal susu ::

Salam Terakhir ...