teringin nak pegi..tapi..

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

pg ni jaga kaunter utama library. big bos lalu dan menegur.

Puan Y : eh riena, U nak pegi team building kat Janda Baik tak?6-9 hb ni.

saya : wahhh..syoknya.. (terbayang2 air terjun,sungai sejuk,hutan, udara sejuk,aktiviti lasak..)
 eh,minggu depan je lah kan?

Puan Y : ye, saya tgh cari org ni. program tu wajib. kena hantar 2 org. U ajak lah sape2 yg lain pegi sekali.. PTAR bayar 500 utk sorg peserta. bla bla bla bla...

(kepala otak saya dah mula pikir mcmana nak tinggal Ali.)

saya : mcmana ye. saya nak tinggal anak itulah. susah lah sikit. tp mcm seronok jugak nak pegi..bg masa saya pikir kejap boleh?

puan Y : saya kena bg jawapan hari ni. pikir cepat2 sikit ye.

saya mmg dah lama teringin nak pegi Janda Baik. dah byk kali baca review org ckp tempat tu best. mmg peluang ni sukar utk dilepaskan. tp itulah, halangan saya cuma Ali. saya takleh bygkan malamnya tanpa saya. tak pernah lg malamnya berlalu tanpa saya disisnya. macamana keadaan dia? mcm mana penyusuan dia? boleh ke dia minum botol malam2? dan kalau saya pegi,nampaknya saya kena mula mengepam susu. sbbnya 5 hari tu, kalau takde permintaan, makan penawaran akan berkurangan. (tiba2 konsep ekonomi pulak)

saya called abg aleh tanya pendapat dia, dia ok saja jaga anak, tp dia kesiankan ali jgk seperti mana saya. dia kata selagi boleh cari org lain, carilah, kalau dah terpaksa sgt, nak buat mcm mana.

teringin nak pegi. kalau pegi mcm pentingkan diri sendiri tak ingat kat anak. tp kalau menolak tawaran,mcm tak bg komitmen pd kerja. sedangkan sebelum ni saya pernah mengelak dr pergi lawatan kerja ke KL sbb anak jgk. mcm tak patut pulak. tak adil utk rakan sekerja yg lain.

inilah dilema yg selalu dilalui oleh kebanyakan ibu bekerja. kalian rasa mcm mana? pendapat kalian amat saya hargai. terima kasih.

**UPDATE : bos dah bg arahan. saya memang kena pergi. PADAN MUKA. skrg ni bersedia lah saya mental dan emosi utk tinggalkan anak.

Comments

Z@i Z@mR33 said…
tu sbb kwn2 kami soh kami jln smpai puas sblm dh beranak pinak...hik3
RieNa said…
huhuhu betui la tu..jlnla puas2..
kinna said…
p je la k riena..sy pon byk kali jugak tggl anak2..sygkan anak tinggal2kan..
RieNa said…
dah sedia mental dan emosini. hrp semua baik2 sj. kdg2 anak2 ni dgn kita ja merap lebih,klu kita takdak depa ok saja.
ini aku said…
emm...klo dh terpaksa nk wat camna...
tp klo diberi pilihan, mmg xnk pi kn... susah nk tinggal anak...tp klo dh terpaksa...kuatkn semangat
RieNa said…
dah selamat menempuh cabaran. hehehe. mmg sakit menahan rindu. :)

Popular posts from this blog

Derita sakit gigi.

Salam Terakhir ...

:: perihal susu ::