Tuesday, 20 November 2012

boikot bermusim.

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

kalau kita buka FB skrg, kecoh ttg usaha boikot barangan yahudi. yg paling teruk kena adalah Mcdonalds.

saya suka mkn mcd. betul, tak tipu. saya suka burger fish o fillet dan aiskrimnya. kalau ada prosperity burger pun saya suka. dulu2 ada jgk kempen boikot mcd ni,lps tu bila isu palestin ni senyap, pakat2 serang mcd balik. haihlah manusia. kenapa tak boleh istiqamah??

masa saya pegi teambuliding hari tu, ada penceramah ni crita ttg betapa lemahnya kita ni dlm ekonomi.  kita sendiri pun sedia maklum, yg bangsa lain lebih maju ke depan berbanding kita,bkn saja melayu, tp org Islam. tak payah tgk org lain, kita tgk diri kita sendiri. kalau kita nak beli brg, ke mana kita pegi? mesti masuk pasaraya besar. atau kurg2 mini market, yg tentu bangsa lain punya. ada masuk kedai runcit yg org kita punya? jarang2 lah kan..

kita guna produk pun, nak produk antarabangsa, yg glemer, yg terkenal, yg bg kita tentulah berkualiti. tanpa kita sedar, kita dah mantapkan ekonomi org asing. susah benar kita nak guna muslim's product, yg bg kita susah nak dpt lah, terhad lah, byk alasan.

eh, saya sebnarnya nak crita pasal isu boikot, mcmana boleh masuk isu ekonomi  Muslim ni? haih.

ok2. pd siapa yg nak boikot, teruskan. usaha kita akan ditanya pd akhirat kelak. dan semoga terus kekal hendaknya. bukan pd seminggu dua ni saja. (pesanan utk saya sendiri jgk)

pd yg tak nak boikot, jgn pandang remeh pd usaha org lain. yg katanya,"komputer,telepon, malah facebook pun takleh guna lah.." ok, terpulang pd kalian. suka hati lah. nak buat, buat. tak nak buat, duduk diam2. ini tak pasal2 bergaduh riuh rendah, buat malu agama saja.


saya dah lama tak beli Maggi, sbb abg aleh beli mee sedap. dah lama x minum milo, sbb saya minum Cocoa Gold. anak2 minum susu Halibs. coke,pepsi,sprite mmg dah lama tak sentuh. takut kencing manis. semua air berkarbonat saya tak minum dah. apa lg yg boleh dibuat? selagi boleh elak, elakkan lah. sekurg2nya guna Malaysia's product, kalaupun x jumpa Muslim's product.

kata Sheikh Hamza Yusof, "makanan segera yang dicipta untuk MENGAUT KEUNTUNGAN merosakkan manusia. Kaya dengan garam, lemak, pewarna dan gula disediakan TANPA kasih sayang cuma mahu WANG, WANG , WANG.. Inilah salah satu punca manusia makin 'keras' hatinya. Penuh dengan dengki, busuk hati dan sebagainya. Makanan mereka tidak segar dan berkhasiat."

semoga kita terus ditetapkan iman dan aqidah, terus istiqamah dgn apa yg kita buat. aminn...

 " kita tidak mampu utk berperang bersama mereka,memboikot McD tu sekurang2nya kita berusaha untuk tidak membantu membunuh saudara kita yg telah sedia dizalami, saya teringat kisah perihal seekor burung kecil yg terbang ulang alik membawa air dimuncungnya untuk memadamkan api yg membakar Nabi Ibrahim. semasa ditanya kenapa ia berbuat begitu sedangkan usahanya itu hanyalah "sia-sia" sahaja berbanding dgn api yg besar itu, jawabnya mudah sahaja. ia berkata, SETIDAK-TIDAKNYA JIKA DITANYA DI HADAPAN ALLAH DI AKHIRAT KELAK, IA DAPAT MENJAWAB YANG IA TELAH BERUSAHA SEMAMPUNYA YANG IA BOLEH BUAT UNTUK MELAWAN KEBATILAN." - anonymous



No comments:

Langkawi 2017

Bulan 7, lps raya hari tu. Saya rasa nakk sgt p bercuti. Saya sorg. Tanpa anak2. Tp takkan bolehlaa nak tinggal anis nuha, sbb masih menyusu...