Monday, 26 November 2012

Ali yg slim.

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

rasa mcm dah lama tak crita pasal ali, kan? ali yg cheeky. yg nakal. yg cute. yg slim. yg makan byk tp badan tak naik. tak mcm kakak nawal, yg beratnya sudah cecah 19.2 kg, sama dgn berat saya masa tadika. berat Ali baru 8.8 kg. sgt slim. berat arissa syuhada anak abg an pun dah 7.5kg, baru 6 bulan. silap2 esok arissa lg besar dr ali.

ali sudah belajar bercakap. bunyi masih pelat. dia kan baru setahun 4 bulan. tp dia suka mengikut kalau kita ajar dia menyebut. dah pandai sebut ummi ayah ma. kakak - atak. makan - tan. pedas - daih. berak - eyak. arissa - ica. ayam. ikan- tan. kucing - nyau. upin ipin - pepen.

kalau sebelum ni dia sgt bermasalah utk menyusu botol, skrg dia belasah sj semua botol apa pun. pandai pulak tu, ada masa dia nak nenen ummi, ada masa nak susu botol. kalau dia nak susu pandailah dia cari botol dan suruh kita ke dapur. jgn bt susu kalau dia tak mintak,mmg dia tak nak minum. itu masa dgn saya lah, kalau dgn pengasuh mmg dia kena minum lah, no choice. sekali minum boleh habis 6-7oz. bagus. tp itulah,badan tak naik.

ali suka baca buku. ada cloth books yg saya beli dgn noorihan (doa bonda) tu, mmg itu yg dia selalu belek. pg2 subuh bgn terus cari buku, minta diajarkan dia. dah kenal gambar2 dlm tu. kalau kita sebut monyet,laju je dia tunjuk monyet.

alhamdulillah, kesihatan dia semakin baik. saya ambik vaksin tambahan pneumococcal utk dia. kat klinik swasta. mmg agak mahal bg saya, tp saya kesian kalau dia asyik diserang selsama,demam,dan batuk. ada doc pakar dr HUSM yg cadangkan vaksin tu sbb ali ada sejarah kesihatan masa lahir hari tu. semoga kesihatan ali lebih baik hari demi hari. amin.

oklah,dah penat menaip. kita tgk gambar pulak.

 ini reaksi dia bila saya  nak amik gambar dia. senyum sampai terpejam mata.

 tgk tu, lg kita snap, lg dia sengih.

 tp tak cute senyum mcm ni.

 tgh asyik makan keropok.


 "isk ummi ni, berapa byk mau amik gambaq daaa.."

 "makan lah dulu. mkn byk2 nanti ummi ambik."

 " tutup cepat,nanti masuk angin."

Ali Nufail - 16 bulan.

2 comments:

Z@i Z@mR33 said...

moga kesihatan ali btambah baik...Amin

RieNa said...

amin. semoga begitulah. :)

baby baru

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani... New member of the family. kegunaan harian. perjalanan hari-hari dr LY - ...