Tuesday, 27 November 2012

dulu lain,skrg lain.

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...


mcm gambar lain2 budak kan? padahal org yg sama. gambar ali. dlm masa kurg setahun,dr debab jd slim.

apa nak crita ni?

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...


kita mulakan dgn gambar Arissa Syuhada, anak saudara saya yg paling kecil buat masa ni. cucu bongsu ma.
Arissa sudah 6 bulan lebih. dah mula makan solid food. bertuahnya dia, sbb masih menyusu badan sepenuhnya, dan makanan dia pun ibu dia masak sendiri. homemade food pg ptg siang malam. alhamdulillah. bertuah arissa sbb ibu dia housewife. ummi jeless la arissa. huhuhu..

mmg wajah dia nampak sebek, tp kalau dia senyum dan ketawa, comel ya amat. tak sempat nak snap masa dia senyum,sbb terlalu asyik layan dia bersembang.


 wajah arissa yg sebijik mcm ayah dia. tgk lah tu.

 nawal ckp, adik dia ada 2 org. Ali dan Arissa.

 ini si nawal. pantang jumpa pelamin di umah kenduri. mesti suruh ummi amik gambar dia.

dan ali, dalam cubaan utk menjahanamkan alat tepung tawar org. kemainnnnnnn!

Monday, 26 November 2012

Ali yg slim.

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

rasa mcm dah lama tak crita pasal ali, kan? ali yg cheeky. yg nakal. yg cute. yg slim. yg makan byk tp badan tak naik. tak mcm kakak nawal, yg beratnya sudah cecah 19.2 kg, sama dgn berat saya masa tadika. berat Ali baru 8.8 kg. sgt slim. berat arissa syuhada anak abg an pun dah 7.5kg, baru 6 bulan. silap2 esok arissa lg besar dr ali.

ali sudah belajar bercakap. bunyi masih pelat. dia kan baru setahun 4 bulan. tp dia suka mengikut kalau kita ajar dia menyebut. dah pandai sebut ummi ayah ma. kakak - atak. makan - tan. pedas - daih. berak - eyak. arissa - ica. ayam. ikan- tan. kucing - nyau. upin ipin - pepen.

kalau sebelum ni dia sgt bermasalah utk menyusu botol, skrg dia belasah sj semua botol apa pun. pandai pulak tu, ada masa dia nak nenen ummi, ada masa nak susu botol. kalau dia nak susu pandailah dia cari botol dan suruh kita ke dapur. jgn bt susu kalau dia tak mintak,mmg dia tak nak minum. itu masa dgn saya lah, kalau dgn pengasuh mmg dia kena minum lah, no choice. sekali minum boleh habis 6-7oz. bagus. tp itulah,badan tak naik.

ali suka baca buku. ada cloth books yg saya beli dgn noorihan (doa bonda) tu, mmg itu yg dia selalu belek. pg2 subuh bgn terus cari buku, minta diajarkan dia. dah kenal gambar2 dlm tu. kalau kita sebut monyet,laju je dia tunjuk monyet.

alhamdulillah, kesihatan dia semakin baik. saya ambik vaksin tambahan pneumococcal utk dia. kat klinik swasta. mmg agak mahal bg saya, tp saya kesian kalau dia asyik diserang selsama,demam,dan batuk. ada doc pakar dr HUSM yg cadangkan vaksin tu sbb ali ada sejarah kesihatan masa lahir hari tu. semoga kesihatan ali lebih baik hari demi hari. amin.

oklah,dah penat menaip. kita tgk gambar pulak.

 ini reaksi dia bila saya  nak amik gambar dia. senyum sampai terpejam mata.

 tgk tu, lg kita snap, lg dia sengih.

 tp tak cute senyum mcm ni.

 tgh asyik makan keropok.


 "isk ummi ni, berapa byk mau amik gambaq daaa.."

 "makan lah dulu. mkn byk2 nanti ummi ambik."

 " tutup cepat,nanti masuk angin."

Ali Nufail - 16 bulan.

Tuesday, 20 November 2012

kakak dah balik, yeay!

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

masa lunch td anak sedara saya mms pic ini :


Alhamdulillah. kakak saya dah kembali dr bertugas di tanah suci. semoga beliau diberi kesihatan yg baik. diganjari Allah dgn sebaik2 ganjaran dan sentiasa dilindungi dan dirahmati Allah Taala. amin.

seronoklah budak2 tu ibu dah balik, paling nampak happynya abg ipar saya yg saya panggil ayah. nampak berseri je ye!

pukul 3 lebih, dpt 1 lg mms :

 it's jubah for Nawal and Ali. comelnyaaaaa! amboi nawal, kemain bling2 lg jubah awak ye! nanti bleh pakai sama2 dgn ummi. yeayyyy!

ini jubah saya, kak nik lah kata. mesti comelll!

oh, tak sabar mau ketemu kakak. mendengar cerita2 dr tanah suci adalah part paling best bila bertemu nanti. :)


boikot bermusim.

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

kalau kita buka FB skrg, kecoh ttg usaha boikot barangan yahudi. yg paling teruk kena adalah Mcdonalds.

saya suka mkn mcd. betul, tak tipu. saya suka burger fish o fillet dan aiskrimnya. kalau ada prosperity burger pun saya suka. dulu2 ada jgk kempen boikot mcd ni,lps tu bila isu palestin ni senyap, pakat2 serang mcd balik. haihlah manusia. kenapa tak boleh istiqamah??

masa saya pegi teambuliding hari tu, ada penceramah ni crita ttg betapa lemahnya kita ni dlm ekonomi.  kita sendiri pun sedia maklum, yg bangsa lain lebih maju ke depan berbanding kita,bkn saja melayu, tp org Islam. tak payah tgk org lain, kita tgk diri kita sendiri. kalau kita nak beli brg, ke mana kita pegi? mesti masuk pasaraya besar. atau kurg2 mini market, yg tentu bangsa lain punya. ada masuk kedai runcit yg org kita punya? jarang2 lah kan..

kita guna produk pun, nak produk antarabangsa, yg glemer, yg terkenal, yg bg kita tentulah berkualiti. tanpa kita sedar, kita dah mantapkan ekonomi org asing. susah benar kita nak guna muslim's product, yg bg kita susah nak dpt lah, terhad lah, byk alasan.

eh, saya sebnarnya nak crita pasal isu boikot, mcmana boleh masuk isu ekonomi  Muslim ni? haih.

ok2. pd siapa yg nak boikot, teruskan. usaha kita akan ditanya pd akhirat kelak. dan semoga terus kekal hendaknya. bukan pd seminggu dua ni saja. (pesanan utk saya sendiri jgk)

pd yg tak nak boikot, jgn pandang remeh pd usaha org lain. yg katanya,"komputer,telepon, malah facebook pun takleh guna lah.." ok, terpulang pd kalian. suka hati lah. nak buat, buat. tak nak buat, duduk diam2. ini tak pasal2 bergaduh riuh rendah, buat malu agama saja.


saya dah lama tak beli Maggi, sbb abg aleh beli mee sedap. dah lama x minum milo, sbb saya minum Cocoa Gold. anak2 minum susu Halibs. coke,pepsi,sprite mmg dah lama tak sentuh. takut kencing manis. semua air berkarbonat saya tak minum dah. apa lg yg boleh dibuat? selagi boleh elak, elakkan lah. sekurg2nya guna Malaysia's product, kalaupun x jumpa Muslim's product.

kata Sheikh Hamza Yusof, "makanan segera yang dicipta untuk MENGAUT KEUNTUNGAN merosakkan manusia. Kaya dengan garam, lemak, pewarna dan gula disediakan TANPA kasih sayang cuma mahu WANG, WANG , WANG.. Inilah salah satu punca manusia makin 'keras' hatinya. Penuh dengan dengki, busuk hati dan sebagainya. Makanan mereka tidak segar dan berkhasiat."

semoga kita terus ditetapkan iman dan aqidah, terus istiqamah dgn apa yg kita buat. aminn...

 " kita tidak mampu utk berperang bersama mereka,memboikot McD tu sekurang2nya kita berusaha untuk tidak membantu membunuh saudara kita yg telah sedia dizalami, saya teringat kisah perihal seekor burung kecil yg terbang ulang alik membawa air dimuncungnya untuk memadamkan api yg membakar Nabi Ibrahim. semasa ditanya kenapa ia berbuat begitu sedangkan usahanya itu hanyalah "sia-sia" sahaja berbanding dgn api yg besar itu, jawabnya mudah sahaja. ia berkata, SETIDAK-TIDAKNYA JIKA DITANYA DI HADAPAN ALLAH DI AKHIRAT KELAK, IA DAPAT MENJAWAB YANG IA TELAH BERUSAHA SEMAMPUNYA YANG IA BOLEH BUAT UNTUK MELAWAN KEBATILAN." - anonymous



Friday, 16 November 2012

kak long dah grad,yeay!!!

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

selalu sgt saya crita pasal dia ni. bosanlah. tp nak cerita jgk. sayang punya pasal kan. byk crita ttg dia dlm label : anak2 saudara.

Alhamdulillah, pada  3 November lepas, anak saudara sulong saya aka Nur Afifah aka kak long telah selamat diijabkabulkan berkonvo. walaupun ketiadaan ibu yg masih bertugas di tanah suci, dan adik bongsunya Ili pegi lawatan sekolah ke Bukit Gambang, keadaan masih ceria walaupun kurang berseri.

saya ke KL dgn anak2 saudara saya Azzam, Naja dan akil, juga kakak ipar saya, kak ilah. muatlah sebuah kereta abg man tu. mujur azzam boleh memandu, rasa safety lah sikit bila ada seorg org lelaki utk jd hero.

ini lah gambar2 yg ada.

 di usia 22 tahun, akhirnya dia memegang segulung ijazah dalam Teknologi Maklumat, UNITEN.

 tahun depan, insyaallah, adiknya pulak, si Syaza aka kak nik.

 ini kek yg ditempah ibunya sebelum berangkat ke mekah. sedap gila kek coklat ni.

 ayah amik gambar nak buh dlm FB lettew. hehehe

 suapan kasih sayang dr ayah kpd anak sulongnya.

 gambar ramai2 family all da way from penang with love.

 saya dan anak2 bersama kak long mereka.

 ni masa subuh tgh siap nak pegi dewan.

 gambar selepas acara. ayah yg setia menemani dan memberi sokongan.

afifah bersama sepupu2nya, si kembar nazihah dan syamimi, sama2 ambik IT jgk.

 ali mkn kek dgn kak nik.


3 hari 2 mlm kat bangi mmg tak puas. saya rasa nak amik cuti seminggu duduk kat bangi dan ziarah semua kedai makan yg ada. hehehe. pegi bangi seolah2 mcm balik kg bg saya. 5 tahun bermaustautin di bangi, mmg menyimpan beribu memori utk saya.



                                              ini masa nak pegi jumpa Husna, adik angkat saya.

 dan kami mkn kat satu restaurant makanan cina, apa nama entah, kat sg merab tu. lupa pulak.


 
dan bear panda ni,. cuma inilah hadiah saya utk kak long, tu pun sbb dia mintak. cuba dia tak mintak,mmg saya tak bg apa2. hahahahaha!!! teruk punya mak sedara.

Ipah,
acik doakan semoga langkah kamu selepas ini terus dirahmati Allah dan kamu sentiasa dlm perlindungan dan kasih sayangNya.
selamat berbakti pd ibu ayah,adik2 dan keluarga. di bahu kamu terpikul tanggungjawab yg besar.
semoga terus tabah dan cekal menghadapi dugaan hidup.
amin.
cepat2 balik penang, kami disini menanti kepulangan kamu utk membelanja kami makan kat kandang kambing aka Puncak Mutiara Kg Pelet.
Ngeheeehehehe~!!


tragedi 1 Muharam 1434H

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

tahun baru datang lg. adakah kita masih sama? atau lebih baik? moga tidak semakin buruk lah hendaknya.

minggu ni kan cuti berselang. isnin kerja, selasa cuti, rabu kerja, khamis cuti, jumaat kerja dan sabtu ahad cuti. kalau lah tiap2 minggu mcm ni, alangkah indahnya. hehehe. tp mimpilahhhh..disebabkan byk sgt cuti, jdnya sempena cuti awal muharam semalam, kami (saya dan suami) berusaha memenuhi permintaan si Nawal utk naik feri. masa saya berkursus minggu lepas lg dia dah bgtau nak naik feri. takpa,kita layankan saja selagi termampu..

keluar rumah jam 11 pg, sampai feri dlm 1120, tunggu kejap 1130 atas feri dah. entah mcm mana, lepas semua turun dr kereta nak ambik angin di luar atas feri, saya rajinkan diri locked kan semua kunci kereta tanpa menyedari yg abg aleh tak cabut kunci kereta. apa lg, lepas tu bermulalah edisi panik,penat, suspen, gelabah, cuak, marah, geram semua ada...

ramai jgk yg dtg membantu. pekerja feri dlm 4,5 org. org awam yg atas feri 5,6 org.. tp masih tak berjaya. bila feri sampai ke pulau, kami masih tersangkut. feri kembali ke seberang,kami masih belum berjaya. ada staff yg turun ke jetty ambik besi, naik semula ke feri. usaha masih berlangsung. akhirnya ada seorg org awam, naik kereta honda, dia yg berjaya buka kunci kereta guna besi td. katanya," kereta saya dah 6,7 kali jgk jd mcm ni, tu yg biasa hack kereta tu." hahahaha! katanya kereta wira agak senang nak buka kunci, tp kalau honda,susah sikit.

 abg aleh dan sorg staff sedang cuba buka kunci bonet guna kunci apa ntah. tp gagal.
budak2 ni tau apa, asyik melasak je atas feri, penat ummi diorang mengejar. sempat jgk lah ali jatuh tersembam bwh kereta org lain bila main kejar2 dgn kakaknya. mujur tak serius. alhamdulillah.

setelah trip ke 3, feri hampir sampai ke pulau, akhirnya misi berjaya. lega rasanya. berkali2 ucap alhamdulillah. sebelum tu berdoa tak henti2 supaya Allah buka jalan,dan permudahkan usaha kami. haih, mmg mencabar minda dan jiwa. buka je kunci, terus saya bwk anak2 duduk dlm kereta, rasa mcm tak nak keluar kereta. hahahaha! keluar dr jetty jam dah pukul 1.20 ptg. perut mmg lapaq gilaaaaa...


nawal ckp," nawal takmau dah naik feri. nawal penat." hahaha! amekkaw nawal. kejadian ini mmg akan dikenang entah sampai bila nanti. hehehe

Monday, 12 November 2012

malasnya.

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

tak larat nak upate blog. pada hal byk yg nak diceritakan.

apa kata kita letak video sj. video saat pertemuan semula ummi dgn anak2 lepas berpisah selama 5 hari 5 mlm. poyo kan? hahaha

video

Thursday, 1 November 2012

teringin nak pegi..tapi..

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

pg ni jaga kaunter utama library. big bos lalu dan menegur.

Puan Y : eh riena, U nak pegi team building kat Janda Baik tak?6-9 hb ni.

saya : wahhh..syoknya.. (terbayang2 air terjun,sungai sejuk,hutan, udara sejuk,aktiviti lasak..)
 eh,minggu depan je lah kan?

Puan Y : ye, saya tgh cari org ni. program tu wajib. kena hantar 2 org. U ajak lah sape2 yg lain pegi sekali.. PTAR bayar 500 utk sorg peserta. bla bla bla bla...

(kepala otak saya dah mula pikir mcmana nak tinggal Ali.)

saya : mcmana ye. saya nak tinggal anak itulah. susah lah sikit. tp mcm seronok jugak nak pegi..bg masa saya pikir kejap boleh?

puan Y : saya kena bg jawapan hari ni. pikir cepat2 sikit ye.

saya mmg dah lama teringin nak pegi Janda Baik. dah byk kali baca review org ckp tempat tu best. mmg peluang ni sukar utk dilepaskan. tp itulah, halangan saya cuma Ali. saya takleh bygkan malamnya tanpa saya. tak pernah lg malamnya berlalu tanpa saya disisnya. macamana keadaan dia? mcm mana penyusuan dia? boleh ke dia minum botol malam2? dan kalau saya pegi,nampaknya saya kena mula mengepam susu. sbbnya 5 hari tu, kalau takde permintaan, makan penawaran akan berkurangan. (tiba2 konsep ekonomi pulak)

saya called abg aleh tanya pendapat dia, dia ok saja jaga anak, tp dia kesiankan ali jgk seperti mana saya. dia kata selagi boleh cari org lain, carilah, kalau dah terpaksa sgt, nak buat mcm mana.

teringin nak pegi. kalau pegi mcm pentingkan diri sendiri tak ingat kat anak. tp kalau menolak tawaran,mcm tak bg komitmen pd kerja. sedangkan sebelum ni saya pernah mengelak dr pergi lawatan kerja ke KL sbb anak jgk. mcm tak patut pulak. tak adil utk rakan sekerja yg lain.

inilah dilema yg selalu dilalui oleh kebanyakan ibu bekerja. kalian rasa mcm mana? pendapat kalian amat saya hargai. terima kasih.

**UPDATE : bos dah bg arahan. saya memang kena pergi. PADAN MUKA. skrg ni bersedia lah saya mental dan emosi utk tinggalkan anak.

Aidil Fitri 2017 ~ Part 3

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani... walaupun dah berlalu sebulan lebih, saya tetap nak masukkan entry ni jugak. s...