Wednesday, 24 October 2012

stress!

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

ali dah 5 hari demam, sejak sabtu lps. siang ok,mlm panas. dah 3 mlm berturut2 masukkan ubat ikut punggung.  hari sabtu dah ambik ubat kat klinik biasa, ayah dia bwk, sbb saya kerja sabtu tu. ubat tu dah habis. semalam kami bwk ali ke doc pakar yg biasa kami p. sekali lg masuk ubat punggung,sbb suhu dah 39. lps masuk ubat, dia ok. tgh mlm panas lg. Ya Allah, susah hati dibuatnya.

pg ni, abg aleh bwk ali jumpa sorg tokwan ni, pak long suid (kat tanah liat). paklong kata ali kena cacing. sbb tu siang ok mlm panas. dia bg daun suruh mandikan dan air penawar. masa ali demam bulan 8 hari tu pun, kami bwk jumpa paklong jgk, kes mkn ubat tak baik lah. alhamdulillah,lps 3,4 hari mandi daun tu,ali sembuh sepenuhnya. mungkin ubat doc baru meresap, kena plak dgn doa dr paklong. apa2pun, sebenarnya hanya Allah yg mengizinkan ali sembuh. semua atas kuasaNya.

raya dah dekat. semoga Ali cpt baik. susah hati bila tgk dia demam. terketar2. terkejut2. makan taknak. mujur dia nak jgk menyusu, sampai tak nak berenggang langsung dgn saya.

pg ni, saya masuk kerja jam 9.30, sbb balik 6.30 (library buka sampai 6.30 ptg sj sejak students cuti). saya plan nak keluar rumah awal, nak pegi pejabat pos uruskan brg si syaza tu, lps tu nak buat roadtax/insurans motor. tp tak boleh keluar awal jgk gara2 ali yg merengek. jdnya keluar pukul 9 jgk, sempat pos brg syaza sj. tak sempat buat insurans moot sbb tak sempat singgah rumah ambik geran motor. dah masuk kerja lambat. penat terkejar2. penat pikir. tak cukup tidur. stress. risaukan anak. raya nak dekat. esok takleh cuti gara2 cuti tak byk. rumah tunggang langgang gara2 tak boleh buat apa2 sejak ali demam.

Ya Allah, beri aku kekuatan dan kesabaran..amin..

tak baik mengeluh sebenarnya..lalui lah dgn tabah. semoga semuanya baik2 saja.

selamat hari raya aidil adha. jgn lupa puasa sunat esok. 9 zulhijah.

3 comments:

Kniedaz said...

insya Allah nanti baik la Ali tu..ummi jangan stress..tapi biasala kan..kita pun manusia gak..mesti stress gak..ajak la ubie nyanyi kat atas nanti

RieNa said...

ubie nyanyi lagi tambah stresssss..uwaaa~!!

hani said...

Salam..
ada x no tepon pak long suid (kat tanah liat) tersebut, untuk rawatan anak saya Nephrotic Syndrom
Saya plan nak berjumpa beliau
boleh watsap saya 012-7207976
tqsm

Aidil Fitri 2017 ~ Part 3

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani... walaupun dah berlalu sebulan lebih, saya tetap nak masukkan entry ni jugak. s...