Saturday, 20 October 2012

Kepulangan

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

pg selasa 16/10/2012, saya terima panggilan dr Ma.

"ayahcik kelantan masuk ICU, sesak nafas pg td."

ayahcik tu bapa saudara saya, abang kpd Ma, tinggal di Kg Gertak kechupu, Kubang Kerian, Kota Bharu. usia 82 tahun, ada seorg isteri yg saya panggil Mek, ada 7 org anak, berpuluh2 cucu dan beberapa cicit2. beliau adalah bekas guru, dan dihormati dikalangan penduduk setempat. org kuat U**O lah katakan.. sihat dan aktif sebelum ni, sakit sikit2 tu biasalah,org tualah katakan. tambahan pulak perokok tegar dan penggemar nescafe pekat. beliau seorang yg prihatin, baik hati, rajin beri nasihat dan jarang2 sekali marah.

pg tu selepas solat subuh, beliau sakit dada dan sesak nafas. anak2 cpt2 kejarkan beliau ke HUSM, Kubang kerian. bila diperiksa dgn teliti oleh doctor pakar, terdapat saluran darah ke jantung beliau pecah, dan saluran darah yg utama tu dah bocor. keadaan kritikal. doktor tak menjanjikan apa2 tambahan keadaan usia beliau pun dah menjangkau 82 tahun.

Ma baru pulang dr Kuala Lumpur utk  menghantar kakak ke Mekah. bas sampai jam 4 pg. dan ma terima panggilan jam 7 pg. kelam kabut ma bersiap2 utk pulang ke kota bharu pulak. anak2 semua sibuk dgn kerja masing2 termasuk saya. pakcik pulak keletihan utk memandu. ma dah buat keputusan utk pulang dgn bas. selepas ditimbang tolak dipikir2kan, saya ikut ma pulang sekali, sbb keadaan ayahcik sgt kritikal, saya takut tak sempat jumpa beliau utk kali terakhir..

kami pulang dgn kereta, pakcik drive (setelah beliau take a nap utk refresh diri) ditemani kak ina, kwn baik ma. saya bwk sekali anak2, tak sanggup tinggal bdk2 tu. bertolak jam 12 tgh hari, kami sampai hosp dlm 530 ptg. saya masuk jumpa ayah cik, keadaan beliau sgt tenat, beliau bernafas dgn tercungap2 wpun diberi bantuan oksigen.saya mohon ampun maaf dr beliau. dan tak sanggup utk tgk beliau dlm keadaan begitu. anak cucu dah penuh di wad. semua teresak2, mcm tak sangka, tokwan yg sebelum ini sihat2 sj, masih ke masjid dgn motorsikal, hari ini dah terlantar tenat.

abg2 saya bertolak pulang ke Kota Bharu jam 8.30 mlm, dan tiba di wad jam 2.30 pg. namun abg2 saya tak sempat jumpa ayahcik, kerana ayahcik telah menghembuskan nafas yg terakhir jam 12.30 tgh malam...

Ma sudah kehilangan satu2nya abg yg ada, skrg ma cuma ada seorang lg kakak yg sudah berusia 100thn lebih.


part paling hiba ialah, ketika jenazah siap dikapankan, dan anak cucu cium jenazah buat kali terakhir. subhanallah. saya terlalu rindukan saat saya cium dahi ayah buat kali terakhir..

jenazah dikebumikan jam 11 pg, 17/10/2012. dan saya pulang ke PPinang dgn abg lan, abg an dan kak ina. ma, pakcik dan abg man ada di kota bharu sehingga khamis.

dari kiri : kak yah (sepupu - anak ayahcik yg ke 3), kakak, arwah dan abg cik afif. Gambar diambil pd 16 September 2012

AL-FATIHAH buat Allahyarham Hj Yunus bin Daud.

2 comments:

Z@i Z@mR33 said...

Al-fatihah buat arwah...

ummm...kami x sempat nk cium arwah ayah kami...ms smpai org dh turunkn dlm liang lahat ja...sempat suruh org buka nk tgk muka ja...huhuhu....

RieNa said...

itu lg sedih. huwaaa!

Langkawi 2017

Bulan 7, lps raya hari tu. Saya rasa nakk sgt p bercuti. Saya sorg. Tanpa anak2. Tp takkan bolehlaa nak tinggal anis nuha, sbb masih menyusu...