Thursday, 11 October 2012

11102012 - Ali 15 bulan. kakak nawal 3 tahun 3 bln lebih

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

dah makin laju berjalan. tak nak org pegang plak tu. amboi kemain dia ye. pandai berebut barang dgn si kakak. yg kakak plak tak pandai marah adik,habis2 pun "amboi adik ni,biasa dia tu.." lps tu merajuk..pekup muka atas lengan. lps tu adik datang tepuk2 kakak. alahai, sweetnyaa dua beradik ni..

Ali suka suap mkn sendiri. kalau mkn guna sudu tu siaplah, habis berselerakan makanan ke lantai. dan pandai ikut solat, kalau sujud tu 'kelekuk' kepala terhantuk lantai, tp tak nangis. sengih2 lg adalah. manja dgn ummi, kalau peluk ummi tu erat2 mcm takmau lepas. suka menggigit, geram betul. kdg2 kita ingat dia nak bermanja dgn kita bila tenyeh2 muka kat bahu,rupa2nya dia gigit! kalau tgh drive, sj2 je dia gigit lengan kita. isk2, kuat menyakat betul.

berat dlm 9kg lebih. susu botol mmg kurg. susu badan mmg melekat je dgn ummi. kalau susu halib's tu setgh kg lbh kurg sebulan. mmg jimat. hahaha! tp mkn boleh tahan. pelawa je makanan apa pun, Ali tak memilih. melainkan kalau dia dah kenyang. eh, jgn taktau, ali mkn pedas, tak mcm kakak dia. kalau kari tu Ali small matter je.

dah boleh panggil  'mimi' - ummi. 'pepen' - upin ipin. " anyah" -ayah. ma - tokma. ada lg word,umi dah lupa. kebanyakan yg sukukata 'i' kat belakang. hari tu dia sebut 'baby'. terkejut umi. paling terer dia sebut "nak nenen'. haha yg tu mmg dia pakar lah. kalau tanya dia, ali nak susu tak? dia geleng2, lps tu ckp 'nak nenen'- sambil tunjuk umi. hohoho! penangan breastfeeding.

saya rasa cpt sgt Ali membesar. mcm tak puas tgk dia baby. my son is not a baby anymore,he's a toddler. :)






kakak nawal pulak dah 3 tahun 3 bulan lebih. Subhanallah. dia anak baik. anak cerdik. comel, suka mengusik. baik dan lembut dgn adik. dia jarang pukul adik, kalau marah pun dia 'amboiii ' kan je adik dia. adik yg suka buat kakak. Nawal susah nak bahasakan diri dia 'kakak' kalau ckp dgn adik. selalu kena tegur dgn ummi. bila sekali tegur, sekali dia ckp kakak. lps tu jd nawal balik. bab berckp ni mmg lah, boleh ajak bersembang. jgn lah crita benda secret2 dgn dia, nanti dia crita habis kat org lain. haru.

badan bulat. berat dlm 18kg. walaupun dah diaper-free, tp mlm2 kena bg pakai jgk takut terbocor. saya pakaikan cloth diaper nak jimat punya pasal. lgpun susah nak jumpa saiz XXL,melainkan jenama drypers sj.

thn dpn nawal akan masuk tadika. tak duduk taska dah. tgh pujuk dia supaya jgn minum dgn botol susu dah. camna nak buat eh? kalau boleh taknak lah dia minum botol sampai 5,6 thn. saya rasa waktu ni dah sedang elok nak buang habit dia hisap botol susu.







  mkn nasik di kedai dgn ayah sebelum p sekolah.


semoga Allah kurniakan kesihatan dan kesejahteraan utk anak2 ummi. amin.

2 comments:

sal ya said...

penyeri hidup yang akan selalu buat kita rasa happy je kan.

RieNa said...

betul. penyeri hidup penyejuk hati. penenang fikiran. :)

Langkawi 2017

Bulan 7, lps raya hari tu. Saya rasa nakk sgt p bercuti. Saya sorg. Tanpa anak2. Tp takkan bolehlaa nak tinggal anis nuha, sbb masih menyusu...