tragedi 250812..

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

syawal hari tu, usianya cecah 3 tahun 2 bulan. mulut petah, otak cerdik, lasak, dan yg seusia dengannya. dia pandai bawak diri, mudah rapat dgn org yg baik dgn dia. dan selalu buat keletah yg menghiburkan hati.


saya bernyanyi2 dlm kereta semasa pulang k rumah :

nawal : umi jgn nyanyi.
saya : alaaa,kenapa..
nawal : umi nyanyi tak elok.
saya : bukan tak elok, tak sedap. umi nyanyi tak sedap.
nawal : bukan tak sedap, tak elok. tak sedap tu kalau makan saja.
saya : hahaha! ooo..ok. umi nyanyi tak elok.
nawal : meh nawal nyanyi, nawal nyanyi elok.
saya : hah, ya la tuuuuuuu....




 ni dia sedang buat aksi silat. belajar kat sekolah katanya. tp step ini ja yg dia tahu. seterusnya takde dah. haha

hari sabtu lepas, kakak ipar saya buat open house dirumahnya, saya dlm bilik  ali dgn ayahnya kat luar tgh berbual2. nawal asyik main je, pi blk pi blk. biasalah, budak lasak. lps tui entah mcmana, boleh jatuh longkang dpn rumah. bila tanya dia, jwbnya, "nawal panjat kerusi,pastu nawal goyang2, pastu nawal jatuh..sakit, berdarah dagu nawal.." kelam kabut saya suami isteri bwk dia ke klinik, sbb tgk luka dia dalam, darah tak berhenti2. dia, menangis meraung2 lah.


sesi menjahit di dagu pun bermula. saya mmg tak sanggup nk tgk, tp kena ada dlm tu jgk utk pujuk dia dan pegang kakinya. ayah dia pun sama. kesian betul tgk dia kena jahit. merayu2 dia mintak takmau jahit takmau jahit. tp dah terbelah dagu tu,mmg lah kena jahit. kesian anak ummi. dah siap jahit, tangisan pun berhenti. bila umi suruh senyum nak amik gambar, mcm ni lah rupa dia.

 kuat dan gagah kan anak dara i?

pak lang dia ckp,"nawal ada janggut.."
dia ckp," nawal tak cantik ka ada janggut?"

hahahahahaha! apa2 sajalah nawal..

tgh mlm sebelum tu, ayah nawal terseliuh lutut gara2 main badminton. dah la jln capek2, kena cempung anak bwk p klinik plak. Alhamdulillah, Allah beri ummi kekuatan utk uruskan ayah yg capek kakinya, anak dara yg berjahit dagunya, dan anak teruna yg tak boleh berenggang langsung dgn umminya. alahai...

dan hari ni, kaki abg aleh dah beransur sembuh. luka nawal tu nampak kering. dan ali,saya harap dia baik2 saja di rumah pengasuhnya. amin.


Comments

Popular posts from this blog

Derita sakit gigi.

:: perihal susu ::

Salam Terakhir ...