tegas skitt..

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

saya ni orgnya taklah garang sgt. kalau org dengar suara saya je pun, org tak takut. suara halus mcm doraemon. siap main2kan saya lg adalah.. jadi susah skit kalau nak garang2 dgn org. tp kalau untuk menjadi tegas, saya cuba.

tp kadang2 gagal jgk.

mcm ni, saya ni kerjanya di kaunter. student sepatutnya bg kad pelajar kalau nak gunakan komputer untuk internet. kadang2 student x bwk. terlupa lah. tercicir lah. saya usaha tak mau bg dia guna, iyelah, dah takde kad kan? tp kesian pulak tgk muka masing2. dahla dtg jauh2. kdg2 hujan lebat dtg library. tp peraturan tetap peraturan lah kan. susah lah. saya ni jenis org mudah dibwk berbincang. kalau student tu mintak maaf bla bla, saya ok je. bg je dia masuk. tp dgn syarat next time dia kena bwklah. tiada peluang kedua lg. kesian mmg kesian, tp peraturan tetap peraturan.

itu cerita kerja.

ini cerita perihal anak2 pulak. si Ali tu tak nak duduk atas seat dia. dia nak jgk duduk di ribaan saya bila saya drive. tidakkah itu merbahaya? mmg saya terpaksa susukan dia semasa memandu sbb dia mengamuk2 tak nak duduk di seat. sebelum ni saya yg risau tgk org drive sambil riba anak, ini jadi kat saya plak. saya tak nak lah jdkan itu kebiasaan ali. susah nanti. tp saya x mampu nak bertegas. nanti menjerit2, melompat2, panjat2 bdn saya, langsung tak leh drive, duduklah kami kat tepi jalan sampai mlm.

pg td saya cuba jgk. saya tampar perlahan paha dan kaki dia, bgtau yg saya x suka dia duduk atas saya. knowing ali yg sensitif 'dalam hati ada taman' punya budak, kena amboiii skit pun dah nangis. apatah lg kena pukul. mmg meraung lah. saya pukul perlahan je.mmg niat nak mengajar,bkn nk lps geram. ok, dia duduk lah kejap atas seat. lps tu dia bgn lg,panjat saya lg, saya marah lg. mcm tu lah keadaannya dari rumah lahar yooi sampai rumah pengasuh di taman guar perahu. bising dgn tangisan ali je dlm kereta. saya tak peduli dah. asalkan saya tak memandu dgn dia atas ribaan saya.

ptg ni taktau lah lg mcm mana. alahai, mmg saya kena tegas dgn anak2 ni. utk kesejahteraan jgk. biar menyesal dahulu, jgn menyesal kemudian.

Comments

shaliza said…
kalau dengan anak kan...cair:-)
Tapi kadang ada jugak kalau datang geram tu...marah2 sayang katanya..dah marah menyesal:-)
RieNa said…
selalu jd camtu. kalau sempat ingat Allah sblm marah tu,mujurlah. hehehe

Popular posts from this blog

Derita sakit gigi.

:: perihal susu ::

Salam Terakhir ...