ramadhan day 4

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

hari ni dah masuk hari ke 4 kita berpuasa. dah makin sronok dan terbiasa. cumanya saya mengantuk. mcm tak cukup tidor. kenapa tidak,mlm tidor lambat,pg bgn awal. time lunch tghari ni je nak take a nap kejap. dpt lelap sat pun jadilah. bg hilang mengantuk. kalau tak nanti tersengguk2 di kaunter,malu dgn students. ngehehe

sejak beranak 2 ni, tak sempat nak beriya2 sgt time berbuka. semua pun ala-kadar sj. bg saya dan suami, cukup ada nasik, dan 1 @ 2 jenis lauk, dah cukup. abg aleh plak bukan jenis mkn kueh2 punya org. dia carik nasik ja time berbuka. kalau murtabak @ roti john ka, ok. tp kalau kueh2 kecik2 ni dia tak mkn sgt. lega saya. selamat 1 hal. hehe

 sebelum berbuka,kena bg makhluk Allah 2 org tu kenyang dulu. saya suapkan makan nawal dan ali dulu. bila dorang dah kenyang, takdelah nak bising2 time org lain berbuka. tp kadang2 dia saja je nak mengacau,nak tumpang meriah. kalau kat umah ma oklah, sbb ada ramai org. kalau kat umah sendiri, kadang2 kami terpaksa bergilir mkn. tgk keadaan mcmana. kadang2 tak sempat hidang sbb ali kacau. jd kena mkn taruk atas je. hahaha teruk betul kami ni. tp its ok, bukan sampai tak boleh berbuka langsung. semua baik2 saja. under controlled. hehe

setakat ni saya belum sempat bertarawih di masjid. buat di rumah saja. itu pun slps anak2 tidor. kalau pukul 11 diorang tidor, dekat pukul 12 jgk baru saya boleh tidor. anak2 pun dah pandai tidor lewat skrg. nak bermanja agaknya. pukul 12 lebih baru nak lelap, pukul 4.30 dah nak bgn. dlm pd tu pun 2,3 kali bgn susukan ali. ngantuk, letih, usah ckplah. tp kalau dah jd ibu, itulah nikmatnya,kan? baru je rasa nak lelap, jam dah bunyi. huhu. kenalah bgn, tak boleh ralit. nanti terlewat.

eh,byk plak celoteh riena hari ni. nak bg hilang mengantuk lah tu.

hehe

ni saya share kenangan puasa zaman kanak2 dulu. seronok bila dikenang kembali. terutama gelagat abg2 yg nakal tu.

memori puasa zaman kanak2 : Ma akan letak kopi o @ teh o dlm peti ais masa lps sahur. dan akan tgk air tu ptg nanti lps ma blk kerja. kalau berkurangan, adalah makhluk mana yg minum tu. kantoii..haha. siaplah semua kena soalsiasat.


memori puasa zaman kanak2 (2) : ma jumpa kulit rambutan bersusun tepi pintu,sedangkan pg sebelum ma keluar ma dah sapu kat pintu tu. jd sapa punya kerja?kantoiii lagi..(xleh buang dlm tong sampah,nanti org lain nampak.)

memori puasa zaman kanak2 3 : darjah 2, mintak dgn cikgu nak p toilet, tp sebenarnya p kat sinki sebelah kantin. teguk air paip. dahaga betui time tu. hoho

Comments

shaliza said…
begitulah kita kalau ada ank kecik nikan..tapi meriah betul tak?
RieNa said…
mmg meriah. dgn jerit pekik, hilai tawa. hahaha

Popular posts from this blog

Derita sakit gigi.

:: perihal susu ::

Salam Terakhir ...