for the 3rd time.

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

jarang2 betul update belog skrg. dah la malas, ditambah lg dgn kekangan masa. sejak 3000 student baru masuk,library ni sgt sebuk. nak kena handle kaunter, buat kelas kemahiran utk student baru, filing dan ntahapehape lg. (tp buka fb sempat plak. haha)

sampaikan nawal masuk wad pun tak sempat nak tulis. penting ni,utk rujukan masa depan saya.

ceritanya mcm ni, masa hari walimah adik saya hidayah tu, pd 7hb 6 (khamis), nawal dah tunjuk ciri2 tak sihat dia. dia ckp dia sakit perut, saya agak sbb dia tak mkn,mungkin masuk angin. takde lah pulak panas badan. hari jumaat kami sibuk dgn kenduri aqiqah Arissa, anak sedara saya. nawal nmpk ok je. hari sabtu kami ke Alor Setar utk walimah sebelah keluarga hafiz pulak. nawal  nampak sihat dan ceria. tp cuaca hari tu mmg panas betul. kesian budak2 ni berpeluh2.

hari ahad 10hb, kami blk ke lahar yooi. nawal sgt baik hari tu. dia tak lasak langsung, tak ckp byk. suruh mkn dia mkn. suruh tidor dia tidor. suruh tgk tv, dia baring je tgk tv. saya dah tak sedap hati tgk dia mcm tu. itu bkn nawal seperti selalu. nawal yg biasa suka bertanya.kalau saya larang apa2 mesti dia tanya kenapa, then baru dia ikut. kalau saya suruh apa2, dia akan bergurau dulu, then baru dia buat apa saya suruh. tp hari tu nawal agak aneh.

dan mlmnya, dia ke dapur amik pinggan utk mkn nasi, sampai je depan, dia ckp dia sakit perut. terketar2. dlm masa seminit je antara dia sihat dgn sakit perut tu.bila tgk dia sakit perut sambil menggeletar tu, kami laki bini paniklah. sapu minyak pun dia tak ok, pujuk2 pun tak jln, dlm 10 min kami bersiap terus bwk dia ke hosp terdekat - kepala batas.

atas kereta nawal tak berhenti menggeletar sambil ckp 'sakit perut'. tp dia tak menangis. kuat betul. saya rasakan suhu bdn dia makin panas. cepat betul suhu dia naik. sampai wad kecemasan, misi check suhu bdn dia,terus nawal muntah. mmg dramatik betul time tu.

dipendekkan cerita, kena tahan wad lah.

ini masa kat emergency room. mmg lembik sgt time ni. dia baru lps kena 'tarik' lps dia muntah.suhu time ni 39.5. sakit perut dia hilang lps dia muntah. angin kot. tp kenapa sampai terketar2 kalau iya pun sakit perut? tak paham.

dlm wad, dah hampir jam 11 mlm. mujurlah mak tam sudi jaga nawal. terima kasih byk2 maktam. jasamu sgt kami hargai.

keesokkan harinya, Isnin. dia nampak ok skit. suhu dah turun ke 38. dah tak sakit perut lg.

hari ke 3, masih demam. kejap naik kejap turun.

dan mlmnya suhu dia naik sampai 40. mujur tak 'tarik'. mmg sgt menakutkan.

ini hari ke 3  kot. kena masuk air dan antibiotik ikut tgn.

tgklah, tgn sampai bengkak2 sbb kena cucuk. dahla tgn tu montel.

katil sebelah katil depan silih berganti org, tp nawal masih tak leh keluar lg. dia lah paling senior dlm wad.

gambar ni hari jumaat, dia dah sihat, tak demam lg. tp doc suruh stay sampai esok tunggu tgk kot2 dia demam lg. sebaik sj gambar ni diambil, dia terjatuh dr katil, terjunam ke depan. mujur kat depan dia tu ada kerusi. nasib baik tak jatuh ke lantai. isk isk isk. nawal..nawal..kalau tak kena tambah seminggu lg. nampaknya nawal saya dah 'kembali'. lasak dan suka bertanya. lps edisi jatuh katil, dia jatuh di tandas plak, terlentang, mujur sempat control kepala. haih. mcm2 ini budak.
misi kata dah nak kena balik nawal ni, lg lama dok,satgi lg mcm2 insiden. hahaha!


ini favourite spot nawal. bilik buku, suka betul kita bacakan buku crita utk dia, sbb lps tu dia bleh tanya 
byk2.




yeay! merdeka! hari kebebasan selepas 7 hari dlm wad kanak2 HKB. Alhamdulillah.



dan ini gambar sehari selepas hari lahir nawal. seminggu selepas episod masuk wad. dah kembali sihat dan ceria. Alhamdulillah.

phewww..penat tulis. tp kena tulis jgk utk rekod masa depan. dah, sekian.

Comments

Popular posts from this blog

Derita sakit gigi.

:: perihal susu ::

Salam Terakhir ...