akhirnya, selesai jgk.

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

sepanjang hayat saya, setiap tahun saya cuma tinggal puasa 4-6 hari. rasanya tak pernah sampai 7 hari. dan selalunya akan selesai bila syawal habis. sbb org buat puasa sunat syawal, tp saya puasa ganti. tapi tahun lps, saya telah memecahkan rekod peribadi dgn meninggalkan puasa selama 12 hari. paling lama sepanjang hayat. sbb saya melahirkan ali bulan julai, dan ramadan tiba pd bulan ogos, mmg kena sgt lah. tp mujur jgk cuma 12 hari. tak terbayang kalau kena sampai 30 hari spt sesetgh ibu2. yg 12 hari ni pun jenuh nak habiskan!

salah saya jgk sbb tak mula ganti puasa awal2. asyik bertangguh sj. bkn apa, saya perasan setiap kali saya puasa, hasil pam susu saya utk ali berkurang. dah la susu tak byk mana. hari demi hari asyik bertangguh sj. bulan syawal saya puasa 3 hari je. selebihnya saya mula ganti start dr april hari tu. itu pun sbb ali dah minum formula. takpelah, hasil pam pun mmg dah tak byk mana, jd lebih baik bayar hutang yg wajib ni.

jadi hari ini, insyaallah, selesailah sudah puasa ganti. alhamdulillah. syukur pd Allah kerana beri saya kekuatan.

tak sabar tunggu ramadhan. ali pun saya dah campurkan susu EBM dan jgk formula. susu yg menjadi pilihan Ali ialah Susu Halib's, keluaran Bumiputera Islam. :) Alhamdulillah..

ali cuma minum 3 botol waktu siang. so saya bg 2 botol ebm dan 1 botol susu halib. kdg2 kalau hasil pam tak memberangsangkan, ali minum lebih susu halib.

Comments

Popular posts from this blog

Derita sakit gigi.

:: perihal susu ::

Salam Terakhir ...