Wednesday, 11 July 2012

110712 - Ali Nufail is 1 ~!!!

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

kewujudannya di dlm rahim adalah surprise yg sangat tak terduga. kejutan yg sgt menggembirakan. keseronokan beribadat ketika mengerjakan haji di kota suci mekah dan madinah semakin bertambah bila tau 'dia' ada di dlm saya. terus saya panggil dia Ali, sbb saya mengharapkan dia kuat dan berani seprti Saidina Ali. Saya masih aktif dan dpt melaksanakan ibadah dgn baik. cuma saya tak boleh lapar,nanti saya nak muntah. itu sj. Alhamdulillah. cerita penuh disini.

sepanjang kehamilan saya baik2 saja, cumanya itulah. saya kena GDM (kencing manis masa mengandung) so asyik ulang alik ke klinik dan hosp utk amik darah,jumpa doc,check-up bla bla. mmg boring. tp nak dpt anak, mmg kena berkorban lah.

dan proses kelahirannya, mmg mengundang airmata. saya dah tak ingat kesakitan proses melahirkan Ali, tp saya takkan lupa bilamana doc mengesahkan ali dlm keadaan kronik,kritikal, dan tenat. dia dilahirkan secara normal, dan lahirnya tanpa tangisan. anehkan, bila kita harapkan tangisan bayi bila dia lahir, tp takde!
paru2 ali kurg oksigen dan menyebabkan dia tidak dapat bernafas dgn normal.(sbb itu dia tak menangis.) setelah 13 hari di ICU, dgn izin Allah, setelah dirawat dgn pelbagai ubat dan usaha doktor, akhirnya Ali sembuh dan dibenarkan pulang ke rumah. Itu adalah nikmat Allah yg sgt saya sekeluarga syukuri.nak tau cerita panjang,ada saya coretkan sepanjang bulan Julai tahun lepas.

gambar2 ketika Ali di NICU. hidup saya berteman airmata dan doa saja ketika ini. terima kasih atas doa dan kata2 semangat dr rakan2 di FB.

sepanjang hampir setahun ini, Ali memberi saya seribu erti. Dia istimewa dgn caranya tersendiri. kuat menangis. tak suka susu formula, tak suka strangers, selalu demam dan selsema, tp itu semua adalah tanda2  keistimewaan dan bertuahnya Ali.

dan hari ini. bayi yg dilahirkan tidak menangis itu, sudah berusia setahun. sudah pandai berdiri sendiri. sedang belajar bertatih. dah kurg menangis. dah mudah dijaga. pandai bermain. pandai buat kelakar dan sgt sygkan kakaknya. kalau dulu tak brapa ada org yg suka mendukung dan bermain dgnnya sbb suka menangis, tp skrg dah ok skit. bolehla buat main.



Ali Nufail permata hati ayah ummi , kamu byk mengajar ummi tentang erti sabar dan tawakal. kamu ajar ummi utk serah segalanya pd Allah. Kamu ajar ummi utk yakin yg setiap sesuatu ada jalan keluar. terima kasih. ummi panjatkan setinggi2 kesyukuran kpd Yg Maha Esa. hanya Allah Maha Berkuasa atas setiap sesuatu. Alhamdulillah, doa ummi semasa kamu dlm icu dulu, meminta supaya Allah meminjamkan kamu selama mungkin, sedang dimakbulkan Allah. dan ummi takkan berhenti memohon pdNya.






Ali Nufail,

Selamat Hari Lahir yg pertama. semoga Allah memberkatimu sepanjang usia. semoga kamu terus jd anak yg baik,berakhlak mulia, pintar dan bijaksana, yg soleh, yg membahagiakan ummi dan ayah dan dpt membawa kami ke syurga. amin ya rabbi..

sayang dr,
Ummi, Ayah & Kakak.

2 comments:

shaliza said...

happy birhtday budak kuat:-)

RieNa said...

hehe. thanx t.

Langkawi 2017

Bulan 7, lps raya hari tu. Saya rasa nakk sgt p bercuti. Saya sorg. Tanpa anak2. Tp takkan bolehlaa nak tinggal anis nuha, sbb masih menyusu...