23062012 : Nawal is 3~!

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

Subhanallah. Alhamdulillah. Allahuakbar.

anak sulong saya, Aisyah Nawal sudah genap 3 tahun hari ini. 23 Jun 2012. dilahirkan pd 2009 dengan berat 2.88kg, sekarang dia sudah 13.5kg. tinggi sudah 80cm. tangan dan badan yg agak berisi. cerdik. cergas. sihat. Alhamdulillah.



rasanya tahun depan dah boleh masuk tadika. sekarang nawal masih di taska. nawal pun dah boleh mengira, mengenal warna dan bentuk, abjad tak khatam lg. bab menyanyi dia lah handal. al-fatihah pun dah ingat wpun sebutan tak berapa fasih lg. boleh baca doa mkn, doa lps mkn, doa tidor, doa utk ibubapa. alhamdulillah. perkembangannya normal seperti anak2 seusianya.

cumanya, saya perlu hati2 dgn kesihatan dia. nawal tak boleh demam panas, sbb bila suhu bdn dia tinggi, dia akan mudah kena sawan. setakat ni dah 2x kali nawal kena serangan 'tarik' tu bila demam. sekali masa bulan febuari hari tu, dan baru2 ni pd 10 jun, sehingga terpaksa di tahan di hospital selama seminggu utk dia betul2 sembuh dr demam.

umoq 3 tahun, 3x dah masuk hospital. kali pertama masa keracunan, di usia 1 thn 9 bulan di hospital bukit mertajam. seminggu selepas kenduri ayahcik dia.
kali ke dua di usia 2 tahun 8 bulan, di hospital sbrg jaya.
dan kali ke 3, di hospital kepala batas, 4 hari selepas kenduri makndak dia.

harapnya lps ni, takde dah episod masuk hospital ni, melainkan kalau dia nak bersalin. tu pun 20 + thn lg.


 rambut terpaksa potong, sbb berbuah. lps tu kusut, sbb rambut dia perang sebelah bawah tu. takpelah, nanti tumbuh lagi.

 anak ayah, tp sejak keluar hospital ni, dia sgt manja dgn saya. taktaulah kenapa. tak boleh langsung berenggang. mujur dia nak jugak pegi taska.


Aisyah Nawal,

Ummi doakan kamu membesar dgn sehat sejahtera, berakhlak baik, diterangkan hati utk menimba ilmu dan dirahmati Allah sepanjang usia..amin ..jadilah anak yg solehah utk ummi ayah, yg menyenangkan hati dan membahagiakan kami dunia dan akhirat.

lots of luv,
Ummi, Ayah & adik Ali.

Comments

Popular posts from this blog

Derita sakit gigi.

:: perihal susu ::

Salam Terakhir ...