Tahniah dan Takziah

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

semalam, 27 Mei 2012. Hari yg manis pahit.

Tahniah buat sahabat saya, Ilyia atas kelahiran cahaya mata ke dua. anak sulongnya, Anna Qaisara dan 5 tahun, baru dpt adik. gegirl lg. Alhamdulillah. Sara mesti happy dpt adik perempuan, boleh main anak patung sama2.

jugak buat adik junior saya, Kinah, untuk kelahiran cahayamata ke tiga, anak lelaki pertama. istimewanya baby ini ialah dia berada di dalam perut mamanya ketika mamanya mengerjakan haji. sama mcm baby Ali Nufail. insyaallah, baby ini akan jd baby yg kuat. dan istimewanya lg. baby ni nama Naufal. lebih kurg mcm Nufail. kalian mmg speciallah~!

dan, tahniah jugak buat Mael. kawan sepejabat saya. setelah mendirikan rumahtangga pd tahun 2007, Alhamdulillah, akhirnya dikurniakan cahayamata pertama. baby boy. saya mmg happy dan excited utk Mael. saya juga mengharapkan kawan2 saya yg lain dikurniakan zuriat jugak. amin.

untuk semua newborn, semoga kalian jd anak soleh/solehah yg membahagiakn keluarga kalian. amin..


tapi..takziah utk sahabat saya, Sifah. Ayah beliau telah kembali ke rahmatullah pd jam 4 ptg semalam. saya org pertama yg dia call. sungguh saya sebak. itu yg terbaik yg Allah takdirkan utk ayah beliau. setelah lama terbaring akibat sakit tua, akhirnya ada pengakhiran utknya. semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama org2 yg soleh. amin...

Comments

Popular posts from this blog

Derita sakit gigi.

Salam Terakhir ...

:: perihal susu ::