jgn judge kalau anda bukan judges.

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

dah bertahun2 saya menulis blog, tp rasanya saya tak pernah menulis bab politik. ya, blog ini tentang diri saya, tentang keluarga, rasanya tak perlu lah saya bercerita tentang politik sbb anda boleh baca di beribu2 blog lain yg bercerita perihal itu. cuma hari ini, rasa nak kongsi sesuatu. dan tolong baca dengan minda dan hati yg terbuka.

1. politik itu bukan kotor.
ramai yg ckp, politik ni kotor. ya, sbb ramai org jd jahat kerananya, tp itu bukan salah politik. itu salah org itu lah. politik ini sebahagian dr agama. mcmana nak tadbir negara kalau takde politik?

2. yg salah tetap salah. yg benar tetap benar.
saya bukan berpihak pd mana2 parti. bg saya, siapa yg buat baik pd rakyat, baguslah. yg jaga kebajikan, yg selamatkan rakyat dr berdosa, yg bkn saja jg kebajikan, tp kalau boleh yg jaga akhlak rakyatnya jugak. kalau ada pemimpin yg dapat laksanakan hukum spt dalam Al-quran dan hadis, itu sgt baik. dlm soal ini, saya nak pegi duduk acheh atau mekah madinah. tp mekah tak bg wanita drive,yg ni saya tak sokong.. hohoho. kalau ada pemimpin yg buat baik utk rakyatnya, itu bagus. kalau ada pemimpin yg tidak senonoh, itu tak bagus. jgn terus memuji wpun dia ternyata bersalah. jgn terus mengeji kalau dia dah bertaubat.

3. boleh berbeza pendapat, tp jagalah adab.
sejak isu bersih, ramai yg bertekak dan bertikam lidah di FB. saya yg baca ni je jadi rimas dan serabut otak. kdg2 kawan baik pun boleh bergaduh. apatah lg setakat kenal gitu2 je. saya kalau jumpa org yg bila bercakap asyik nak menang je, saya biarkan. lantak kamu lah. saya angguk2 je. sbb saya nak jaga silaturahim. memutuskan silaturahim tu berdosa besar. diam tak semestinya kita setuju. kadang2 diam lebih baik. berdebatlah dgn bijak,. dah berhemah. jgn tunjuk perangai buruk dgn berkata2 kurg sopan bila berhujah.

4. undi adalah rahsia.
yup, mengundilah. jgn berckp pong pang pong pang tp tak daftar pengundi pun. apa pun tak boleh.

saya nak share sesuatu dr salah seorg peserta Bersih 3.0 hari tu. :



dalam hal Bersih, mungkin ada pihak2 yg berkelakuan tak sepatutnya, samada peserta, pihak berkuasa dan lain2. kita tak berada di situasi itu, jd kita tak boleh jd keyboard warrior - yg tahu menaip je tp taktau keadaan sebenar. luaskan minda. baca info dari kedua-dua pihak. dan nilaikan sendiri. nilai je, jangan menghakimi. dan terjemahkan penilaian anda melalui pilihanraya. :)

oh ya, saya ada sesuatu yg good to read : dr Blog En Hamka Kereta Mayat.

diulangi, saya bukan berpihak kepada mana2 parti.

sekian terima kasih. 

Comments

Popular posts from this blog

Derita sakit gigi.

:: perihal susu ::

Salam Terakhir ...