InsyaAllah, ada jalannya..

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

setelah melalui episod runsing I dan runsing II, akhirnya, saya telah menemui pengasuh Ali yg bertuah itu.

Pada awal Oktober, saya kembali bekerja selepas melahirkan Ali dan Ali dijaga oleh mak langnya (isteri abg lan). setelah seminggu, mak lang surrender, Ali sgt mencabar utk dijaga. sampai maklang nak ke toilet pun tak mampu dek kerenah Ali. ok fine. Ma take over jaga ali, bekerjasama dgn pakcik. sementara nak cari nursery. 3 minggu jugak Ali dlm jagaan ma. masuk bulan November, Ali diserahkan kpd nursery sekali dgn nawal. mmg ali masih dengan kerenahnya, takmau kat org, kuat menangis, tak boleh ditinggalkan sendiri, asyik nak berdukung, tak suka minum susu. tp nursery tu masih boleh handle sbb ada ramai pengasuh berpengalaman.

Bulan februari, ali diserang demam, selsema dan batuk yg berminggu. so ali di'rehat'kan dr nursery selama sebulan bulan Mac, Ma kembali mengasuh Ali selama sebulan. setelah ali kelihatan sihat dan sembuh sepenuhnya, ali kembali ke nursery.

dan selepas sebulan, Ali akhirnya menemui pengasuh baru. Kak Sham, bekas pekerja di nursery nawal dan ali beberapa thn lps. berhenti kerana melalui pembedahan. dan kemudian buka pusat asuhan sendiri di rumahnya. dalam taman yg sama dgn nursery nawal jgk. one way.  mcm mana saya boleh jumpa kak sham? saya called 1 tadika dlm taman ni, tanya kot2 dia ada taska, dan malangnya dia takde taska, TAPI, dia kenal seseorang yg boleh mengasuh bayi, dan kebetulan baby yg diasuh sebelum ini baru berpindah ke tempat lain. dan org itu adalah kak sham. saya called kak sham pada 30 april, dan saya mula hantar ali pd 2 mei.

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah...

dan hari ini hari ke 3 ali di bawah asuhan kak sham. setakat ini Alhamdulillah, semua baik2 saja. ali minum ebm lebih baik dr minum susu mahal (wpun lambat nak habis tp still habis jugak dr susu tepung yg tak habis langsung). walaupun masih ada sikit2 kerenah ali, kak sham dpt tanganinya setakat ini. selain dr kak sham, ada 3 lg pengasuh di rumahnya. jumlah anak2 di bawah jagaannya ada 5 org termasuk Ali. tak lah ramai sgt. mcm oklah.

saya harap keadaan ini berterusan. saya doakan semoga takda masalah lain lg yg muncul selepas ini. lelah rasanya nak cari pengasuh utk ali. mmg mencabar. Ali tak mcm nawal, yg dulu berebut2 org nak jaga. Ali istimewa. Ali bertuah. sampai kadang2 saya rasa nak berhenti kerja utk jaga ali sepenuhnya. saya pernah menangis akibat stress nak menangani masalah ni.

percayalah anak2, bkn saja susah nak jaga kamu. nak mencarikan yg terbaik utk kamu pun susah. tak putus asa ummi berusaha, berdoa, solat hajat minta bantuan dan petunjuk Ilahi.

dan akhirnya, insyaAllah, ada jalannya. Allah bantu saya. hanya Dia yg Maha berkuasa. Alhamdulillah.

Comments

kinna said…
k riena, saya pon pernah melalui liku2 cari pengasuh terbaik utk anak2. tmbh2 kat kl ni lg susah nk jmp. ada pengasuh/taska tp indon plak nak jaga. dah la umah saya dgn ofis sejam perjalanan. tu pon kalo tak hujan/banjir kilat/eksiden.

tapi Allah uji sikit ja. dl2 byk kali dah nk berenti nak jaga anak sepenuh masa. mujur saya sabaq sket (sbb hutang dok byk lg time tu).

skrg Alhamdulillah. anak2 dok taska. depa pon dah besaq dan cerdik sket. tak lama lg dpt baby..hrp2 ada la org nak mengasuh baby saya nanti :))
RieNa said…
kan, kat KL tentu lg mencabar nak cari. kalau tak ingat ke hutang, dan kos hidop skrg ni, mmg rasa nak berhenti jaga anak. tp apakan daya.

sementara baby lg ni lah, susah skit. dah besar skit mcm nawal tu oklah sikit. entahlah, moga Allah permudahkan. amin.
Prince of Noob said…
insya Allah u find the way... done follow - Noob.

Popular posts from this blog

Derita sakit gigi.

:: perihal susu ::

Salam Terakhir ...