Thursday, 21 June 2012

ali gonjeng

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

*edit. ada video baru letak.

My little caliph, Ali is 10 months today. baru boleh merangkak perlahan2.
dia lasak seperti budak lelaki seusianya. kalau letak dlm car seat, dia meronta keluar.
kita dukung, dia meronta nak terjun.
menyusu pun dah mcm2 gaya dah, letih ummi dia.
rambut pun dah panjang, jd kena cukur dah.

hampir 2 minggu dia dgn pengasuh baru, Alhamdulillah. makin serasi. kurang menangis.
semoga semakin baik hari demi hari. dan dijauhkan Allah dr segala keburukan, amin.

Ali sebelum bergunting. rambut lebat. kadang2 ali suka garu2 kat tepi telinga. mungkin dia geli rambut kena telinga dia kot.



 selepas bercukur. yg cukur rambut ali ialah bapa sedara ali, iaitu pak long latif, abg sulong abg aleh. abg latif ada kedai gunting rambut di kubang ulu. 

sebelum tu kami suami isteri dok suspen jugak, ialah mcmana reaksi ali bila nak gunting rambut nanti ni. nak meraung ke, nak melasak ke. mcm2 dok pikir. rupanya ali cool je atas ribaan ayah. adalaa dia golek2 sikit kepala dia, tp pak long takde masalah nak selesaikan kerja dia. ali behave dan tidak menangis. what a surprise. hahaha! ummi ayah dia je gabra lebih. hehe. so lepas ni bolehlah ali bercukur selalu. ummi suka imej ali botak mcm ni. nampak cerdik dan matured. nak lap lps mandi pun senang. dan takyah sikat rambut. hehe

ada ummi ambik video dia bergunting.nah.
  video
hmm..lagi 2 bulan je lg ali akan berusia setahun. cepat betul masa berlalu.

No comments:

Aidil Fitri 2017 ~ Part 3

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani... walaupun dah berlalu sebulan lebih, saya tetap nak masukkan entry ni jugak. s...