Posts

Showing posts from May, 2012

Tahniah dan Takziah

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

semalam, 27 Mei 2012. Hari yg manis pahit.

Tahniah buat sahabat saya, Ilyia atas kelahiran cahaya mata ke dua. anak sulongnya, Anna Qaisara dan 5 tahun, baru dpt adik. gegirl lg. Alhamdulillah. Sara mesti happy dpt adik perempuan, boleh main anak patung sama2.

jugak buat adik junior saya, Kinah, untuk kelahiran cahayamata ke tiga, anak lelaki pertama. istimewanya baby ini ialah dia berada di dalam perut mamanya ketika mamanya mengerjakan haji. sama mcm baby Ali Nufail. insyaallah, baby ini akan jd baby yg kuat. dan istimewanya lg. baby ni nama Naufal. lebih kurg mcm Nufail. kalian mmg speciallah~!

dan, tahniah jugak buat Mael. kawan sepejabat saya. setelah mendirikan rumahtangga pd tahun 2007, Alhamdulillah, akhirnya dikurniakan cahayamata pertama. baby boy. saya mmg happy dan excited utk Mael. saya juga mengharapkan kawan2 saya yg lain dikurniakan zuriat jugak. amin.

untuk semua newborn, semoga kalian jd anak soleh/solehah …

4 tahun yg berwarna warni.

Image
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...




kami disatukan pada 23 Mei 2008 ketika hujan gerimis, selepas solat asar, di Masjid Kubang Ulu.
dinikahkan oleh allahyarham ayahanda tercinta, yg merupakan kali pertama dan terakhir mengakad-nikahkan anak perempuannya.(bertuahnya saya.)
usai majlis akad, hujan masih renyai2.

dan hari ini, genap 4 tahun kami bersama. 4 tahun yg penuh warna. 4 tahun yg pelbagai rasa. Alhamdulillah, ia 4 tahun yg sgt memberi makna. dan sebenarnya, ia cuma 4 tahun, masih jaaaaauuuuuhhhh lagi perjalanan kami. InsyaAllah, moga sehingga ke syurga.

4 tahun dgn 2 cahaya mata.
Aisyah Nawal
Ali Nufail

Alhamdullillah. Terima kasih ya Allah,..
kerana mengurniakan suami penyayang dan penyabar serta baik hatinya..
kerana mengurniakan anak-anak comel yg sihat sempurna baik akhlak dan cerdik akalnya..
kerana melindungi dan merahmati kami.
kerana memberikan kami rezeki siang dan malam.
kerana memberi kami kekuatan menempuh dugaan.
Hanya Engkau Yg Maha Berkuas…

Selamat datang, Baby.

Image
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

ini cucu ma yang ke 13.
cucu perempuan yg ke 8.
anak pertama abg an dan kak da. Alhamdulillah. keluarga kami makin bertambah.

anak saudara saya yg ke 11.

memperkenalkan....


ARISSA SYUHADA BT AHMAD ADZHAN
comel. cute. nama begitu enak dan lazat. suka betul. dilahirkan pd 17 Mei 2012, pada jam kira2 10 pg, dengan berat 2.72kg. Alhamdulillah, keluar ikut pintu. :) ibu dan baby sejahtera.
Abg aleh begitu suka sekali, sbb sama birthdate dgn dia. hahaha! thn dpn boleh potong kek sama2.
Dear Arissa Syuhada, Ayah kamu sgt istimewa utk acik.  dia abg yg sgt baik hati. yang sgt mengambil berat. yg sgt mudah menolong.
dan ma kamu,  dia kakak ipar yg baik budi, yg lemah lembut, yg tidak byk bicara.
acik doakan kamu, semoga jadi anak baik, yg berakhlak mulia. yg pintar. yg menyenangkan hati ayah dan ma kamu. semoga kamu memberi kebahagian buat mereka dunia dan akhirat. amin. amin. amin.

seronoknya ada baby di rumah. Ali dah tak berapa baby dah. h…

17052012

Image
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

Alhamdulillah, dia sudah 32 tahun hari ini.


selamat hari lahir,suami.. semoga dilimpahi rahmat dan keampunan dr Allah. semoga semakin tinggi keimanan dan ketaqwaan. selamat mengira baki usia sebelum kita dijemput ke alam seterusnya.
we love you, so much.
Ummi, Aisyah & Ali.

InsyaAllah, ada jalannya..

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

setelah melalui episod runsing I dan runsing II, akhirnya, saya telah menemui pengasuh Ali yg bertuah itu.

Pada awal Oktober, saya kembali bekerja selepas melahirkan Ali dan Ali dijaga oleh mak langnya (isteri abg lan). setelah seminggu, mak lang surrender, Ali sgt mencabar utk dijaga. sampai maklang nak ke toilet pun tak mampu dek kerenah Ali. ok fine. Ma take over jaga ali, bekerjasama dgn pakcik. sementara nak cari nursery. 3 minggu jugak Ali dlm jagaan ma. masuk bulan November, Ali diserahkan kpd nursery sekali dgn nawal. mmg ali masih dengan kerenahnya, takmau kat org, kuat menangis, tak boleh ditinggalkan sendiri, asyik nak berdukung, tak suka minum susu. tp nursery tu masih boleh handle sbb ada ramai pengasuh berpengalaman.

Bulan februari, ali diserang demam, selsema dan batuk yg berminggu. so ali di'rehat'kan dr nursery selama sebulan bulan Mac, Ma kembali mengasuh Ali selama sebulan. setelah ali kelihatan si…

jgn judge kalau anda bukan judges.

Image
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

dah bertahun2 saya menulis blog, tp rasanya saya tak pernah menulis bab politik. ya, blog ini tentang diri saya, tentang keluarga, rasanya tak perlu lah saya bercerita tentang politik sbb anda boleh baca di beribu2 blog lain yg bercerita perihal itu. cuma hari ini, rasa nak kongsi sesuatu. dan tolong baca dengan minda dan hati yg terbuka.

1. politik itu bukan kotor.
ramai yg ckp, politik ni kotor. ya, sbb ramai org jd jahat kerananya, tp itu bukan salah politik. itu salah org itu lah. politik ini sebahagian dr agama. mcmana nak tadbir negara kalau takde politik?

2. yg salah tetap salah. yg benar tetap benar.
saya bukan berpihak pd mana2 parti. bg saya, siapa yg buat baik pd rakyat, baguslah. yg jaga kebajikan, yg selamatkan rakyat dr berdosa, yg bkn saja jg kebajikan, tp kalau boleh yg jaga akhlak rakyatnya jugak. kalau ada pemimpin yg dapat laksanakan hukum spt dalam Al-quran dan hadis, itu sgt baik. dlm soal ini, saya nak …

Cita-cita tinggi.

Image
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

saya bercita-cita untuk bercuti di tempat adik saya belajar. bukan di langkawi atau pun kuching, sarawak.
tp nun di Leeds, UK.
jauh gila, dan byk belanja. sy dah survey harga tiket, sekurg2nya RM3500 utk seorang,pergi-balik.
belum lg masuk belanja penginapan,makan, dan lain2. bleh tahan jgk lah. sekurg2nya sy kena ada 6-7k. nak lg sedap, ada 10k.baru best shopping! untuk org mcm saya yg biasa2 saja ni, ini nampak berat. mcm mustahil saja. saya cuma ada masa lebih kurg setahun utk mengumpul duit.

namun, saya tak peduli. saya nak jugak. saya nak hadir utk konvo adik saya. itu cita2 saya semenjak dia ditawarkan belajar di sana.
                                                   gambar Khyra di dpn rumah sapa ntah.- amik kat FB dia. hoho

jadinya saya kena menabung. sungguh2 punya menabung. saya takleh shopping suka2 hati. tak boleh boros suka2 hati. saya kena betul2 berjimat. tp jgn kedekut.

untuk 2013, saya mahu ke UK. moga imp…