sesekali.

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

lama tak update. dah berhabuk blog ni. (tiup2 habuk skit,sat nak carik bulu ayam.)
bukan takdak idea, bukan sibuk sgt. entah,takde mood nak mengarang.

jadi marilah kita menulis susuatu, sbb ada byk gambar nak tunjuk. mungkin ada yg dah tgk kat FB. tak kisah, saya nak tulis sbg catatan peribadi.

setiap tahun, sejak 3 tahun yg lps, ofis saya buat khidmat masyarakat, yg kami namakan sbg Misi Iqra' , kami akan cari mana2 rumah anak2 yatim, dan kami bangunkan mini library di situ. kalau belum ada, kami bangunkan.kalau dah ada, kami tambahbaik apa yg patut. cumanya ini kali pertama buat saya, sbb kali pertama misi Iqra' dulu, buat di pengkalan hulu, saya cuti bersalin. kali ke dua tahun 2010, buat di Yan, saya cuti menunaikan haji. so kali ini saya dpt join sepenuhnya. dan ia pengalaman yg seronok.

Misi Iqra' kali ini membawak kami ke Rumah Gemilang, Kg Bonggol Derdap, Sik, Kedah. rumah ini dibangunkan untuk Pertubuhan Asuhan dan Didikan Anak2 Yatim Islam Daerah Sik. penghuninya ada lebih kurang 80 org lelaki dan perempuan berusia dari 7 hingga 19 tahun.

kami pergi hari sabtu, 21 April. Ali saya tinggalkan kat ayah dia, manakala Nawal saya bawak sekali. selain dr nak bwk dia jalan2 naik bas, saya jugak nak dia kenal rumah anak yatim, (mungkin dia terlalu kecil utk faham). tak apa, ini cuma pendedahan awal utk dia belajar bersyukur dan menghargai.


pergi dgn rombongan ofis, balik dgn family. (abg aleh pi sik jgk, rumah kak yah, kakak ipar saya.)

tiba2 malas nak tulis apa2 dah, tgk gambar je ye?

tgh tunggu semua mai. janji nak bertolak kui 7.30, pukui 8 jgk jadinya.

nawal yg malu2 kucing pd awalnya.

atas bas, nawal boring tgk umi tidor,last2 dia pun terlelap jgk.

org sebuk bersihkan library, dia pun kalut jgk.

yess, kami geng di rumah anak yatim lelaki. library da kecik skit, dan buku pun tak byk mana berbanding rumah anak yatim perempuan.

anak ummi yg periang. :D



                                                               haipp..dok buat apa tu...
                                                       ntah apa yg pakcik mael ni buli.
                                        seronok adik2 ni dpt hadiah walaupun tak seberapa.
yg ni pakcik rizal buli, ikat kaki tangan dia.


                         masa ni nawal takdak, ikut ayah dia p rumah mak teh, nak mandi sungai katanya.



ok, dah habis cerita.



Firman ALLAH SWT yang bermaksud :
 Dan hendaklah  kamu beribadat  kepada Allah dan    janganlah kamu  sekutukan Dia  dengan sesuatu  apa jua dan  hendaklah kamu  berbuat baik  kepada kedua ibu bapa dan kaum kerabat dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan jiran tetangga yang dekat dan jiran tetangga yang jauh dan rakan sejawat dan orang musafir yang terlantar dan juga hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur dan membangga-banggakan diri.”   (An-Nisaa : 36 )


Comments

Popular posts from this blog

Derita sakit gigi.

:: perihal susu ::

Salam Terakhir ...