Ali 9 Bulan.

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...


:: Ali tgh nak blajar merangkak. baru angkat badan nak ke depan,dah jatuh meniarap blk. tp dah pandai memanjat utk capai sesuatu. paling dia suka,memanjat badan ayah dia utk mencapai 'gunung" @ perut ayah. hahaha!

:: 2 gigi atas sudah tumbuh.yeay! gigi bawah dah 2 btg. total = 4 btg. kakak nawal ckp adik dah boleh mkn nasik sbb dah ada gigi. (sblm ni dok ckp kat nawal yg adik takleh mkn lg sbb adik takde gigi.)
(update 13/4 : gigi atas ada 3! tp berselang2. bkn dekat2.aneh plak.hihi)

:: berat taktau, sbb tak timbang kat klinik. rasa nk pinjam penimbang kedai runcit. hahaha

:: rambut kena potong dgn tok ma, sbb dah pjg. lps potong rambut, jd makin aktif. kalian pernah dgr tak, yg kononnya kalau kita kerap cukur rambut anak seblum umo dia setahun, anak akan lebih cerdik? sj tanya, sbb saya tak tahu.

:: ali kuat cemburu. jgnlah kakak dia atau baby lain dok atas riba saya, dia dgn pantas menghampiri dan menjerit2 minta didukung @ di riba. cerdik!

:: waktu siang dia mmg tak minum susu byk. just minum air masak dan mkn moi. saya tinggalkan 3 x 2oz susu pun tak habis. tp bila saya amik ptg, kena susukan dia dulu dlm 15-20 min dulu baru bleh drive. kalau tak dia meraung dlm carseat. Alhamdulillah, saya takde masalah tak cukup stok, ali cuma minum 2 bungkus susu sedangkan saya selalu bwk blk 4-5 bungkus ( 2oz sebungkus). skrg saya pam susu bukan utk bekalan ali, tp utk memastikan saya tak bengkak susu dan susu tak cpt kering. bila mlm ali akan 'melekat' sampai ke pagi! moga saya dpt susukan ali sehingga 2 tahun @ bila ali sendiri yg menolak. amin.

:: baju2 byk dah ketat. skrg ali start recycle baju2 kakak dia yg 1 year dulu. tp itulah, byk yg pink dan riben2. kesian ali. nak tak nak, terpaksalah beli baju baru (which is umi suka sgt. hahahaha)

:: yeah, ali masih dgn sikapnya. "jinak-jinak merpati." usik dr jauh dia gelak2, bila ambik dia meraung tak ingat. kesian bila org lain geram nak main,tp ali eksyen asyik nangis saja.

Comments

shaliza said…
Ali...good boy dah. Dah besarkan. Jinak2 merpati ya..

Popular posts from this blog

Derita sakit gigi.

:: perihal susu ::

Salam Terakhir ...