06042012

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

e-kad dr Majikan.


dr semalam tak lena tidor. sebenarnya rasa aneh. rasa takut. rasa tak suka utk menghadapi hari ini.

sbb usia dah 31 thn. dah melewati usia 30 thn. dan saya masih begini.

saya berfikir dr sudut material. usia saya dah 31. tp saya masih pembantu perpustakaan. saya masih belum beli rumah sendiri. saya tiada kereta atas nama sendiri. saya tak berkesempatan melancong ke tempat2 yg saya ingin pergi. saya tak mampu utk beli handbag harga RM200 pun. saya itu saya ini. semua saya ukur dari sudut material.

kemudian saya seolah2 dikejutkan dgn satu suara halus.

"walaupun aku tak punya semua itu, tp aku punya keluarga yg sempurna. punya suami penyayang dan dua anak yg sihat sempurna. punya Ma, Kakak, abg2 , adik2 yg sentiasa di sisi bila susah senang. walaupun aku tak mewah takleh beli handbag mahal,tp aku tak pernah kelaparan. tak pernah kefakiran. aku tak perlu meminta dr org lain untuk mengisi perut sendiri. walaupun tak dpt pergi bercuti melancong sana sini, tp aku dah jejak kaki ke mekah madinah. satu2nya tempat yg kdg2 org kaya pun tak 'boleh' pergi. walaupun masih belum memiliki rumah kereta sendiri, sekurg2nya aku tidak menanggung hutang. Ya Allah, ampuni daku..sesungguhnya nikmat dan anugerahMu sgt besar tidak terhitung olehku..Astaghfirullah..."

jadi di usia 31, sebenarnya hidup saya sempurna. sempurna pd saya sendiri. mungkin boleh diperbaiki lagi. tp bukan di sudut material, yg perlu diperbaiki hanya amal ibadat saya. kerana setiap langkah saya, adalah langkah menuju kematian.

semakin meningkat usia. semakin dekat hari kematian.

yeah, selamat hari lahir utk saya. dan ucapan terima kasih istimewa buat ibu yg melahirkan dan membesarkan saya. Ma, ina syg ma seluruh jiwa raga ina.


birthday wish yg berjaya buat saya mengalir air mata.


Comments

D Yatie said…
betul sangat..!
dan alhamdulillah dah ke tanah suci..kita belum lagi...
shaliza said…
Selamat Hari Lahir Riena...
Kalau semua nak diukur melalu material mmg tak cukup sokmolah...
Semoga bahagia sentiasa bersama keluarga...
RieNa said…
yatie : insyaallah, masa awak akan tiba nanti. terima kasih sudi jenguk sini. :)

shaliza : a'ah. betul. manusia mmg x pnh cukup. trima kasih atas doa,amin..

Popular posts from this blog

Derita sakit gigi.

:: perihal susu ::

Salam Terakhir ...