Dugaan Februari 2012.

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

Alkisahnya, Nawal mula demam pd 9/2, hari tu bdn dia dah panas, lps saya bg syrup panadol utk kanak2 tu, keesokkannya dia dah ok. si Ali plak demam 10hb, saya bwk gi klinik panel terus pg jumaat tu, amik ubat utk kedua-duanya sekali. dan saya tinggalkan mereka utk berkursus pd 11 dan 12 hb.

Nawal sembuh demam sepenuhnya 3 hari slps itu, tinggal batuk dan selsema sikit, dan Ali pulak demam on and off. pg dia ok, ptg demam. awal mlm ok, tgh mlm demam. mcm tu lah hari-hari. saya nak bwk pegi hospital pun, ada hari dia ok. bila saya tak nak bwk pi, dia demam panas. kdg2 cecah 39.5! mmg ubat bontot lah jwbnya.

 2 kali saya ke klinik panel, tak baik2, dan pada 23hb, saya ke klinik pakar kanak2. doc bg ubat antibiotik yg power sekali, mkn sehari sekali. Ali tu susah mkn ubat, bila masuk je muntah. saya tension stiap kali nak suap ubat, antara kesian dan terpaksa. kesian nak suap ubat,tp kita nak dia sembuh,maka terpaksa suap ubat. entahlah, ibu2 tentu faham perasaan ni. doc ckp, kalau dlm masa 4 hari demam dia tak baik, bwk lah pegi hosp,masuk ubat kot tgn. last choice. alahai,itulah kalau boleh saya nak elak. kesian Ali. cukuplah lepas lahir dulu tubuh kecilnya berselirat wayar masuk ubat, ni nak buat lg. mmg tak sampai hati..

25hb, ofis saya buat makan2, pra family day. saya mmg kalau boleh takmau bwk ali,tp nak tinggalkan kat siapa? tak pegi langsung, mcm tak best plak,sbb dah 3,4 org takleh p. kesian plak utk org2 yg dah berusaha utk menjayakan majlis tu. last minit, ma offer utk jaga ali, dia kata kesian ali nak berembun, beraircond kat tempat tu. alhamdulillah.lega rasanya. terima kasih ma.

nawal sgt happy mlm tu, berlari ke sana sini, kat luar berembun, kat dlm beraircond. saya tak sangka demamnya akan kembali. sbb dia nampak aktif mcm biasa, takda tanda2 nak demam ka apa.

1 Malaysia!!!
masa ni tak rasa plak badan dia panas ke apa.

dan  malam tu, dlm jam 11.30 mcm tu, nawal tidor dpn tv, saya tgk tv, tiba2 abg an ckp,""pasaipa nawal tu,mengigau ka, takkan mengigau sampai mcm tu kot?" saya tgk nawal, rupanya dia sedang mengigil, kakinya tertendang2, mulutnya terketar2. aaahhh sudahhhh..apa kena anak aku ni. saya tak pikir langsung itu sindrom tarik @ sawan. saya cepat2 peluk dia, tepuk2 belakang dia, kejutkan dia dr tidor. badan dia subhanallah, panas sgt time tu. cepat2 abg an tlg saya ambilkan ubat. saya kejutkan nawal suruh mkn ubat,mujur dia sedar. dia buat hal tak nak mkn ubat pulak. saya pujuk dia mcm2, sehingga saya kata, "nanti nawal baik, kita ajak ayah naik feri ok." lepas tu baru dia nak mkn ubat. dan kembali tidor. utk elakkan jangkit kat adik, ayah dia bwk dia tidor bilik asing, saya tidor dgn ali. sepanjang mlm nawal tak berapa lena, kdg2 menangis.

pg tu, 26hb. nawal bgn dgn ceria. offer diri nak mkn ubat. badan dia dah tak panas, ok je. dia terus tuntut dgn ayah dia nak naik feri. si Ali pun mcm ok, tak panas bdn dah. ag aleh pun tak sampai hati tgk anak asyik ckp nak naik feri,ok jomlah. saya cadangkan kita pegi balik pulau,lawat anak sedara saya si nadia di PLKN tu. kesian dia asyik ckp rindu kat Nawal dan Ali.
terubat rindu nadia boleh jumpa adik-adik sepupunya.

di Masjid Terapung. nawal dah merah2 muka dan bibirnya, tanda dia demam.

keluar rumah pun dah pukul 1, pegi ikut jambatan, sbb nak naik feri mcm panas je. sampai tempat nadia dah dekat 2.30. blk dr balik pulau jam 3, singgah masjid terapung di batu feringghi time asar. nawal jumpa playground kat situ, dah ajak main kat situ pulak. dekat pukul 5.30 baru balik, kul 6 naik feri. singgah kedai mamak abg leh lapaq nasik. nawal time ni tak nak mkn. bdn dia dah panas. saya tunggu sampai rumah je nak suap ubat. pukul 7, di lampu isyarat jln sungai dua, nawal elok je dok sembang2, siap nyanyi lagu nenek2 si bongkok tiga. lepas tu dia diam. saya tak perasan bila dia diam sbb saya sedang susukan ali kat depan. abg aleh jenguk belakang,nk tgk nawal buat apa sbb tiba2 diam kan. ingatkan nawal tidor ke.

rupanya nawal dah tertungging di celah seat belakang, mukanya ke bawah, abg leh tepuk2 dia suruh dia bgn tidor elok2 atas kerusi,tp dia tak sedar. takkan kejap je boleh tidor lena mcm tu??-pikir abg aleh. abg aleh terus tarik dia,tgk muka dia dah biru pucat,mata hitam naik atas, tgn genggam erat,kaki lurus kejang. lampu trafik masih merah masa tu, abg aleh tarik nawal duduk di ribaannya (seat driver) tepuk2 dia, saya pun tarik kaki tgn dia. suruh dia bgn. dia tak bergerak langsung! Ya Allah, paniknya masa tu Allah sj yg tahu. saya dan abg leh dah menangis. serius, kami menangis sbb takut dan panik. saya cabut ali yg sedang menyusu, menangislah si kecik tu. cuba ambik nawal dr pangkuan ayah dia sbb abg aleh nak ke kanan utk ke hospital sbrg jaya. kereta blkg mmg hon lah sbb kami di line kiri sekali, tiba2 nak ke kanan. mcmana kereta blkg tak marah? tp ini emergency, anak kami pengsan. dan kami takut sgt. laju2 abg aleh drive ke hospital, nawal sedar dan menangis 2 - 3 minit selepas tu. Ya Allah, lega rasanya tgk dia menangis. saya suruh dia menangis kuat2 lg, asalkan jgn pengsan.

sampai wad kecemasan dlm 7.30. jenuh saya nak cerita kat doc keadaan nawal. tp doc mmg nak tau detail, cara nawal pengsan tu pun depa nak tau detail. cara tgn kakinya, mulutnya. Ali masa ni dah start tak selesa, agaknya dia rimas asyik berdukung. badan dia pun dah start panas balik. dipendekkan crita, mlm tu nawal di wad, ditemani kakak ipar saya (kakak abg aleh), saya di rumah jg ali demam.

isnin 27/2, saya ambil cuti utk jg nawal di hosp. ali saya hantar ke nursery dgn demamnya yg masih bersisa. bila dlm wad, saya tgk ramai baby sebaya ali yg demam. dan saya terfikir utk bwk ali ke sisni jgk, semoga dia boleh dirawat dgn lebih baik. boleh masuk ubat dgn teratur. mmg sepanjang hari saya pikir tu. saya buat keputusan, kalau mlm ni ali demam lg, esok jgk saya bwk dia ke hospital. yg nawal pulak, dah baik demamnya, dan asyik melasak dlm wad. subhanallah, lega rasanya. Alhamdulillah. terima kasih Allah.

bangun tidor seronok tgk ummi ada, kesian sepanjang mlm asyik tanya ummi kat mak tam.


makan pun dah lalu. nasi habis setray, roti canai ayah beli pun licin.

kakak nawal yg ceria.

saya balik jam 9 mlm, kesian Ali dah merengek2 dgn tokmanya. Mak tam sekali lg teman kan nawal kat wad. mujur ada mak tam, terima kasih mak tam.

dan ali demam lg mlm tu, lebih hangat dr biasa.

selasa 28/ 2 ; saya bwk ali ke kecemasan dlm jam 10 pg, dekat pukul 12 baru bleh jumpa doc. dan mmg ali masa tu tgh panas. eloklah, doc check 39.7. masa yg tepat utk masuk wad. doc cucuk ubat kot bontot, dan bermulalah episod saya berkampung di wad. nawal plak dah sehat.

Ali admitted pukui 12.30, nawal discharged jam 3.30 ptg. merasalah 2 anak dlm wad yg sama selama 3 jam.


mlm pertama di wad, ali demam lg. dlm 38.5. sepanjang mlm merengek. kesian dia.

rabu 29/2 - ali nampak sihat sikit. tp masa nak suap ubat, subhanallah. susahnya. mujur ubat antibiotik masuk ikut tgn. dan knowing Ali, dia mmg kuat teriyak ok. kalau dia teriyak siap teran lg suara dia. mcm penyanyi rock tu. nyaring. mmg bergema suara dia dlm wad ni. setiap kali kena amik darah, cucuk jarum utk masuk ubat, utk amik suhu di telinga, stiap kali mkn ubat, maka nyaringlah suara dia menangis.

rabu mlm khamis, sekitar jam 4 pg, ali menangis kuat. mcm sakit sgt. tp taktau sakit tang mana. bdn tak panas, cuma 36.8. tp dia asyik menangis. serba tak kena. dia mengantuk,mata peham, tp menangis. saya dukung dia dr pukul 4 pg sampai 7 pg baru dia lelap. sakit bdn lenguh tgn Allah sj yg tahu. kalau kat rumah bolehlah bergilir dgn ayah dia. ni kat wad tanggunglah sorg2. saya risau kenapa dia menangis.

khamis 1/3 - pg tu slps ali bgn tidor sekitar jam 9, saya tgk telinga dia ada cecair meleleh byk. sy bgtau doc, dan ali direfer ke pakar telinga. dan itu simptom biasa kalau budak selsema dan batuk. mmg akan ada kesan utk gegendang telinga dia sbb saluran antara hidung dan telinga tu dekat sgt,mmg akan ada kesan. dan itu biasa. lega dengar doc ckp. rupanya, masa ali menangis teruk pg td, masa tu gegendang telinga dia tgh membengkak, dan tunggu masa utk cecair tu pecah. so bila cecair tu dah pecah. ali akan rasa lega dan tak sakit dah. sbb tu pukul 7 dia dah tak menangis dan boleh tidor nyenyak. kesian Ali, mesti sakit gila dlm telinga dia masa tu, tp apalah daya budak sekecil dia,menangis je lah yg dia tahu.

hari ni ali dah baik demam, doc dah tak bg ubat demam, cuma teruskan dgn antibiotik, yg sedia maklum, kena yg paling power punya.
ali baru nak tumbuh gigi bawah, sebatang.

jumaat 2/3 - saya tanya doc, samada kami boleh blk hari ni, doc ckp bergantung pd doc telinga ckp camna. dan ali mesti habiskan antibiotik sampai hari selasa, biar cukup seminggu. so saya ok je lah. blk mkn ubat kat rumah, tambah2 jarum kat tgn ali tu bengkok plak,patutlah dia menangis sakan bila masuk ubat semalam, sakit agaknya. 



pukui 6 ptg, kami discharged. alhamdulillah. ali dah sembuh. saya dah penat dan letih dok wad.

hampir seminggu berkepit dgn Ali siang malam, tiba masa utk berpisah, berat hati sgt. dia pulak manja lebih, nak drive pun susah sbb dia taknak dok dlm car seat. bila saya tinggal, dia akan meraung2 mcm sakit je, bila saya ambik, terus diam dan sengih2. nampak permainan budak manja di situ? mmg menggeramkan. 

kalau tahun lps, nawal masuk wad sbb keracunan, tahun ni, dua2 masuk wad sbb demam. semoga sembuh anak2, ummi syg kalian. nawal tu kalau demam mmg kena hati2 sbb ada simptom tarik @ sawan. dan itu sgt menakutkan.

adei penat menaip. dan ini sbg rujukan masa depan. huhuhu

Comments

shaliza said…
alhamdulillah...risau kalau sampai kena sawan macam tu kan...
ak yuyunz said…
dugaan betul.. nampak awak tabah sgt. sy anak demam biasa pun dah menggelabah takut2.. semoga nawal dan ali sihat dan pulih spt biasa.. anyway, salam kenal.. =)
RieNa said…
shaliza : betul, x sangka nak kena mcm tu. takpalah, kena lebih waspada lepas ni.

yuyunz : amin, terima kasih sudi ziarah. salam kenal~!
Takutnya bila nawal dah kena simptom sawan tu..lps ni mmg kena jaga2, takut berulang lagi.Alhamdulillah, semua dah kembali shat...:)

Popular posts from this blog

Derita sakit gigi.

:: perihal susu ::

Salam Terakhir ...