Tuesday, 27 March 2012

Tips Jimat

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...





 untuk panduan diri sendiri. semoga beri kebaikan untuk org lain jugak. amin.

Monday, 26 March 2012

Gila kek.

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

saya suka kek. mmg dr kecik sampai besaq saya mmg suka kek. kalau ada org offer kek mmg saya tak tolak. kalau dulu kek span tu saya belasah, skrg dah besar update skit lah. kurang2 pun mkn chocolate indulgence. hehehe berlagak tak ingat..

hari ni pertama kali dlm hidup, saya cuba mkn kek red velvet. kawan saya C-Fah buat. terer betui dia. dah la lawyer, rajin sungguh dia bakaq2 kek ni. 

red velvet cupcakes sebelum topping dgn cream cheese.
selepas. sedap sgt. RM3.50 sebiji.

harga dia mmg agak mahal sbb bahan2 dia mahal. lg pun guna bahan berkualiti utk menjamin kesedapan dia.
selain dr cupcakes ni, saya pernah order fruit tart dan cheese tart dgn C-fah.

fuhh, cheese tart mmg mabeles. abg aleh pun puji sedap.

beberapa minggu sebelum ni saya mkn kek chocolate cheese, done by kak ita opismate saya. kak ita ni mmg pembuat kek utama di opis kami. asal ada majlis apa2 yg perlukan kek, mmg kami tuju kat dia lah. alhamdulillah, setakat ni kek kak ita buat sentiasa memuaskan hati. mmg sedap.

chocolate cheese cake by kak ita @ aizaph bakery
chocolate cheese cake utk family day library hari tu.

kak ita pun buat tart, cream puff jugak. agaknya kalau org buat kek, mesti pandai buat yg lain2 jgk. hari ni saya order lg kek ni utk anak sedara saya, naja. tp yg kecik punya lah, 500gram. yg besaq tak mampu, tunggu birthday sapa2 nanti kita order.

masa majlis pertunangan adik saya,hidayah hari tu, saya tak sempat nak order kat k ita atau c-fah, sebab nak amik jauh. majlis hari ahad. mmg tak jumpa kat opis. jadi saya try order dgn Ibtisam @ Lady of cupcakes, sbb boleh amik kat opis saya sj. senang crita.

cantik kan? choc moist. walaupun saya order utk hantaran, tp ibtisam bg extra 2 cuppies utk saya rasa. sedap. kira tak sia2 lah cubaan saya order. hehehe bolehlah order lg.

masa kat wad ali sakit baru2 ni, adik katil sebelah bg namecard dia, pun buat kek jugak. hehe

ramai org disekeliling saya pandai buat kek, dan ambil tempahan kek. kalau nak order tu bila2 masa saja. senang.

dan muncul 1 soalan cepumas dr suami saya," ayg tak mau blajaq buat kek ka? kata suka mkn kek." hihihi tersipu2 bini dia..

betullah, dok order dgn org ja. kalau pandai buat sendiri takyah dok order dah,buat sendiri saja. hehehe
hmm..nak simpan duit, nak beli oven. muahahahahaha!

 
beli kek hadiah utk sendiri, mengidam cheese cake masa pregnantkan ali. @ Nash Donuts, Bandar Perda.

Friday, 23 March 2012

Ali 8 Bulan

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...



Ali Nufail sudah 8 bulan 1 minggu 5 hari. pantas betul masa berlalu. dilahirkan dgn berat 3.4 kg, keluar ICU dgn berat 3 kg.  Umor 7 bulan berat 7.3 kg, demam selama 18 hari berat tinggal 7 kg. keluar wad pd 2 mac, seminggu selepas tu berat naik 7.6 kg dan hari ni genap 3 minggu slps keluar wad, berat Ali sudah mencecah 8.5 kg. Ini mengharukan ummi. Alhamdulillah! 

Ali sihat, cuma ada batuk2 sikit, kedengaran mcm ada bunyi kahak. jd ali kena pantang mandi air sejuk. walaupun pada tgh hari dan cuaca panas, ali masih kena mandi air suam. kurang menyusu pd waktu siang sbb ummi takda, minum pakai botol je, (paling ali tak suka) 2oz x 4 botol pun kdg2 tak habis. byk minum air masak masa mkn saja. tp waktu mlm tak berenggang dgn ummi, menyusu kerap sampai ke pg. makan berselera. mujurlah. alhamdulillah. 

Ali baru ada sebatang gigi, tak nampak lg bakal 'menimang' gigi yg ke dua. tp dgn sebatang tu pun kdg2 buat ummi terjerit jgk bila dia menyusu. dilema biasa ibu bila breastfeed. sabar sajalah. Ali baru belajar angkat punggung utk merangkak. belum boleh merangkak sepenuhnya lg. memanjat pun masih belajar sikit2. ummi ada beli walker utk ali, tp ali mcm tak suka duduk dlm tu. kulit ali sedikit sensitif, muka dia tak boleh pkai bedak johnson yg warna pink tu, nanti naik ruam. boleh pakai yg putih biasa sj. pantang kena gigit nyamuk @ semut, terus naik parut hitam. kesian anak ummi. tp mujurlah dia tak kena ruam lampin, serasi dgn diapers tu agaknya.

hmm..apa lg nak cerita pasal ali. oh ya, dia suka menyakat kakak. suka tarik rambut kakak, suka tarik hidung kakak. suka tampar2 pipi kakak. kesian kakak selalu kena buli dgn ali. tp kakak baik, dia tak buat adik, habis2 pun nanti kakak nawal ckp," adik,jgnlah buat nawal..nawal sakit.." selalu pesan dgn dia ckp 'kakak' bkn nawal. belum biasa agaknya. bila ingat je dia sebut kakak, bila tak ditegur dia bahasakan nawal je dgn adik dia. boleh nampak ciri2 seorg kakak pd nawal, rajin tolong ummi, pandai jaga adik, byk beralah dgn adik. byk memberi pd adik berbanding dia sendiri. tak suka bergaduh dgn adik. pantang sapa2 usik nak ambik adik, dia lah yg awal2 lg membantah. moga dia boleh jd kakak yg baik utk adik2 dia. amin.

ahmm.. tu je kot buat masa ni. tak ingat dah nak crita apa lg. nawal la ni kacau umi.(dia ikut ummi mai keja shift ptg hari ni.) dok sibuk suruh ummi nyanyi lagu 'tunken tunken lili ta". hahaha!

oklah, daaaaa~!

Wednesday, 21 March 2012

runsing.

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

sejak keluar wad 2 Mac lalu, Ali dijaga sepenuhnya oleh ibu saya aka Tok Ma. saya sebenarnya berat hati nak bg ma jaga ali, bkn sbb tak suka, tp saya tak nak susahkan ma. cukuplah ma berpenat lelah jaga saya, ni nak jaga cucu pulak. mmg rasa tak gamak. tp siapa yg tak suka kalau anak  dijaga oleh neneknya? mmg ma jaga sgt terbaiklah. lagi baik dr saya jaga sendiri. haha!

ma sukarelahati nak jaga ali sbb kesihatan ali. ma takmau ali ke nursery lg sbb nak pastikan dia betul2 sembuh. nursery kan ramai budak. risau jugak ali menjangkiti budak lain atau budak lain menjangkiti ali. mana-mana lah. sbb tu biarlah ali dlm jagaan ma dulu sementara dia betul2 sembuh dan antibodi kuat sikit. kalau ma takda hal di kedai jahitnya, ma akan jaga di rumah. tp kalau ada org yg belajar menjahit, ma nak siapkan tempahan baju org, ma akan bwk ali ke kedai jahit ma. mmg jenuh berperang dgn ali yg lasak tu..

tp itu semua sementara saja. sampai masanya ali akan kembali ke nursery..

malangnya, tempat ali di nursery telah diambil alih oleh baby lain~!!! oh tidakkkk... maka nursery tu tak mampu nak tempatkan ali lg sbb dah cukup kuota..aduhai nasib..

so,mcm mana? ma sebuk bila menjelang bln april, sbb anak tiri dia nak kawin. ma dgn pakcik akan sebuk menjemput dan urusan2 sampingan lain. jd, saya nak tuju ke mana?

antara pilihan2 yg saya ada :
1. cari nurseri lain.
2. cari pengasuh lain.
3. abg leh jaga sendri. (ini pilihan mmg tak leh pakai.huhuhuhu)

so, helppppppp...mana nak cari pengasuh ali ni....!!!!!!!!

cpt sembuh mak tam..

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

last week, ditakdirkan mak sedara nawal @ kakak abg aleh @ mak tam nawal dimasukkan ke wad kerana ada ketumbuhan di badan due to diabetis. so kena operate buang benda yg mcm bisul tp bukan bisul tu. kasihan mak tam. skrg mak tam dah tak boleh bergerak sgt. kena rehat kat rumah sj. setiap hari adik bongsunya @ suami saya akan bwk dia ke klinik utk cuci luka bekas operate tersebut. mak tam ada suami, tp pak tam tak mampu nak bawa dia ke sana kemari. sblm ni pun mak tam byk bergerak sendri, bwk motor sendri. selalu bwk mak pegi mengaji, kenduri, ziarah org sakit. bla bla bla. kiranya selain abg leh dan saya, mak tam ialah driver mak yg ke dua.

skrg bila mak tam tak sihat. mak seolah2 mcm patah kaki. kesian mak. siapa lg dia nak harap kalau abg leh dan saya keluar bekerja?
kasihan mak tam, mujur juga pija, anak tiri nya rajin menjaga dan merawatnya.semoga Allah cpt sembuhkan mak tam, dan kembali sihat spt sediakala.

mak tam ni tidak dikurniakan anak sendiri, jd dia curahkan kasih syg dia pd anak2 tiri (umo 27 dan 24 thn,agak2 la) dan anak2 saudaranya. mmg dia syg sungguh kat anak2 sedara dia. selalu dia akan dtg rumah kami dan bwk ole2 utk nawal dan ali. nawal pun akan terloncat2 kalau nampak mak tam datang sbb dia tahu dlm bakul moto mak tam mesti ada jajan yg dia suka. kdg2 bila kami sampai di rumah, mak tam dah sedia menanti di rumah mak. (rumah kami kan sebelah rumah mak).

tp dah hampir 2 minggu keadaan tu tidak berlaku...

dan ptg semalam, ketika kereta hampir sampai ke rumah,
 nawal ckp," umi, mak tam mai!"
mana? takda lah nawal. mak tam tak mai pun.
"hmm..nawal silap. mak tam sakit. mak tam takleh mai main dgn nawal dah. sian mak tam.."


mata saya rasa basah tiba-tiba.


setiap org adalah berbeza dugaannya. dan setiap dugaan dan cubaan adalah tanda Allah syg. semoga Mak Tam terus tabah dan cepat sembuh. amin.

Wednesday, 14 March 2012

Rabu Kurang Kata

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

instead of Wordless Wednesday. pencinta bahasa melayu lah katakan. hahaha!

mcm kembar kan? tp i comel skit kot. hahaha

Monday, 12 March 2012

Mommy's little alarm clock.

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...


mmg Ali ibarat alarm clok utk saya. paling lewat dia bangun pukul 7. tp biasanya pukul 6-6.30 dia dah huk hek huk hek. eh sbnrnya pukul 5 dia dah bgn, tp saya yg malas bgn lg. jd pujuk2 dia suruh tido lg, sambil menyusu lah. kalau takde ubat tuh tak jadi jgk.

skrg perangai dia 'yg tak boleh kehilangan saya' semakin parah. asal saya tinggal dia kejap mesti dia melalak sakan. mmg jenuh. tp apakan daya, mmg kdg2 trpaksa pekakkan telinga bila dia menangis. sbb dia bkn apa2pun, dia cuma mahu saya. bila saya pegang, senyaplah dia. bleh pulak main elok2.


hi kakak nawal~! kakak nawal pun kdg2 cerewet jgk. nak susu ummi buat, nak ummi bg mandi. nak ummi suap nasik. semua nak ummi. maka tambah kalutlah ummi.


bila dia tidor, lega rasanya. tp kena hati2, tak bleh bising2, ckp kena pelan2. nanti kalau dia terjaga, punah harapan.

 kakak nawal bila ramai org, dia ok. takdelah nak bergantung kat ummi je.

ali, masa ni pun nak nangis dah, sbb ummi lepas dia.


 bila ummi cuba bangun, apatah lg bila disakat mkndak. lagilah dia meraung.

dengan tokma dia ok skit, tp bila ummi takde. baru dia ok. jd tokma plak takleh tinggal dia, nanti dia meraung jgk.

 tgk, muka ada manis sikit bila dgn ummi.


oh, gambar di ambil sekitar majlis pertunangan adik saya Hidayah, di rumah arwah ayah, Kubang Ulu.



semoga kalian diberkati Allah dan dihimpunkan kalian dalam kebaikan dah rahmatNya. amin.


Tahniah Hidayah dan Hafizudin!

Thursday, 8 March 2012

Dugaan Februari 2012.

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

Alkisahnya, Nawal mula demam pd 9/2, hari tu bdn dia dah panas, lps saya bg syrup panadol utk kanak2 tu, keesokkannya dia dah ok. si Ali plak demam 10hb, saya bwk gi klinik panel terus pg jumaat tu, amik ubat utk kedua-duanya sekali. dan saya tinggalkan mereka utk berkursus pd 11 dan 12 hb.

Nawal sembuh demam sepenuhnya 3 hari slps itu, tinggal batuk dan selsema sikit, dan Ali pulak demam on and off. pg dia ok, ptg demam. awal mlm ok, tgh mlm demam. mcm tu lah hari-hari. saya nak bwk pegi hospital pun, ada hari dia ok. bila saya tak nak bwk pi, dia demam panas. kdg2 cecah 39.5! mmg ubat bontot lah jwbnya.

 2 kali saya ke klinik panel, tak baik2, dan pada 23hb, saya ke klinik pakar kanak2. doc bg ubat antibiotik yg power sekali, mkn sehari sekali. Ali tu susah mkn ubat, bila masuk je muntah. saya tension stiap kali nak suap ubat, antara kesian dan terpaksa. kesian nak suap ubat,tp kita nak dia sembuh,maka terpaksa suap ubat. entahlah, ibu2 tentu faham perasaan ni. doc ckp, kalau dlm masa 4 hari demam dia tak baik, bwk lah pegi hosp,masuk ubat kot tgn. last choice. alahai,itulah kalau boleh saya nak elak. kesian Ali. cukuplah lepas lahir dulu tubuh kecilnya berselirat wayar masuk ubat, ni nak buat lg. mmg tak sampai hati..

25hb, ofis saya buat makan2, pra family day. saya mmg kalau boleh takmau bwk ali,tp nak tinggalkan kat siapa? tak pegi langsung, mcm tak best plak,sbb dah 3,4 org takleh p. kesian plak utk org2 yg dah berusaha utk menjayakan majlis tu. last minit, ma offer utk jaga ali, dia kata kesian ali nak berembun, beraircond kat tempat tu. alhamdulillah.lega rasanya. terima kasih ma.

nawal sgt happy mlm tu, berlari ke sana sini, kat luar berembun, kat dlm beraircond. saya tak sangka demamnya akan kembali. sbb dia nampak aktif mcm biasa, takda tanda2 nak demam ka apa.

1 Malaysia!!!
masa ni tak rasa plak badan dia panas ke apa.

dan  malam tu, dlm jam 11.30 mcm tu, nawal tidor dpn tv, saya tgk tv, tiba2 abg an ckp,""pasaipa nawal tu,mengigau ka, takkan mengigau sampai mcm tu kot?" saya tgk nawal, rupanya dia sedang mengigil, kakinya tertendang2, mulutnya terketar2. aaahhh sudahhhh..apa kena anak aku ni. saya tak pikir langsung itu sindrom tarik @ sawan. saya cepat2 peluk dia, tepuk2 belakang dia, kejutkan dia dr tidor. badan dia subhanallah, panas sgt time tu. cepat2 abg an tlg saya ambilkan ubat. saya kejutkan nawal suruh mkn ubat,mujur dia sedar. dia buat hal tak nak mkn ubat pulak. saya pujuk dia mcm2, sehingga saya kata, "nanti nawal baik, kita ajak ayah naik feri ok." lepas tu baru dia nak mkn ubat. dan kembali tidor. utk elakkan jangkit kat adik, ayah dia bwk dia tidor bilik asing, saya tidor dgn ali. sepanjang mlm nawal tak berapa lena, kdg2 menangis.

pg tu, 26hb. nawal bgn dgn ceria. offer diri nak mkn ubat. badan dia dah tak panas, ok je. dia terus tuntut dgn ayah dia nak naik feri. si Ali pun mcm ok, tak panas bdn dah. ag aleh pun tak sampai hati tgk anak asyik ckp nak naik feri,ok jomlah. saya cadangkan kita pegi balik pulau,lawat anak sedara saya si nadia di PLKN tu. kesian dia asyik ckp rindu kat Nawal dan Ali.
terubat rindu nadia boleh jumpa adik-adik sepupunya.

di Masjid Terapung. nawal dah merah2 muka dan bibirnya, tanda dia demam.

keluar rumah pun dah pukul 1, pegi ikut jambatan, sbb nak naik feri mcm panas je. sampai tempat nadia dah dekat 2.30. blk dr balik pulau jam 3, singgah masjid terapung di batu feringghi time asar. nawal jumpa playground kat situ, dah ajak main kat situ pulak. dekat pukul 5.30 baru balik, kul 6 naik feri. singgah kedai mamak abg leh lapaq nasik. nawal time ni tak nak mkn. bdn dia dah panas. saya tunggu sampai rumah je nak suap ubat. pukul 7, di lampu isyarat jln sungai dua, nawal elok je dok sembang2, siap nyanyi lagu nenek2 si bongkok tiga. lepas tu dia diam. saya tak perasan bila dia diam sbb saya sedang susukan ali kat depan. abg aleh jenguk belakang,nk tgk nawal buat apa sbb tiba2 diam kan. ingatkan nawal tidor ke.

rupanya nawal dah tertungging di celah seat belakang, mukanya ke bawah, abg leh tepuk2 dia suruh dia bgn tidor elok2 atas kerusi,tp dia tak sedar. takkan kejap je boleh tidor lena mcm tu??-pikir abg aleh. abg aleh terus tarik dia,tgk muka dia dah biru pucat,mata hitam naik atas, tgn genggam erat,kaki lurus kejang. lampu trafik masih merah masa tu, abg aleh tarik nawal duduk di ribaannya (seat driver) tepuk2 dia, saya pun tarik kaki tgn dia. suruh dia bgn. dia tak bergerak langsung! Ya Allah, paniknya masa tu Allah sj yg tahu. saya dan abg leh dah menangis. serius, kami menangis sbb takut dan panik. saya cabut ali yg sedang menyusu, menangislah si kecik tu. cuba ambik nawal dr pangkuan ayah dia sbb abg aleh nak ke kanan utk ke hospital sbrg jaya. kereta blkg mmg hon lah sbb kami di line kiri sekali, tiba2 nak ke kanan. mcmana kereta blkg tak marah? tp ini emergency, anak kami pengsan. dan kami takut sgt. laju2 abg aleh drive ke hospital, nawal sedar dan menangis 2 - 3 minit selepas tu. Ya Allah, lega rasanya tgk dia menangis. saya suruh dia menangis kuat2 lg, asalkan jgn pengsan.

sampai wad kecemasan dlm 7.30. jenuh saya nak cerita kat doc keadaan nawal. tp doc mmg nak tau detail, cara nawal pengsan tu pun depa nak tau detail. cara tgn kakinya, mulutnya. Ali masa ni dah start tak selesa, agaknya dia rimas asyik berdukung. badan dia pun dah start panas balik. dipendekkan crita, mlm tu nawal di wad, ditemani kakak ipar saya (kakak abg aleh), saya di rumah jg ali demam.

isnin 27/2, saya ambil cuti utk jg nawal di hosp. ali saya hantar ke nursery dgn demamnya yg masih bersisa. bila dlm wad, saya tgk ramai baby sebaya ali yg demam. dan saya terfikir utk bwk ali ke sisni jgk, semoga dia boleh dirawat dgn lebih baik. boleh masuk ubat dgn teratur. mmg sepanjang hari saya pikir tu. saya buat keputusan, kalau mlm ni ali demam lg, esok jgk saya bwk dia ke hospital. yg nawal pulak, dah baik demamnya, dan asyik melasak dlm wad. subhanallah, lega rasanya. Alhamdulillah. terima kasih Allah.

bangun tidor seronok tgk ummi ada, kesian sepanjang mlm asyik tanya ummi kat mak tam.


makan pun dah lalu. nasi habis setray, roti canai ayah beli pun licin.

kakak nawal yg ceria.

saya balik jam 9 mlm, kesian Ali dah merengek2 dgn tokmanya. Mak tam sekali lg teman kan nawal kat wad. mujur ada mak tam, terima kasih mak tam.

dan ali demam lg mlm tu, lebih hangat dr biasa.

selasa 28/ 2 ; saya bwk ali ke kecemasan dlm jam 10 pg, dekat pukul 12 baru bleh jumpa doc. dan mmg ali masa tu tgh panas. eloklah, doc check 39.7. masa yg tepat utk masuk wad. doc cucuk ubat kot bontot, dan bermulalah episod saya berkampung di wad. nawal plak dah sehat.

Ali admitted pukui 12.30, nawal discharged jam 3.30 ptg. merasalah 2 anak dlm wad yg sama selama 3 jam.


mlm pertama di wad, ali demam lg. dlm 38.5. sepanjang mlm merengek. kesian dia.

rabu 29/2 - ali nampak sihat sikit. tp masa nak suap ubat, subhanallah. susahnya. mujur ubat antibiotik masuk ikut tgn. dan knowing Ali, dia mmg kuat teriyak ok. kalau dia teriyak siap teran lg suara dia. mcm penyanyi rock tu. nyaring. mmg bergema suara dia dlm wad ni. setiap kali kena amik darah, cucuk jarum utk masuk ubat, utk amik suhu di telinga, stiap kali mkn ubat, maka nyaringlah suara dia menangis.

rabu mlm khamis, sekitar jam 4 pg, ali menangis kuat. mcm sakit sgt. tp taktau sakit tang mana. bdn tak panas, cuma 36.8. tp dia asyik menangis. serba tak kena. dia mengantuk,mata peham, tp menangis. saya dukung dia dr pukul 4 pg sampai 7 pg baru dia lelap. sakit bdn lenguh tgn Allah sj yg tahu. kalau kat rumah bolehlah bergilir dgn ayah dia. ni kat wad tanggunglah sorg2. saya risau kenapa dia menangis.

khamis 1/3 - pg tu slps ali bgn tidor sekitar jam 9, saya tgk telinga dia ada cecair meleleh byk. sy bgtau doc, dan ali direfer ke pakar telinga. dan itu simptom biasa kalau budak selsema dan batuk. mmg akan ada kesan utk gegendang telinga dia sbb saluran antara hidung dan telinga tu dekat sgt,mmg akan ada kesan. dan itu biasa. lega dengar doc ckp. rupanya, masa ali menangis teruk pg td, masa tu gegendang telinga dia tgh membengkak, dan tunggu masa utk cecair tu pecah. so bila cecair tu dah pecah. ali akan rasa lega dan tak sakit dah. sbb tu pukul 7 dia dah tak menangis dan boleh tidor nyenyak. kesian Ali, mesti sakit gila dlm telinga dia masa tu, tp apalah daya budak sekecil dia,menangis je lah yg dia tahu.

hari ni ali dah baik demam, doc dah tak bg ubat demam, cuma teruskan dgn antibiotik, yg sedia maklum, kena yg paling power punya.
ali baru nak tumbuh gigi bawah, sebatang.

jumaat 2/3 - saya tanya doc, samada kami boleh blk hari ni, doc ckp bergantung pd doc telinga ckp camna. dan ali mesti habiskan antibiotik sampai hari selasa, biar cukup seminggu. so saya ok je lah. blk mkn ubat kat rumah, tambah2 jarum kat tgn ali tu bengkok plak,patutlah dia menangis sakan bila masuk ubat semalam, sakit agaknya. 



pukui 6 ptg, kami discharged. alhamdulillah. ali dah sembuh. saya dah penat dan letih dok wad.

hampir seminggu berkepit dgn Ali siang malam, tiba masa utk berpisah, berat hati sgt. dia pulak manja lebih, nak drive pun susah sbb dia taknak dok dlm car seat. bila saya tinggal, dia akan meraung2 mcm sakit je, bila saya ambik, terus diam dan sengih2. nampak permainan budak manja di situ? mmg menggeramkan. 

kalau tahun lps, nawal masuk wad sbb keracunan, tahun ni, dua2 masuk wad sbb demam. semoga sembuh anak2, ummi syg kalian. nawal tu kalau demam mmg kena hati2 sbb ada simptom tarik @ sawan. dan itu sgt menakutkan.

adei penat menaip. dan ini sbg rujukan masa depan. huhuhu

Langkawi 2017

Bulan 7, lps raya hari tu. Saya rasa nakk sgt p bercuti. Saya sorg. Tanpa anak2. Tp takkan bolehlaa nak tinggal anis nuha, sbb masih menyusu...