cerita hari ini.

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

siksa betul kalau tertinggal pam di rumah. sementara nak tunggu abg aleh hantar, tension jadinya. jam dah pukul 10, dah rasa tak sedap hati sbb tak pam lg. buat kerja pun rasa tak seronok. asyik teringatkan yg tanggunjwb yg 1 itu tak selesai lg. masuk pukul 11 pg dah rasa 'berat' semacam. haih,mana abg aleh tak sampai lg ni..buat apa pun tak jd dah. perut lapar pun tak rasa nak mkn. penangan ibu menyusu/mengepam mcm ni lah.

abg aleh sampai, terus amik brg,ucap terima kasih, tata i lap u laju je menonong masuk opis. perut lapar ni,kena mkn dulu. mkn laju2, nasik pun tak habis sbb rasa takde selera dah. tgn menggeletar dah ni pasang alat2 nak mengepam. bila mula susu di perah, rasa 'lega' dan tension pun hilang. pheww~!!

adei..lain kali jgnlah buat mcm ni lg. tertinggal/terlupa alatan mengepam. stress i!

oh ya, hari ni  11012012 - Ali is 6 months! (selain Siti Nurhaliza dah 33 tahun..hehe)
Alhamdulillah, syukur pd Mu Ya Allah, kerana beri kesihatan,kesembuhan pd Ali Nufail. Pinjamkanlah dia pd kami selama mungkin. amin amin amin.

Ali sudah boleh bergolek2. dekat 6 bulan baru mahir meniarap. kelakar ali ni. takpe,better late than never. berdiri pun dah kuat, melompat2. kalau pegang dia mcm tak lekat dah. lasak. aktif. sihat.

cuma 1 yg saya musykil. dia minum susu tak byk. saya hantar 10oz je ke nursery. itu pun dah cukup. kekadang je ali minum lebih (top-up dgn fm). tp biasanya cukup2. saya plak tak mampu nk supply lebih, biasa byk tu saya dpt utk 3x pam di ofis. kdg2 je dpt 12oz-15 oz. tp jarang2.  kalau hari cuti, dia df dgn saya pun kejap2 je, tp kerap. sekali minum tak sampai 10 minit pun. lps tu dia sambung main atau tidor terus. tp kalau waktu mlm, mmg nak 'melekat' je. tercabut skit mulalah berbunyi. saya rasa waktu mlm je kot dia minum byk. sampai saya nak buat 'power pumping' pun tak sempat.

hasil 'tenusu' dan spectra 3 yg berjasa.

tp berat dia ok, 7.2kg skrg. takdelah debab sgt, dan takdelah slim sgt. sedang2 je, cuma sbb dia baby boy, so nampak mcm dia chubby skit. jd saya tak tension dgn 'hasil tenusu' saya yg tak meriah mcm ibu2 lain yg penuh peti. saya yakin yg susu saya mmg cukup utk ali. hari saya dpt skit, skitlah ali minum. hari saya dpt byk,byklah ali minum. saya percaya ini adalah rezeki yg Allah takdirkan utk kami. tambah2 Ali dah mula mkn sejak 2 minggu lps,  mungkin dia tak minum susu dgn kadar yg banyak. just nice kata omputih. cuma saya perlu terus mengepam utk memastikan 'pengeluaran' susu adalah stabil. ceh, cara cerita mcm produk kilang pulak.

apa-apapun, nikmat menyusukan anak adalah pengalaman termahal dlm hidup seorang ibu. jd tak mustahil ada ibu2 yg rindu utk hamil semula sbb nak menyusu anak. kan kan kan??? hehehehe

entry tamat dgn tiba2.
ibu beranak 2.

Comments

MyzwaR said…
tgk gmbq tu mcm beranak 3 ja.. haaha..

balik kpd isu pokok (mcm serius ja bunyinya).. Alhamdulillah berkat susu ibu yg Allah kurniakan Ali terus sihat.. dunt worry, Adib pun mcm tu dulu.. minum susu x bnyk.. tu badan dia maintain kiut mcm walid dia.. (sila serius)

dan begitulah nikmat dpt menyusukn anak dan kesempatan yg Allah kurniakan.. tak semua ibu2 merasa nikmat itu... Syukur ALhamdulillah.. :))
RieNa said…
Alhamdulillah.
aku harap ali pun maintain kiut mcm ummi dia jgk. (serius sgt nih. ) hahahaha
shaliza said…
ok je tu...budak minum susu ibu mmg macam tu...sb susu ibu tu mengenyangkan...dah 6bln pun dah syukurkan?Teruskan lah selama yang mungkin.
RieNa said…
alhamdulillah, berjaya cecah 6 bln. dan akan teruskan sampai 2 tahun, insyaAllah. betullah, kalau kita betul2 nak, Allah akan tlg. jgn cari alasan,tp cari jln. kkekeke
naemmah said…
dah setahun lebih entry ang ni rina..aku baru nak komen..heheh..betul2x..Alhamdulillah di atas kesempatan yang Allah berikan kepada kita untuk menyusukan anak..semoga niat aku juga akan terus dipermudahkan oleh Allah untuk terus nyusukan anas..
RieNa said…
laa naimah! mcmana boleh jumpa blog ni..?? hehe slmt menyusu anas!

Popular posts from this blog

Derita sakit gigi.

:: perihal susu ::

Salam Terakhir ...