menyelam sambil minum.

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

terus terang ckp, saya adalah seorang yg tak pandai buat byk kerja dlm 1 masa.
biasanya saya kena selesaikan satu persatu. siap 1 baru start buat 1 yg lain.
kalau saya buat 2,3 kerja serentak, saya akan stress.
dah byk kali cuba, biasanya result salah satu kerja akan tidak cemerlang.

sbg contoh :
belajar disamping itu bercinta.

sungguh yg ni saya fail.
masa sekolah saya berjaya tolak percintaan, dan saya berjaya dlm pelajaran.
masa universiti saya tak berjaya tolak percintaan, maka saya tak berapa cemerlang dlm pelajaran.

kalau ada yg berjaya buat kedua-duanya, mmg saya respek lah (wpun sbnrnya saya lebih respek org yg berjaya dlm pelajaran tanpa perlu bercinta sbb dia berjaya menolak godaan syaitan.)

Ma pernah berpesan, masa saya tingkatan 3 dulu, masa tu saya bgtau ma ada seseorg nak berkawan dgn saya. ma ckp, "ma tak mau ina menyelam sambil minum air, ma takut ina lemas." terima kasih ma atas nasihat itu. sampainya skrg saya tak biasa dan tak pandai ''menyelam sambil minum air" sbb saya takut lemas.

nak buat kerja memasak sambil membasuh kain pun saya failed. saya akan jd kelam kabut dan akhirnya saya penat termengah-mengah dan stress.

tapi skrg, saya nak cuba buat sesuatu. 2 kerja dlm 1 masa. saya nak cabar diri saya sendiri. walaupun pd mulanya saya tak yakin saya boleh buat, tp atas dorongan kuat dr suami dan keluarga, saya pasti boleh buat.

borang dah pos td.
kita tunggu keputusannya bulan Februari nanti.

semoga Allah SWT permudahkan usaha saya ini. Amin!

Comments

Popular posts from this blog

Derita sakit gigi.

Salam Terakhir ...

:: perihal susu ::