Calon Menantu..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

Ptg td, waktu rehat shift ptg, saya dgn kak ita keluar mkn kat foodcourt Taman Pauh. saya order nasi goreng ikan masin + telor mata dan jus epal dan k ita mkn nasi goreng ikan bilis dan ais kacang. *perlu ke mention menu order? haha tak peduli lah.

6.45 pm.
meja depan kami ada 5 org remaja lelaki, saya agak dlm awal 20-an, tgk muka mcm pernah tgk. agaknya bdk uitm sini jgk. nampaknya makcik ambik order sibuk mencatat order dr adik2 nih.tak lama kemudian, sampai lg 5 org kawan2 mereka. *apsal baku sgt ayat aku nih?

saya tgk 8 dr 10 remaja lelaki tu order air kosong. bkn ais kosong. air kosong,mungkin air suam. sorang order air bandung, sorang lg ais kacang. lps tu terdengar azan maghrib. lps tu semua adik2 tu baca doa. lps tu baru minum. saya agak mereka berpuasa. *kan hari ni dan esok sunat puasa 10 muharam. tambahan hari ni isnin.

lps tu order sampai. yg saya nampak, nasi putih + sup kosong + telor dadar. ada 5 pinggan menu yg sama. mungkin yg lain2 order menu lain dan tak siap lg. saya rasa terharu. kesian lah pulak. berbuka puasa dgn air suam, nasi putih,telor dadar dan sup kosong. isk, kalaulah saya ada duit lebih masa tu, nak je saya belanja adik2 ni makan.

saya terus perhatikan gelagat adik2 ni. dlm hati bersyukur, masih ada anak2 muda yg nak puasa sunat. berbuka ramai2. seronok tgk.

ok,masa dah cukup, saya kena kembali ke library. masa lps bayar,seorg dr adik2 td bg salam pd saya, "assalamualaikum puan.." saya jawab salam dan bertanya,"puasa ye?" mereka angguk dan senyum. dlm hati saya,"barakallah adik2, moga Allah merahmati kalian."

itu adalah antara ciri2 calon menantu yg kita cari. :)

Comments

mr engineer said…
alhamdulillah....hg nak buat menantu ke
kinna said…
awat tak amek contact no? sy nak book dua org :)
RieNa said…
kalaulah nawal tu dah besaq,mmg nak jgk. tp apakan daya. mau tua beruban dah depa ni kalau tunggu nawal besaq.

kinah : haih, takkan utk zulfa-amni kot??? :)
RieNa said…
*amani. typo. hehe

Popular posts from this blog

Derita sakit gigi.

Salam Terakhir ...

:: perihal susu ::