2011 is leaving, and welcome 2012!

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

Tahun 2011 bakal melabuhkan tirainya.
segala tawa tangis sedu berlalu pergi mengiringi kepergian 2011.

ya, tahun 2011 banyak membawa kenangan utk saya.

Januari 2011 - tahun baru, semangat baru, anak baru berkembang dlm rahim.
Februari 2011 - pemergian abadi ayahanda tercinta serentak dgn pernikahan abang tersayang. mencabar bukan? saya bertuah kerana dipilih Allah utk melalui ujian getir ini.
Mac 2011 - walimah abg an di rumah, meriah dlm syahdu.
                 - Nawal masuk wad 2h 1 mlm  akibat keracunan. perit rasanya tgk anak sakit.
April 2011 - bercuti di Kota Kinabalu, Sabah. sweet memory. :)
Mei 2011 - sibuk berpindah library ke bangunan baru. seronok. library baru lebih besar mcm shopping complex.
Jun 2011 - Ma dpt 'kawan' baru. semoga bahagia hingga ke syurga. amin.
Julai 2011 - ok, ini kenangan takkan terlupa. bersalin kan Ali Nufail - normal, tp tak normal bila ali tak seperti baby lain yg boleh terus blk slps lahir. Ali kena duduk ICU selama 12 hari sblm pulang ke rumah. ia pengalaman berharga. ia pengajaran berguna. terima kasih Allah atas segala-galanya. Julai 2011 adalah bulan yg sgt menguji dan mencabar iman, minda dan hati.
Ogos - september 2011 - hidup lebih beerti dgn kehadiran Ali. cuti 3 bulan dgn jayanya. blog takde update langsung bulan 9. cayalah~!
Oktober 2011 - kembali bekerja bersama misi baru : misi fully-bf Ali. Alhamdulillah, Allah beri kekuatan hingga saat ini.
November - Disember 2011 - semuanya baik2 saja. anak2, kerjaya, keluarga. Alhamdulillah,

(terima kasih blog, senang nak recall bila tulis blog.hehe)

kita lupakan kisah sedih. kita kenangkan mereka yg pergi dgn doa yg tulus. kita usahakan yg terbaik utk diri dan mereka yg tersayang. tahun yg berlalu kita simpan sbg memori dan kita sahut cabaran tahun akan datang dgn semangat jitu. kita boleh merancang, tp percayalah, perancangan Allah adalah yg terhebat utk kita. :)

selamat tahun baru 2012 utk semua readers saya yg setia. cewaahhh! * kalau ada. :)

Comments

MyzwaR said…
org bnyk bc kat fb.. hehe..

Popular posts from this blog

Derita sakit gigi.

Salam Terakhir ...

:: perihal susu ::