Posts

Showing posts from December, 2011

2011 is leaving, and welcome 2012!

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

Tahun 2011 bakal melabuhkan tirainya.
segala tawa tangis sedu berlalu pergi mengiringi kepergian 2011.

ya, tahun 2011 banyak membawa kenangan utk saya.

Januari 2011 - tahun baru, semangat baru, anak baru berkembang dlm rahim.
Februari 2011 - pemergian abadi ayahanda tercinta serentak dgn pernikahan abang tersayang. mencabar bukan? saya bertuah kerana dipilih Allah utk melalui ujian getir ini.
Mac 2011 - walimah abg an di rumah, meriah dlm syahdu.
                 - Nawal masuk wad 2h 1 mlm  akibat keracunan. perit rasanya tgk anak sakit.
April 2011 - bercuti di Kota Kinabalu, Sabah. sweet memory. :)
Mei 2011 - sibuk berpindah library ke bangunan baru. seronok. library baru lebih besar mcm shopping complex.
Jun 2011 - Ma dpt 'kawan' baru. semoga bahagia hingga ke syurga. amin.
Julai 2011 - ok, ini kenangan takkan terlupa. bersalin kan Ali Nufail - normal, tp tak normal bila ali tak seperti baby lain yg boleh terus blk slps l…

menyelam sambil minum.

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

terus terang ckp, saya adalah seorang yg tak pandai buat byk kerja dlm 1 masa.
biasanya saya kena selesaikan satu persatu. siap 1 baru start buat 1 yg lain.
kalau saya buat 2,3 kerja serentak, saya akan stress.
dah byk kali cuba, biasanya result salah satu kerja akan tidak cemerlang.

sbg contoh :
belajar disamping itu bercinta.

sungguh yg ni saya fail.
masa sekolah saya berjaya tolak percintaan, dan saya berjaya dlm pelajaran.
masa universiti saya tak berjaya tolak percintaan, maka saya tak berapa cemerlang dlm pelajaran.

kalau ada yg berjaya buat kedua-duanya, mmg saya respek lah (wpun sbnrnya saya lebih respek org yg berjaya dlm pelajaran tanpa perlu bercinta sbb dia berjaya menolak godaan syaitan.)

Ma pernah berpesan, masa saya tingkatan 3 dulu, masa tu saya bgtau ma ada seseorg nak berkawan dgn saya. ma ckp, "ma tak mau ina menyelam sambil minum air, ma takut ina lemas." terima kasih ma atas nasihat itu. sampa…

cerita Ali.

Image
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

Assalamualaikum..
hye semua! nama saya Ali. ini pertama kali saya menulis dlm blog ummi. sebelum ni kakak saya yg rajin bercerita. sekarang ni saya pun boleh bercerita jgk. tak aci lah kakak nawal je.

ini rupa saya yg terkini. saya sudah genap 5 bulan pd 11 disember lps. dan saya raikannya di Bangi, rumah ibu saudara saya yg saya panggil ibu je. 
saya belum mahu meniarap, walaupun saya boleh meniarap. bukan apa.it's not fun la nak meniarap ni, terlentang, kaki kayuh2 lg best kot. bila baring nanti saya angkat kepala nk tgk depan. kalau letak tmpat tinggi skit nanti saya menggelongsor turun bwh. walaupun ummi dan ayah selalu pujuk2 suruh saya meniarap, saya buat tak tahu je. nanti2 lah saya meniarap, saya pun tak tahu bila.

saya dah ok dgn botol susu. ummi bg botol tommie tippie tu, tp bg botol lain pun saya ok saja. bak kata pepatah, alah bisa tegal biasa. cewah! kalau dulu mcm nak berperang kalau bg saya botol, skrg ok. c…

kasut oh kasut..

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

saya ni termasuk golongan tinggi melayut. tp bkn tinggi lampai,itu utk org kurus tinggi. saya tinggi gemuk. hua hua hua!! tinggi saya 171cm dan berat 5kg lebihhh.. hahahaha. jadinya bila dah tinggi ni saiz kaki pun paham2 lah, mesti lah panjang skit.

saiz kasut saya ialah 9. kalau dpt yg 10 mmg selesa gila lah. jadinya bila setiap kali nak beli kasut,mmg tension, sbb susah nak cari saiz. bila dah berkenan kasut, saiz plak takdak. bila yg ada saiz, kasut tu tak berkenan langsung. so camne? selalu terpaksa jgk beli kasu yg tak berapa berkenan sbb saiznya itu je yg ada.

suatu hari, anak sedara saya si kak long afifah tu, ajak saya ke kedai kasut PayLess di Sunway Carnival. katanya kedai tu best, lain dr yg lain. saya ingat apalah yg best sgt, kedai kasut biasalah, susun2 kasut atas kabinet, lps tu pilih kasut tp takde saiz..sedihhh~!!  tp kak long ckp, "serius acik, kedai ni mmg best. dia ada byk kasut saiz kita!!" me…

Calon Menantu..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

Ptg td, waktu rehat shift ptg, saya dgn kak ita keluar mkn kat foodcourt Taman Pauh. saya order nasi goreng ikan masin + telor mata dan jus epal dan k ita mkn nasi goreng ikan bilis dan ais kacang. *perlu ke mention menu order? haha tak peduli lah.

6.45 pm.
meja depan kami ada 5 org remaja lelaki, saya agak dlm awal 20-an, tgk muka mcm pernah tgk. agaknya bdk uitm sini jgk. nampaknya makcik ambik order sibuk mencatat order dr adik2 nih.tak lama kemudian, sampai lg 5 org kawan2 mereka. *apsal baku sgt ayat aku nih?

saya tgk 8 dr 10 remaja lelaki tu order air kosong. bkn ais kosong. air kosong,mungkin air suam. sorang order air bandung, sorang lg ais kacang. lps tu terdengar azan maghrib. lps tu semua adik2 tu baca doa. lps tu baru minum. saya agak mereka berpuasa. *kan hari ni dan esok sunat puasa 10 muharam. tambahan hari ni isnin.

lps tu order sampai. yg saya nampak, nasi putih + sup kosong + telor dadar. ada …

Dugaan lagi..

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

lama dulu..tahun  2008, masa tu abg aleh berniaga di pokok sena, sblm berpindah ke padang serai. kedai dia di pokok sena pernah dipecah masuk perompak, ada saya coretkan di sini.

dan tak sangka, kejadian sama berulang lg. semalam, di kedai padang serai. kedai dipecah masuk dr siling. kerugian lbh kurg sama mcm yg lalu jgk, sebiji pc dan beberapa barangan henpon lain.

alahai..kesian suami saya. kesian yg sgt2.
sedih kan, bila kita kerja teruk2, tp org lain rembat usaha kita. sakit hati.
 abg aleh dah buat report polis, entah kerja siapa. mungkin kerja bdk2 dadah area situ.

saya pujuk abg aleh,bg kata2 semangat kat dia. tp tentunya dia lebih kuat dr saya. dia cuma ckp,"mungkin ada salah abg pd Tuhan.."

ya, ini adalah dugaan. dan sbg hambaNya, kpd Allah kita berserah..