Wednesday, 30 November 2011

Fashion Show Nawal

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

mula2 rasa malas nak menaip pasal ni,sbb dah byk hari dah event ni, tp rasa tak best. sbb saya ni jenis suka baca balik apa yg saya tulis bab anak2. so kalau tak taip bab ni, rugi lah.


Aisyah Nawal, anak sulong saya sudah 29 bulan = 2 tahun 5 bulan. Besar dah anak dara ummi. sedang bersekolah diasuh di Taska/Tadika Permata Intelek, Tmn Guar Perahu. dah 5 bulan nawal bersekolah, dan perkembangannya, Alhamdulillah. tak rugi saya hantar dia ke nursery awal2.

tadika ni buat majlis konvo utk bebudak 6 tahun, acara tahunan, mcm tadika lain jgk. jd ada acara khas utk bebudak 4 thn ke bawah, iaitu pakaian beragam @ fashion show. nawal join jgk, saja suka2, seronok jgk. pakai je baju apa yg ada, kos beli kasut baru je, tu pun RM5.90 kat kedai bata. kekekeke

ni dia lenguh berdiri, mintak nak amik gambar sambil duduk. 

 wajah slps dimake-over oleh tok ma.

dah siap, mari kita pergi!

bergambar dgn ma, sesampainya di sekolah.

adik ali yg montel, yg behave sepanjang acara. good boy!

umi pun montel jugak. huhuhu

Ayah Wan bacakan doa.

ucapan oleh penaung tadika - Ust Sanusi Awang Hassan - geng UiTM mesti kenal dia. lama x jumpa dia. nampak dia kurus skit.

nyanyian negaraku oleh anak2 tadika.

 nawal dgn berani dan yakin melangkah penuh gaya. hahahaha! saya suspen jgk takut kalau2 dia malu2 atau menangis atas pentas. rupanya tak pun, dia selamba badak je. cayalah!

senyum sampai sepet mata. hahaha

tak ramai pun peserta, tak sampai 10 org.


yeay!! acara nawal dah habis! 1 big clapped for my daughter!!

 muka berkaler2 angkara cikgu2.


dahaga lps sepagi bersiap. dah habis semua baru nk minum. awal2 td takut lipstik hilang. hahahaha!

ini pengalaman baru utk nawal, dan jgk kami as her parents. insyaAllah, jauh lg perjalanan nawal, moga yg baik2 saja mendatangi kamu, nak. amin.

Nawal skrg :

- 14kg. lenguh gila mendukung dia.\
- syg kat adik walaupun kebanyakan masa dia cemburu. selalu je minta letak adik, riba dia @ dukung dia. tp kalau nak tgk dia melalak sakan, acahlah nak ambil adik dia. protective.
- makanan feveret, yg berkuah. semua dia panggil sup. kuah bubuq pun dia panggil sup. muahahahah!
- lebih suka mkn ikan dan sayur dr ayam @ daging.
- pandai menyanyi, baca doa mkn,doa tidor, A-Z, kira 1-10 in english dan BM, arabic je x buleh2 lg.
- dah kenal warna dan bentuk.
- mudah ingat. jgn cuba buat janji dgn dia, nanti dia tuntut. 
- dah takde masalah sembelit. 

Alhamdulillah.

No comments:

Langkawi 2017

Bulan 7, lps raya hari tu. Saya rasa nakk sgt p bercuti. Saya sorg. Tanpa anak2. Tp takkan bolehlaa nak tinggal anis nuha, sbb masih menyusu...