Wednesday, 9 November 2011

'Ali Nufail - Anugerah Tertinggi.

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

Ali hampir mencecah 4 bulan. tp saya belum lg berkongsi cerita bagaimana saya melahirkan dia hari tu. tidak seperti kakak Nawal yg dilahirkan secara ceasarian, Ali dilahirkan 'ikut pintu'. Alhamdulillah. Allah makbulkan doa2 saya ketika mengerjakan haji tahun yg lalu.

ramai yg salah sebut Nufail sbg Naufal. saya senyum sj. mmg mudah sebut Naufal dr Nufail. kenapa  tak namakan Naufal? sbb maknanya. Nufail maknanya 'anugerah'. kalau Naufal maksudnya ' dermawan'. dan saya pilih Nufail sedondon dgn Nawal, pun bermaksud 'anugerah' jugak. jd anak2 saya adalah anugerah dr Allah utk kami. Begitulah..

dan nama Ali? sejak saya tahu saya pregnant masa di Mekah slps selesai kerja haji, saya terus memanggil baby ini Ali. taktaulah kenapa. mungkin sbb ketika itu saya di Mekah, jd namanya bercirikan Arab, sementelah khalifah yg 4 pun namanya Ali. mungkin sbb nama ini mudah , huruf A lg, seperti kakaknya Aisyah, nama isteri Rasulullah SAW. nak sebut pun senang, nak ingat pun senang, maknanya pun elok. kalau tak salah 'Ali bermaksud tinggi, ketinggian.

dr awal mengandung lg, kami pilih nama ini, suami pun suka. abg aleh paling sronok bila saya cadangkan nama Ali ini padanya. sbb dia mmg suka nama yg 'short n sweet'.

ok, marilah kita mula crita.

9 Julai 2011(sabtu).
hari tu ada kenduri, dan ada saudara datang dr Terengganu. saya syak itu contraction sbb rasa mcm sakit senggugut, dan pernah rasa masa lahirkan Nawal dulu. mula rasa sakit waktu petang, saya bertahan sepanjang mlm. mmg tak lena tidor dah.

10 Julai 2011 (ahad)
bila sampai pg rasa sakit itu makin kerap dan makin kuat, abg aleh bawa saya ke hospital sbrg jaya jam 8 pg. org tak ramai. bukaan saya baru 1cm. jd masuk wad dulu. dalam wad sempat sembang2 dgn Dr Lisa, adik angkat saya, dia agak saya bersalin ptg @ mlmnya, sbb contraction saya tak kuat sgt. (bg dia lah, bg saya rasa sakit tu mcm tak tertanggung dah. huhu) jd duduklah dlm wad sementara tunggu masa. sakit? tak usah ckplah. saya sempat genggam tgn syaza,anak sedara saya. sampai ketat mukanya.

sakit sampai ke malam. saya tak henti2 istighfar dan berzikir. hanya Allah tempat saya memohon dan mengadu.

11 Julai 2011 (isnin)
pukul 4 pg, saya rasa air ketuban mengalir. bgtau doc, bukaan baru 2cm. hah? baru 2cm? brapa lama mau tunggu nih!!

pukul 10 pg, skali lg check bukaan. ok, dah 5 cm, sila ke labur room skrg.

pukul 10.30 sampai 3 ptg, deritanya hanya Allah sj yg tahu. sakit bkn kepalang. (kata je sakit,tp lps ni beranak lg. hahaha)

adik2 misi praktikal sentiasa ada menemani saya. sentiasa suruh saya zikir, doa, istighfar. tolong lap peluh saya. tolong basahkan mulut saya yg dah kering. tp bila mintak minum air tak bg.huhuhu. (mmg lah x boleh minum nak beranak,apalah riena ni.)

pukul 5, saya rasa mahu meneran, oh mcm ni rupanya sakit nak bersalin normal. dia ada rasa mcm nak buang air besar. bila check bukaan dah 10cm, ok boleh teran skrg. saya dikelilingi adik2 misi dan staffnurse. beberapa kali push, alhamdulillah, Ali slmt dilahirkan. saya tak henti2 ucap alhamdulillah sbb berjaya bersalin normal.sehingga saya tak perasan yg anak saya tak menangis. ya, ali keluar dr rahim tanpa menangis. itu mmg pelik dan MERBAHAYA.

kelam kabut semua staff di situ, apa yg diorang buat saya tak tahu dah, tp mmg kelam kabut, misi tunjukkan saya baby sekilas utk bgtau yg saya dpt baby boy, terus bawak baby ke ICU. Ali ada masalah pernafasan. sbnrnya, dia keluar tak bernafas. Subhanallah.

apa jd pd ali lps tu, saya tak tahu. saya doakan dia tak apa2. saya ingat dia cuma ada mslh biasa, doc nak sedut kahak ke apa. saya tak tahu langsung yg keadaan Ali serius.

saya keluar dr bilik bersalin jam 7. abg aleh dan ma dah tunggu di luar. saya tak perasan apa2 riak wajah ma dan abg aleh. saya betul2 ingat baby saya tak apa2.

dan berehatlah saya di wad sepanjang mlm,tanpa baby. seronok plak tu terima ucapan tahniah bertalu2 di handphone dan facebook.

tp rasa aneh, sbb ibu2 lain semua ada baby disisi, saya takde baby. mana baby saya? mana Ali saya?

12 Julai 2011
nurse kejutkan saya jam 6 pg, minta no telefon suami saya kalau ada no 2nd, atau no lain yg boleh menghubungi abg aleh. saya tanya kenapa? nurse serba salah nak bgtau. dia cuma nak ckp dgn suami saya. saya paksa dia bgtau. dia ckp, baby saya tenat. doc minta suami saya segera datang ke hospital.

saya sesak nafas. dgn tgn yg menggeletar, saya call abg aleh berkali2. sah tido mati laki aku nih. saya call abg an, abg saya, utk kejutkan abg aleh. mujur berjaya.

pukul 730, abg aleh dtg ke katil saya, dgn teresak2. dia menangis di sebelah saya. sungguh, saya tak pernah tgk dia menangis mcm tu. (last saya tgk dia menangis masa dia nak hantar saya ke mekah tahun lps).

"yang, doc ckp anak kita kritikal. takda harapan. baby ada masalah, paru2 dia tak cukup oksigen..bla bla bla"

saya sudah menangis...

Ya Allah, seteruk itukah sakit anakku? Ya Allah, ampunkan sgala dosa2 kami, ampunkan atas segala kealpaan kami, ampunkan salah silap kami, ampunkan segala kecuaian kami..Ya Allah, bantulah kami..tolonglah selamatkan anak kami..

Saya diberi kesempatan utk menjenguk Ali di icu. Subhanallah, ali berselirat wayar, dia diberi bantuan pernafasan, tanpa mesin tu, Ali dah tak wujud lg. astaghfirullah.. kami menangis teresak2.
kleuar dr icu, kami berteleku di penjuru hosp, masing2 muhasabah diri. dan cuba memujuk hati masing2. sehinggalah ada seorang aunty india dtg dan menepuk2 bahu saya.   dia pujuk saya jgn menangis,sbb saya baru bersalin. tak baik katanya. dia pesan suruh saya doa byk2..

"Tuhan Allah mesti tolong sama adik nanti.."

saya senyum. yg pastinya senyum saya tidak semanis selalu.

13 Julai 2011
saya minta dgn doc, utk pulang ke rumah hari ini. saya ckp, selagi saya di wad, saya akan tertekan sbb tgk baby org,sedangkan baby saya dlm icu. mujur doc sgt memahami. sblm dia tinggalkan saya, sempat dia dtg dan peluk saya. menangis lg saya.

13 julai 2011 - 22 Julai 2011
bermulalah episod saya berpantang berseorangan tanpa Ali di sisi. mujur ada Nawal buat penghibur hati. dan saya tak culas utk perah susu utk Ali.

episod2 tentang ali ada disini, disini dan disini.

dan bila pandang Ali hari ini, rasa syukur saya tak henti2. Allah Maha Pengasih. Allah Maha Penyayang. Dia uji saya utk ingatkan saya yg terleka, bahawa hanya DIA yg Maha Berkuasa.

* semasa saya di mekah, saya berdoa, kalau Allah mengizinkan saya utk punya anak lg, saya nak anak lelaki dan boleh bersalin normal. saya TAK mohon akan kesihatan bakal anak saya nanti sbb saya ingat Allah akan beri walaupun tanpa diminta. rupanya saya silap. wpun saya tahu Allah akan bg, tp sbg hamba, saya kena minta. Ampunkan aku Ya Allah. jd Allah bg saya bersalin normal dan anak lelaki, tp dicuit skit dgn kesihatan Ali. nah, mmg pengajaran dan pengalaman sgt berguna utk saya. Subhanallah.

1 comment:

shaliza said...

DIA Maha Mengetahui...

baby baru

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani... New member of the family. kegunaan harian. perjalanan hari-hari dr LY - ...