over excited, hampeh.

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

anak sulong baru je 2 tahun 4 bln. anak bongsu (buat masa ini) baru 3 bln lebih. mmg akan cpt teruja dgn sesuatu yg baru utk anak2. contoh : bila anak masuk bertanding kutip gula-gula. Woha~!

ahad semalam, tadika nawal Tadika/Taska Permata Intelek telah mengadakan sukaneka utk student2nya. fokus utama untuk 4 tahun ke atas lah.  cikgu dah bgtau yg acara start pukul 8.30, tp kalau saya nak dtg lewat skit pun takpe, sbb awal2 acara utk bebudak 4 thn ke atas. acara utk 3 thn ke bwh lambat2 skit. so oklah, saya sekeluarga sampai dlm jam 9.45. tunggu kejap je lps tu ada acara utk bebudak 3 thn ke bwh. sblm tu saya dah pesan kan kat nawal mcm mana nak kutip gula2 tu. saya ingat dia fahamlah.

ummi tgh bg semangat kat nawal, sblm dia masuk gelanggang. ayah pegang adik Ali.


ok, dah masuk gelanggang. cikgu tgh bg tunjuk ajar, kutip cekelat buh dlm baju. buh byk2 tau!


ok, on ur mark, get set, go!

lepas tu saya dah lupa ambik gambar. kalut tgk anak yg terpinga2 tgk org lain berlari. agaknya baru tersedar yg dia kena berlari jgk, baru lah dia berlari dgn comel. lps tu kutip gula2 dlm 4 biji, terus stop. saya menghampiri nawal, bgtau nawal kena kutip lg. kutip byk2.

"" tamau, awa tamau dah." - isk, anak sapalah yg tak tamak langsung ni.

bagus anak, mmg cukup kalau sekadar nawal nak mkn. tp ini pertandingan nak. sapa dpt paling byk, dia yg menang.

saya suruh dia kutip lg, saya kata nak bg kat kak yon, kak lia, kak dani, kak long, kak ili, abg cik, abg aqil, abg ammar entah sapa lg nama saya sebut sbb nak suruh dia kutip lg. mmg dia kutip, tp bkn utk dia, utk nama2 yg saya sebut td. punyalah sopan santun dia kutip. takde ciri2 gelojoh langsung. mcmana nak dpt byk, abih dikutip dek bebudak lain.

kelakar saya tgk. mmg dia tak menang pun. gula2 dia dpt td mmg utk dia mkn je lah. 

sebenarnya, bukan saya nak anak saya menang. saya cuma nak dia belajar bersaing. belajar mempertahankan hak. belajar mendapatkan sesuatu. dan saya harap nawal dpt belajar sesuatu dr acara kutip gula2 dia semalam.

seronok rupanya bila join benda2 mcm ni. saya ada masuk 2 acara lain, abg aleh pun join. bolehla utk suka2. tak sabar tunggu hari anugerah pulak nanti. cikgu nawal ckp ada acara pakaian beragam utk nawal dan rakan2 sebayanya. menarik!

ini baru tadika. agaknya mcm mana bila anak dah skolah dpt hadiah kecemerlangan pulak. lps tu bila anak masuk U. lps tu bila anak grad, dpt dean list. menyesal tak blajar sungguh2 dulu. kalau tak Ma mesti gembira.

Comments

Popular posts from this blog

Derita sakit gigi.

Salam Terakhir ...

:: perihal susu ::